CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Anak Sudah 9 Tahun Tapi Masih Menyusu Badan. Apa Motif Si Ibu?

12-11-2018 12:40 PM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 6354| Komen: 19|Original author: Oleh: Nia Mohamad

Menyusu badan adalah suatu pilihan. Ada ibu yang memilih untuk memberikan susu badan, dan ada juga ibu yang memilih memberikan susu formula. 

Kebiasaannya bayi berhenti menyusu badan apabila berusia 2 tahun, seperti yang dinasihatkan oleh pakar penyusuan.

Kredit foto : psychologytoday.com

Namun, tidak bagi Sharon Spink, ibu kepada 4 orang anak, yang berasal dari North Yorkshire. 

Biarpun dicerca dan dimaki oleh sesetengah golongan ibu, beliau tetap nekad menyusukan anak bongsunya, Charlotte walaupun anaknya sudah berusia 9 tahun.

Sharon dan anaknya. - Mercury Press, Caters-


Menurutnya, Charlotte tidak mengalami masalah kesihatan seperti kanak-kanak lain disebabkan oleh zat melalui susu badan yang diberikannya. Apa yang uniknya lagi, beliau bukan memberi susu itu melalui botol tetapi Charlotte menghisap susu badannya secara terus. Baginya, usia anaknya bukanlah penghalang untuk dia terus menyusu.

Sharon telah cuba untuk meneruskan penyusuan badan dengan anak-anaknya yang lain sebelum ini tetapi gagal kerana berat badan anaknya susut lalu terpaksa diberikan susu formula seawal empat tahun.

Menurutnya lagi, Charlotte menyusu tiga kali sehari pada usia 4 tahun, dan kekerapan menyusu semakin berkurang dengan sendiri. Sejak empat tahun lepas, ia mula berkurang sehingga sebulan sekali. Charlotte akan mencari susu ibunya apabila dia berasa letih atau kemurungan. 

Sharon menjelaskan anaknya kurang mengalami selesema, demam dan sakit perut berbanding kanak-kanak lain. 

Charlotte masih menyusu dengan ibunya. - Mercury Press, Caters-

Keluarga dan rakan-rakan tidak menghalang Sharon untuk meneruskan penyusuan badan. Sebelum ini, beliau menyusu di tempat awam tetapi sejak Charlotte berusia 4 tahun, beliau hanya menyusu ketika di rumah sahaja. 

Terkini, Charlotte sudah dua bulan tidak menyusu dan memaklumkan ibunya dia sudah boleh berhenti menyusu apabila usianya menjangkau 10 tahun nanti. Sharon bagaimanapun gembira dan menerima keputusan anaknya untuk bercerai susu secara semulajadi. 

Penyusuan badan sememangnya terpulang kepada diri ibu itu sendiri. Tak salah kalau kita nak yang terbaik untuk anak kita. Betul kan? - CARI 

11

Bagus
14

Marah
8

Terkejut
14

Sedih
11

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (82 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarahmirza 12-11-2018 01:39 PM
Whatever la...
Quote nisako 12-11-2018 01:46 PM
huh dahsyat tul……...
Quote armin 12-11-2018 03:50 PM
Bukan tak elok ke kalau bf lebih dari 2 tahun?
Quote EvieWanKenobi 12-11-2018 04:23 PM
pelik betul..
Quote chicozinn 12-11-2018 07:57 PM
Kenot brain la umo 9 tahun masih ngempeng. Tapi adik aku umo 6 thun masih ngempeng lagi..msuk darjah 1 mak aku slow2 gantikan ngan susu kotak..hehe..mmg jadi bahan adik bgsu aku tu smpai skng
Quote mbhcsf 13-11-2018 05:36 AM
ni just for psychological comfort, i think she needs to see a child psychologist.

sapa yg into Freudian things...hmm interesting ni kes ni.
Quote bawangkecik 13-11-2018 08:58 AM
tak ngilu ka wey hahaha
Quote am2020 13-11-2018 10:40 AM
Apa nak heran..umur 40 ade jer menyusu tgh2 malam jumaat..hik3
Quote K_Lily 13-11-2018 12:09 PM
bapak dia mana weyy?? tak kisah pulak anak dia nak netek.. ahaha
Quote puanbintang 13-11-2018 02:44 PM
9 tahun, dah penuh gigi..mak aii
Quote biozipstar 13-11-2018 07:12 PM
ooooohhhhh ada info
Quote mzzenma 13-11-2018 09:38 PM
Kalau tak silap, after two years susu ibu dah tak ada apa2 benefit untuk anak. Read this somewhere tapi tak ingat kat mana.
Quote chinta89 14-11-2018 09:52 AM
perlu ke tunjuk gmbr menetek anak besar?
Quote Zaien 14-11-2018 11:32 AM
paling lama aku pun 5thun dh stop..
huhuhu ni smpai 9thun dh budak tu.. eh malu plak aku hahaha
Quote spankee_fili 14-11-2018 08:35 PM
Khabarnya kalau bf boleh maintain badan ibu slim..?
Quote orgsepang 14-11-2018 08:47 PM
Ada yang sampai besar tapi tak pernah jumpa sampai 9 tahun
Quote haryatie 15-11-2018 08:57 AM
eeee...pelik  nya
x geli ker
Quote DollahRepek 15-11-2018 02:04 PM
ada lagi ker susu dia?
Quote eunoia.alpas 15-11-2018 02:58 PM
Pelik2 aje dah 9 tahun masih breastfeed. Apesal tak cerai susu awal2? Kasi aje minum formula/fresh milk.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.204229 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top