CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1794|Reply: 4

Budak 11 Tahun Terjun Sungai Bunuh Diri

[Copy link]
Post time 16-11-2018 05:54 PM | Show all posts |Read mode
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dilaporkan membunuh diri selepas pulang dari sekolah.


BBC melaporkan, mangsa sempat mengirimkan pesanan ringkas kepada ibunya, Nicky Harlow sebelum terjun sungai.

"Saya sayang ibu, tapi saya minta maaf," katanya.




Kredit foto: BBC




Difahamkan, mayat Ursula Keogh ditemui tiga jam selepas bas sekolah menurunkannya berhampiran sebuah jambatan sungai pada 22 Januari. Mayatnya ditemui dua kilometer dari tempat dia diturunkan.


Selain laporan bedah siasat, bukti juga menunjukkan mangsa berniat membunuh diri sendiri. Hasil siasatan juga mendapati ibu bapanya sudah berpisah.


Jurucakap polis berkata, ketika kejadian Ursula diturunkan berhampiran North Bridge, Halifax, United Kingdom sebelum orang awam menemui beg sekolah dan telefon bimbitnya di atas jambatan berkenaan.


Nicky yang menerima pesanan ringkas daripada Ursula membuat laporan kehilangan anaknya sebelum mayat mangsa ditemui di Hebble Brook.


Lewat tahun lalu, Nicky mendakwa dia bimbang kesihatan mental anaknya dan membawa Ursula bertemu kaunselor. Bagaimanapun, tiada bukti menunjukkan kanak-kanak itu menjadi mangsa buli di sekolah.


Dalam kenyataan ibunya, Ursula dikatakan seorang pelajar yang bijak dan bercita-cita menjadi seorang guru. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2018 02:48 PM | Show all posts
baru ni ada satu movie lakonan John Cho bertajuk Searching. Dia cari anak dia hilang.
lepas tu dia dapat tahu macam2 pasal kehidupan anak dia yang anak dia sembunyikan dari dia.

kadang2 kita rasa kita kenal seseorang, tapi realitinya banyak rahsia kita tak tahu
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2018 09:37 AM | Show all posts
AsMalaysia replied at 17-11-2018 02:48 PM
baru ni ada satu movie lakonan John Cho bertajuk Searching. Dia cari anak dia hilang.
lepas tu dia  ...

so dlm cter tu life anak dia mcmne.

utk x OT thread, sedihnya lahai. kdg2 budak ni x faham mslh org tua. deols hanya nak mak ayah duk bsama as one family. tp parent dh x sefahaman..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2018 09:31 AM | Show all posts
AsMalaysia replied at 17-11-2018 02:48 PM
baru ni ada satu movie lakonan John Cho bertajuk Searching. Dia cari anak dia hilang.
lepas tu dia  ...

dh tgk jugak cite ni..not bad. walaupun loving family but still got secrets.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2018 02:20 PM | Show all posts
kdg nampak dari luaran mcm normal..tapi dalaman kita tak tau..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.041613 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list