Seorang demi seorang selebriti tanah air bakal menamatkan zaman bujang mereka. Pernah digosipkan mempunyai hubungan cinta dengan Bront Palarae, Cristina Suzanne membuat pengakuan yang dirinya bakal bertunang 13 Oktober ini dan seterusnya melangsungkan perkahwinan pada Januari tahun hadapan. Jejaka yang berjaya mencuri hati Cristina Suzanne adalah kawan sejak di sekolah menengah lagi. Untuk anda yang tidak tahu, gadis kacukan ini berasal dari Kuantan, Pahang. Bakal tunang Cristina adalah pilihan ibunya dan muda 2 tahun daripadanya. Kata Cristina:- Kami kenal sejak sekolah menengah, maklumlah Kuantan bukan besar mana, pusing-pusing jumpa orang sama. Bagaimanapun sejak bekerja kami tidak pernah berhungun tetapi Ramadhan lalu dia datang ke rumah untuk merisik. Kebetulan, mami memang suka keperibadiannya dan menasihati saya supaya menerimanya sebagai suami. Saya pun senang dengan sikapnya yang baik, sangat menghormati orang tua dan pandai ambil hati adik-adik saya. Dia terima saya seadanya dan tidak tahu saya pelakon sehinggalah bertemu mami. Saya dengar dia ada risik dengan kawan bagaimana sikap saya dan apa kerja saya tetapi tiada seorang pun bercerita yang saya bergiat dalam bidang lakonan. Walaupun dia muda 2 tahun daripada saya, dia lelaki matang dan berfikiran jauh. Saya suka dengan cara dia berfikir dan kami sekepala. Paling penting, dia layan saya dengan baik dan menghormati saya sebagai bakal isterinya. Sepanjang kenal, ada beerapa kali saya uji dia dan nampaknya pilihan mami adalah yang terbaik. Jutaan tahniah diucapkan kepada Cristina Suzanne atas berita gembira ini. Semoga segala perancangan akan berjalan dengan lancar. Tak sabar nak lihat wajah bakal tunang Cristina. Pasti sama cantik dan sama padan. Kepada peminat pelakon cilik ini, jangan lupa doakan kebahagiaannya.
|
ADVERTISEMENT