CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

"Jangan Dengar Kentut Saya Lagi!" - Murid Tak Tahu Kentutnya Menghasilkan Bunyi

19-11-2018 10:53 AM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 3102| Komen: 9|Original author: Oleh: Nia Mohamad

Description: Masihkah anda ingat bagaimana kali pertama anda mengajar anak anda apa itu kentut? Adakah mereka tahu itu adalah kentut kerana ia berbau atau kerana bunyinya?
Masihkah anda ingat bagaimana kali pertama anda mengajar anak anda apa itu kentut? Adakah mereka tahu itu adalah kentut kerana ia berbau atau kerana bunyinya? 

Bagaimana pula dengan kanak-kanak istimewa yang mempunyai masalah pendengaran? Adakah mereka boleh mendengar kentut sendiri? 

Bukan mudah untuk menjawab persoalan ini. Inilah yang dialami oleh Anna Trupiano, seorang guru yang mengajar di Kendall Demonstration Elementary School iaitu sekolah pendidikan khas untuk kanak-kanak pekak, mengalami masalah pendengaran dan buta. 


Kredit foto: fatherly.com

Menurutnya, salah seorang pelajar pekak di kelasnya berusia 6 tahun terkentut dengan kuat di dalam kelas. Dia tercengang kehairanan melihat rakan-rakan sekelasnya yang tidak mempunyai masalah pendengaran sedang mentertawakannya.


Umum mengetahui kentut biasanya menghasilkan bunyi sama ada kuat atau perlahan. Namun, tidak bagi kanak-kanak tersebut. Rupa-rupanya dia tidak pernah diajar di rumah tentang apa itu kentut.

Lalu, Anna mengambil inisiatif mengajar tentang kentut selama 15 minit di hadapan kelas hingga pelajarnya itu memahaminya.

Berikut adalah isi perbualan Anna dan pelajarnya menggunakan bahasa isyarat.


Kredit foto: Nz Herald

Anna menjelaskan bahawa orang-orang yang tidak pekak boleh mendengar bunyi kentut. Dia juga berkata, ada kentut yang boleh didengari, manakala ada yang tidak disebabkan faktor geseran. Apabila anak muridnya yang lain menyangka kentut akan menghasilkan gas berwarna hijau seperti yang ditontonnya dalam cerita kartun, Anna menafikannya dan membetulkan tanggapan pelajarnya. 

Situasi yang dialami Anna di kelasnya sungguh melucukan, tetapi apa yang bagusnya adalah Anna tidak menyuruh pelajarnya berhenti kentut kerana menurutnya kentut sihat untuk badan. 


Kredit foto: Tenor

Rupa-rupanya, banyak pula persoalan tentang kentut yang menjadi tanda tanya kanak-kanak. 

Jelaslah bahawa agak penting untuk ibu bapa atau penjaga anak-anak khususnya yang tidak boleh mendengar untuk mengajar mereka tentang kentut supaya kelak mereka tidak sesuka hati melepaskan kentut dengan kuat di khalayak ramai dengan tanggapan tiada siapa tahu.

Syabas Teacher Anna! Bukan mudah untuk mengajar tentang kentut dalam bahasa isyarat. - CARI
13

Bagus
34

Marah
36

Terkejut
20

Sedih
33

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (163 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 19-11-2018 11:42 AM
Bagus lah teacher neh..
Kat sekolah anak.iols pon teachernya ajar bahasa isyarat pada semua yang dlm oendidikan khas supaya boleh komunikasi dgn pelajar pekak..
Quote Artemesiaa 19-11-2018 12:16 PM
Bagus ada cikgu sebegini tolong bagi penerangan asas taklah budak terus terpinga2.
Quote serawadurian 19-11-2018 01:53 PM
alhamdullillah kita masih boleh dengar bunyik kentut. tahniah utk cikgu ini.
Quote chinta89 19-11-2018 02:25 PM
iols terhibur baca. comel uols ni.
Quote Megikari 19-11-2018 03:13 PM
Awww... So sweet la cara cikgu dia explain tu
Quote milanhawkin 19-11-2018 03:16 PM
comel je...
Quote redbullax 19-11-2018 04:02 PM
this is so funny

instant shawl
dekorasi ruang tamu

sakit jantung

Quote Ketypurry 19-11-2018 07:14 PM
kelakar tapi macam comel je
Quote precious_chicas 20-11-2018 07:26 PM
alalala...cute pulak haha

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.140604 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top