Menyusu badan adalah suatu pilihan. Ada ibu yang memilih untuk memberikan susu badan, dan ada juga ibu yang memilih memberikan susu formula.
Kebiasaannya bayi berhenti menyusu badan apabila berusia 2 tahun, seperti yang dinasihatkan oleh pakar penyusuan.
Kredit foto : psychologytoday.com
Namun, tidak bagi Sharon Spink, ibu kepada 4 orang anak, yang berasal dari North Yorkshire.
Biarpun dicerca dan dimaki oleh sesetengah golongan ibu, beliau tetap nekad menyusukan anak bongsunya, Charlotte walaupun anaknya sudah berusia 9 tahun.
Sharon dan anaknya. - Mercury Press, Caters-
Menurutnya, Charlotte tidak mengalami masalah kesihatan seperti kanak-kanak lain disebabkan oleh zat melalui susu badan yang diberikannya. Apa yang uniknya lagi, beliau bukan memberi susu itu melalui botol tetapi Charlotte menghisap susu badannya secara terus. Baginya, usia anaknya bukanlah penghalang untuk dia terus menyusu.
Sharon telah cuba untuk meneruskan penyusuan badan dengan anak-anaknya yang lain sebelum ini tetapi gagal kerana berat badan anaknya susut lalu terpaksa diberikan susu formula seawal empat tahun.
Menurutnya lagi, Charlotte menyusu tiga kali sehari pada usia 4 tahun, dan kekerapan menyusu semakin berkurang dengan sendiri. Sejak empat tahun lepas, ia mula berkurang sehingga sebulan sekali. Charlotte akan mencari susu ibunya apabila dia berasa letih atau kemurungan.
Sharon menjelaskan anaknya kurang mengalami selesema, demam dan sakit perut berbanding kanak-kanak lain.
Charlotte masih menyusu dengan ibunya. - Mercury Press, Caters-
Keluarga dan rakan-rakan tidak menghalang Sharon untuk meneruskan penyusuan badan. Sebelum ini, beliau menyusu di tempat awam tetapi sejak Charlotte berusia 4 tahun, beliau hanya menyusu ketika di rumah sahaja.
Terkini, Charlotte sudah dua bulan tidak menyusu dan memaklumkan ibunya dia sudah boleh berhenti menyusu apabila usianya menjangkau 10 tahun nanti. Sharon bagaimanapun gembira dan menerima keputusan anaknya untuk bercerai susu secara semulajadi.
Penyusuan badan sememangnya terpulang kepada diri ibu itu sendiri. Tak salah kalau kita nak yang terbaik untuk anak kita. Betul kan? - CARI |