Bahasa melambangkan bangsa. Begitulah yang diumpamakan kepada setiap individu di seluruh dunia. Apatah lagi Bahasa Melayu yang terkenal dengan keperibadian lemah lembut seharusnya menjadikan orang Melayu sebagai bangsa yang sopan santun. Namun, apa sudah terjadi apabila anak Melayu sendiri yang menggunakan bahasa rojak, mencarut dalam perbualan seharian? Lebih memalukan lagi ialah golongan ini lah yang 'membahasakan' bangsa lain dengan bahasa carutan. Alangkah malunya Hang Tuah jika beliau dapat menyaksikan kecelaruan bahasa sebegini dituturkan seharian. Blogger dari Britain yang menjadikan Malaysia sebagai rumah kedua sejak 2013, Rhys William merantau ke berapa negeri untuk membuat ulasan mengenai makanan tempatan Malaysia. Sejak itu, dia mempelajari berbahasa Melayu daripada masyarakat setempat dan rakannya, Mat Dan. Mengagumi gaya hidup masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, Rhys juga memuji bahasa Melayu yang disifatkannya sangat indah. Bagaimanapun, apabila ada anak Melayu yang mengherdiknya dengan bahasa yang tidak enak di dengar sehinggakan ada perkataan 'p****k' yang tidak diketahuinya, dan bila mengetahui maksudnya, ia sangat mengejutkan. Setelah memuatnaik status di Twitter, ramai netizen memberitahu bahawa bahasa tersebut bukanlah daripada Bahasa Melayu, melainkan kerana sikap individu itu sendiri. "Bila tak makan babi pun, perangai mengalahkan binatang itu." Ramai netizen memohon maaf bagi si pelaku tersebut yang sangat tidak beradab ketika memberikan sebarang komen, malahan berselindung di sebalik nama samaran. Mereka meminta Rhys supaya tidak mengambil hati terhadap kata-kata itu kerana ia hanya dilakukan oleh segelintir anak Melayu yang tidak bijak. Adibah Noor turut memberikan komennya. "Malu la wei, Mat Salleh lagi berbudi daripada kau." Hal ini membawa kepada sebab kenapa generasi sekarang semakin tidak berkualiti. Ini kerana mereka telah melupakan adab yang telah dipelajari dan juga pengaruh media sosial yang mudah sangat memberikan sebarang pendapat. Malahan, netizen juga memuji Rhys yang fasih berbahasa Melayu asli berbanding orang Melayu sendiri yang menggunakan bahasa rojak. Tidak dinafikan bangsa Melayu terdahulu sangat terkenal dengan bahasa dan adabnya yang tinggi. Namun lama kelamaan ia semakin terhakis kerana pelbagai faktor. Jika bukan generasi kita yang memperjuangkan bahasa Melayu asli, siapa lagi yang boleh diharapkan? Tepuk dada, tanyalah selera. - CARI |
15
Bagus |
22
Marah |
18
Terkejut |
15
Sedih |
16
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
batmana replied at 2-11-2018 09:36 PM
kt internet, ramai budak2 tk matang
cubela msuk forum yg login dgn ic/no tepon
nescaya tarak sapa ...
Jangan cuba jadi cacing nak jadi garuda
Jika mulut murai tukar paruh jadi tiong
Kalau cuma gusi jangan lagaknya bersiong
Setakat dua tangan janganlah nak berangan
ADVERTISEMENT