CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Intipati Bajet 2019

2-11-2018 05:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 50533| Komen: 760|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Berikut merupakan Bajet 2019, seperti yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada jam 4 petang, Jumaat.
Foto: Kosmo

Berikut merupakan Bajet 2019, seperti yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada jam 4 petang, Jumaat.

- Hutang dan liabiliti sebenar Kerajaan sehingga akhir Jun 2018 adalah RM1,065 bilion, iaitu hampir RM350 bilion lebih tinggi daripada jumlah yang didedahkan secara rasmi oleh Kerajaan terdahulu.

- Perincian hutang ini merangkumi RM725.2 bilion hutang langsung Kerajaan Persekutuan, RM155.8 bilion komitmen luar jangka dan RM184.9 bilion liabiliti lain termasuk bayaran pajakan bagi projek Kerjasama Awam Swasta (PPP).

- Kerajaan mendapati pentadbiran terdahulu telah secara rahsia membayar hutang 1MDB hampir RM7 bilion sehingga 30 April 2018.

- Kerajaan juga mendapati bahawa negara mungkin perlu membayar sehingga RM43.9 bilion lagi bagi menyelesaikan hutang 1MDB ini.


- Sehingga 31 Mei 2018, jumlah tunggakan bayaran balik adalah RM35.4 bilion, di mana tunggakan GST adalah sebanyak RM19.4 bilion sementara tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM16 bilion.

- Kerajaan telah membatalkan projek Multi-Product Pipeline dan Trans-Sabah Pipeline berjumlah RM15 bilion. Selain itu, kerja pembinaan ECRL berjumlah RM81 bilion telah digantung dan kini kosnya sedang dirunding semula.

- Kerajaan juga telah membatalkan projek MRT3 yang bernilai RM60 bilion sehingga projek MRT2 disiapkan.

- Menangguhkan pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur – Singapura yang menelan belanja sekurang-kurangnya RM110 bilion.

- Kerajaan telah berjaya mengurangkan kos keseluruhan projek LRT3 daripada RM31.6 bilion kepada hanya RM16.6 bilion.

- Bagi projek MRT2 yang diuruskan oleh MRT Corp pula, Kerajaan telah berjaya menurunkan kos kontrak pembinaan sebanyak RM8.8 bilion daripada RM39.3 bilion kepada RM30.5 bilion, iaitu penjimatan sebanyak 22.4%.

- Projek Landasan Berkembar Lembah Klang 2 bernilai RM5.2 bilion akan ditender semula melalui tender terbuka dan dijangka akan memberi penjimatan kos yang besar.

- Kerajaan akan mengambil segala tindakan untuk mendapat segala dana yang hilang atau dicuri daripada 1MDB.

- 1MDB dan Kerajaan Malaysia tidak akan membayar baki US$4.32 bilion kepada IPIC dan Aabar dan sebaliknya akan menuntut pemulangan US$1.46 bilion yang telah dibayar.

- Kerajaan telah berjaya memiliki semula kapal layar super-mewah, Equanimity dan akan mula menerima bidaan antarabangsa dalam tempoh satu bulan dari tarikh 5 November 2018.

- Di bawah GST, bagi barangan, hanya 545 item telah dikenakan pada kadar sifar manakala di bawah SST, hampir sepuluh kali ganda item dikecualikan daripada Cukai Jualan.

- Berdasarkan kajian awal Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, 70% atau 291 daripada 417 barang dan perkhidmatan yang telah diperiksa, didapati terdapat penurunan harga pada September 2018.

- Kerajaan akan memperkenalkan sistem kredit untuk potongan cukai jualan mulai 1 Januari 2019. Sistem kredit akan juga mengelak percukaian berganda dan menurunkan kos perniagaan.

- Perkhidmatan yang diimport akan dikenakan Cukai Perkhidmatan.

- Bagi perkhidmatan atas talian yang diimport oleh pengguna, penyedia perkhidmatan asing akan dikehendaki berdaftar dengan Kastam, mengenakan dan meremit cukai perkhidmatan yang berkaitan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020

- Kerajaan akan melancarkan Program Khas Pengakuan Sukarela (Special Voluntary Disclosure Program) untuk memberi peluang kepada pembayar cukai mengisytiharkan secara sukarela sebarang pendapatan yang tidak dilaporkan.

- LHDN akan meneliti dan menyiasat sebarang harta kekayaan luar biasa yang ditunjukkan melalui pemilikan barang-barang mewah seperti barang kemas, jam tangan, beg tangan, kereta mewah atau hartanah.

- Setelah berjaya melancarkan sistem SST, Kastam akan meningkatkan penguatkuasaan ke atas penyeludupan rokok.

- Kerajaan berharap untuk mendapatkan semula sekurang-kurangnya RM1 bilion daripada usaha membanteras aktiviti penyeludupan dan penipuan, yang sebelum ini tidak dapat dikutip.

- Kerajaan akan mencadangkan pengenaan levi pelepasan bagi semua penumpang ke luar negara melalui laluan udara bermula 1 Jun 2019.

- RM20 dikenakan ke atas penumpang ke negara Asean dan kedua, sebanyak RM40 dikenakan ke atas penumpang ke negara lain.

- Kerajaan akan meneruskan dan menambahbaik Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada B40 dengan memberikan bantuan secara lebih bersasar.

- Isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM1,000.

- Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM2,001 hingga RM3,000 ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM750.

- Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM3,001 hingga RM4,000 akan menerima bantuan berjumlah RM500.

- Kerajaan akan memperkenalkan kadar tambahan BSH sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah terhad kepada 4 orang, kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka.

-Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-SURI. Melalui skim ini, Kerajaan akan menyediakan geran padanan RM40 setiap bulan sebagai insentif kepada suami penyayang yang mencarum dengan kadar minimum RM5 sebulan kepada simpanan persaraan isteri.

-Subsidi minyak secara bersasar kepada pihak memiliki sebuah kereta sahaja yang berkapasiti enjin 1,500cc dan ke bawah atau motosikal berkapasiti enjin 125cc dan ke bawah.

-Kerajaan akan memberi subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter bagi motosikal.

-RM2 bilion diperuntukkan dan dijangka dapat memanfaatkan seramai 4 juta pemilik kereta dan 2.6 juta pemilik motosikal.

-Barangan yang terlibat adalah tepung gandum, gula bertapis dan minyak masak dalam paket 1kg, serta beras tempatan 15% hancur pek 10kg, Petrol RON95, diesel dan LPG.

-Subsidi bil elektrik bulanan hanya dikhususkan kepada golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan program e-Kasih, kadar subsidi ditingkatkan kepada RM40 sebulan dan memanfaatkan 185,000 akaun. Peruntukan sebanyak RM80 juta disediakan.

-Bagi menggalakkan peluang pekerjaan bagi rakyat Malaysia yang berumur 60 ke atas, kerajaan mencadangkan supaya caruman mandatori KWSP bagi majikan dikurangkan daripada 6% kepada 4%.

-Bagi memastikan bekas banduan tidak ketinggalan dalam arus pembangunan serta dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, potongan cukai tambahan diberi kepada syarikat yang menggaji pekerja dalam kategori ini.

-Pemberian bantuan sebanyak RM500 secara one-off kepada pesara yang masih menerima pencen kurang daripada satu ribu ringgit

-Kerajaan memperuntukkan RM10 juta setahun untuk memanjangkan kemudahan perubatan kepada ibu bapa pegawai lantikan kontrak.

-Kerajaan mencadangkan kenaikan gaji minimum kepada RM1,100 di seluruh Malaysia mulai 1 Januari 2019.

-Kerajaan melalui usahasama dengan syarikat insurans swasta, akan memperkenalkan Dana Perlindungan Kesihatan Nasional B40.

-Menyediakan perlindungan percuma ke atas 4 penyakit kritikal utama sehingga RM8,000 dan maksimum 14 hari pendapatan gantian semasa rawatan hospital pada kadar RM50 sehari atau bersamaan RM700 setahun.

-Kerajaan akan memperuntukkan hampir RM29 bilion untuk perkhidmatan kesihatan yang merupakan peningkatan sebanyak 7.8% berbanding tahun lepas.

-Meneruskan program saringan percuma pengesanan kanser payudara (mamogram), program vaksinasi HPV dan ujian saringan Pap Smear di hospital dan klinik Kerajaan dengan peruntukan sebanyak RM20 juta.

-Menyediakan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi rawatan penyakit jarang jumpa, rawatan virus Hepatitis C, program menangani masalah pertumbuhan bantut di kalangan kanak-kanak, menyediakan saringan dan peluasan rawatan haemodialisis serta Enhanced Primary Healthcare (EnPHC). -CARI

Sumber: mStar Online

18

Bagus
13

Marah
17

Terkejut
15

Sedih
18

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (94 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Syd 1-11-2018 09:01 AM
Edited by Syd at 1-11-2018 09:08 AM

1.  Tun Tan Siew Sin jadi Menteri Kewangan selama 15 tahun dan sepanjang tempoh itu dia yang bentang bajet iaitu sejak 1960.

2.  Sebelum itu,  Menteri Kewangan iaitu Tun H S Lee.
Quote Syd 1-11-2018 09:02 AM
Edited by Syd at 2-11-2018 07:13 PM

Inti Pati Belanjawan 2019


KUALA LUMPUR: Berikut ialah inti pati Belanjawan 2019 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, di Dewan Rakyat hari ini.

Belanjawan 2019 yang bertemakan ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’ itu menumpukan kepada tiga fokus dengan 12 strategi bagi mengembalikan kedudukan ekonomi Malaysia sebagai Harimau Asia.

Tiga fokus berkenaan ialah :

1) Melaksanakan Reformasi Institusi
2) Memastikan Kesejahteraan Rakyat
3) Memupuk Budaya Negara Keusahawanan

Dua belas strategi pula ialah :
- Memperkukuh pengurusan fiskal
- Menstruktur semula dan merasionalisasi hutang kerajaan
- Meningkat hasil kerajaan
- Menjamin kebajikan dan kualiti hidup
- Meningkat peluang pekerjaan dan kebolehpasaran
- Meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan dan perlindungan kebajikan sosial
- Meningkatkan pendapatan boleh guna pendidikan bagi masa hadapan yang lebih baik
- Mencetuskan kuasa ekonomi baharu
- Merebut peluang dalam menghadapi cabaran global
- Mendefinisi semula peranan kerajaan dalam perniagaan
- Memastikan pertumbuhan ekonomi yang saksama dan mampan

*Kerajaan struktur semula pendekatan belanjawan melalui sistem sifar belanjawan
*Akta Kebertanggungjawaban Fiskal 2021 akan dibentangkan untuk elak perbelanjaan tidak terkawal dan hutang besar
*Kerajaan berhasrat bentang Akta Perolehan Kerajaan tahun depan untuk kawal selia proses perolehan bagi memastikan ketelusan dan persaingan terbuka
*Kerajaan akan laksanakan perakaunan akruan ganti perakaunan asas tunai mulai 2021
*Pejabat Pengurusan Hutang akan diwujudkan untuk semak dan urus hutang serta liabiliti Kerajaan

*Projek LRT3 akan diteruskan dengan mengurangkan kos keseluruhan sebanyak 47 peratus iaitu daripada RM31.6 bilion kepada hanya RM16.6 bilion
*Projek MRT2 juga akan diteruskan dengan penurunan kos pembinaan sebanyak 22.4 peratus iaitu RM8.8 bilion daripada RM39.3 bilion kepada RM30.5 bilion
*Projek Landasan Berkembar Lembah Klang 2 akan ditender semula dan dijangka memberi penjimatan kos besar
*Di bawah SST, hampir 10 kali ganda item GST dikecualikan daripada cukai jualan
*Kajian awal mendapati terdapat penurunan harga pada 291 daripada 417 barang yang diperiksa
​​
* ​​Hutang langsung Kerajaan Persekutuan mencatat RM687 bilion atau 50.7 peratus daripada KDNK pada akhir 2017
*Hutang rasmi Kerajaan Persekutuan dijangka mencatat 51.8 peratus daripada KDNK pada 2019
*Jumlah liabiliti akan berkurangan kepada 73.5 peratus tahun depan berbanding 74.6 peratus yang dijangka pada akhir 2018
*Kerajaan akan mengurangkan pegangan dalam syarikat bukan strategik
*Model Kerjasama Awam-Swasta akan dijalankan secara tender terbuka dan bukannya kaedah rundingan terus
​​*​​Kerajaan merancang melaksanakan penjualan tanah secara berjadual dan berperingkat kepada pembida tertinggi bagi memaksimumkan hasil kepada kerajaan

*Kerajaan akan mewujudkan Amanah Pelaburan Hartanah bagi Lapangan Terbang yang pertama di dunia Kerajaan akan beri pengecualian cukai perkhidmatan kepada perkhidmatan spesifik bermula 1 Januari 2019
*Kerajaan akan perkenalkan sistem kredit untuk potongan cukai mulai 1 Januari 2019
*Kerajaan mencadangkan perkhidmatan yang diimport dikenakan cukai perkhidmatan bagi memastikan penyedia perkhidmatan tempatan mendapat persaingan yang adil mulai 1 Januari 2019

​​*​&#8203enyedia perkhidmatan atas talian asing akan dikehendaki mendaftar dengan kastam, mengenakan dan meremit cukai perkhidmatan mulai 1 Januari 2020
*Kerajaan akan lancar program khas Pengakuan Sukarela untuk pembayar cukai mengisytiharkan sebarang pendapat yang tidak dilaporkan
*Malaysia akan melaksanakan Pertukaran Maklumat Secara Automatik dengan pihak percukaian lain yang membolehkan audit dan siasatan
*Kerajaan akan mengkaji lebih 130 jenis skim fiskal sokongan pelaburan yang dikendali 32 agensi penggalakan pelaburan bagi memastikan insentif cukai relevan dan tiada pertindihan

*Kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah dinaikkan kepada 10 peratus daripada lima peratus bagi syarikat, individu bukan warganegara dan bukan pemastautin tetap dalam tahun keenam dan ke atas
​​*Kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) untuk warganegara dan penduduk tetap dinaikkan kepada lima peratus CKHT dikecualikan atas harga hartanah, rumah kos rendah, rumah kos sederhana rendah dan rumah mampu milik berharga di bawah RM200,000
*Kadar duti setem bagi pemindahan hartanah bernilai lebih RM1 juta dinaikkan kepada empat peratus
*Pilihan kadar cukai maksimum sebanyak RM20,000 yang diperuntukkan di bawah Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 akan dimansuhkan
*Lesen kasino dinaikkan kepada RM150 juta setahun daripada RM120 juta setahun
​​*​​Duti kasino dinaikkan kepada 35 peratus ke atas pendapatan kasar

*Lesen mesin ‘dealer’ akan dinaikkan kepada RM50,000 setiap tahun daripada RM10,000 setiap tahun
*Duti mesin judi dinaikkan kepada 30 peratus ke atas kutipan kasar
*Kerajaan Persekutuan dijangka mengutip hasil sebanyak RM261.8 bilion pada 2019, merangkumi dividen khas Petronas sebanyak RM30 bilion
*Kerajaan akan membenarkan platform penjanaan dana masyarakat yang dipacu sektor swasta sebagai alternatif pembelian rumah pertama dan dikawal selia Suruhanjaya Sekuriti
​​*Dana-dana modal teroka yang diurus agensi kerajaan akan diselaraskan bagi memastikan dana disalurkan kepada syarikat berpotensi tinggi sahaja
*​​Dana Pelaburan Berkaitan Kerajaan akan menyediakan geran padanan RM2 bilion untuk melabur dalam dana ekuiti swasta dan dana modal teroka
*Kerajaan bercadang menubuhkan Dana Pelaburan Bersama berjumlah RM50 juta untuk melabur bersama pihak swasta melalui platform pembiayaan alternatif

*Perintah Pasaran Modal dan Perkhidmatan bagi memperkenalkan rangka kerja baharu untuk meluluskan dan memantau aktiviti jual beli mata wang digital dan pasaran token, akan diwartakan pada awal 2019
*Kerajaan akan melaksanakan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara dengan peruntukan RM1 bilion
​​*Kerajaan memperuntukkan RM210 juta bagi tempoh 2019 sehingga 2021 untuk menggalakkan peralihan kepada Industri 4.0
*Perbadanan Produktiviti Malaysia akan menjalankan program Penilaian Kesediaan untuk bantu 500 syarikat PKS beralih kepada teknologi Industri 4.0
*Sebanyak RM2 bilion akan disediakan menerusi Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan bagi menggalakkan PKS membuat pelaburan dalam automasi dan pemodenan

*Kerajaan menyediakan dana Transformasi Pendigitalan Industri dengan dana RM3 bilion dan insentif subsidi kadar faedah sebanyak dua peratus
*Kerajaan bercadang pengenaan cukai pendapatan pada kadar konsesi 10 peratus ke atas keseluruhan pendapatan statutori berkaitan aktiviti Hab Prinsipal bagi tempoh lima tahun
*Kerajaan akan melaksanakan dana pembiayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) oleh institusi kewangan komersial sebanyak RM4.5 bilion dengan 60 peratus jaminan Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Bhd Kadar cukai pendapatan bagi syarikat berpendapatan bercukai sehingga RM500,000 dan PKS dengan modal berbayar kurang RM2.5 juta akan dikurangkan kepada 17 peratus daripada 18 peratus
*Exim Bank akan menawarkan kemudahan kredit dan perlindungan takaful kepada pengeksport PKS berjumlah RM2 bilion

*Sebanyak RM100 juta akan diperuntukkan bagi menambah baik keupayaan industri PKS dalam industri halal
*Skim Pembiayaan PKS patuh Syariah berjumlah RM 1 bilion akan disediakan untuk membiayai pengeksport produk halal oleh institut kewangan Islam dengan kerajaan memberi subsidi kadar keuntungan sebanyak dua peratus
*Permodalan Usahawan Nasional Bhd akan sediakan peruntukan sebanyak RM200 juta bagi industri pemborongan dan peruncitan serta premis perniagaan untuk disewa
*Sebanyak RM20 juta diperuntukan untuk kempen ‘Beli Barangan Malaysia’
*Kerajaan memperuntukkan RM2.46 bilion bagi kerja menaik taraf dan memulihara landasan kereta api
*Peruntukan sebanyak RM25 juta disediakan bagi projek Zon Sempadan Khas Ekonomi Kota Perdana di Bukit Kayu Hitam, Kedah
*Tanah seluas 380 ekar di Pulau Indah akan dijadikan Zon Perdagangan Bebas dan menjadi sambungan kepada Zon Bebas Pelabuhan Klang

​​*Kerajaan akan laksanakan program Biodiesel B10 bagi sektor pengangkutan dan B7 untuk sektor industri pada 2019
*Peruntukan sebanyak RM30 juta disediakan untuk membantu pekebun kecil kelapa sawit mendapatkan pengiktirafan sijil Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO)
*Sebanyak RM100 juta diperuntukkan bagi penggunaan teknologi Cuplump Modified Bitumen untuk pembinaan jalan raya di kawasan pelabuhan dan perindustrian secara berperingkat
*Kerajaan menyediakan peruntukan Insentif Pengeluaran Getah sebanyak RM50 juta bagi membantu mengurangkan kesan kejatuhan harga getah kepada pekebun kecil
*Sebanyak RM47 juta diperuntukkan bagi Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) untuk meningkatkan produktiviti benih, bijirin dan buah-buahan; RM18 juta untuk automasi industri agromakanan; dan RM52 juta untuk program keusahawan dan latihan industri tani

​​​​​​*Kerajaan menawarkan insentif Taraf Perintis sebanyak 70 peratus atau Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60 peratus untuk 5 tahun bagi syarikat yang menghasilkan plastik mesra alam berasas bio-resin dan bio-polimerDana sebanyak RM2 bilion disediakan di bawah Skim Pembiayaan Teknologi Hijau dengan Kerajaan menampung subsidi kadar faedah dua peratus bagi lima tahun pertama
*Belanjawan 2019 memperuntukkan sebanyak RM314.5 bilion dalam perbelanjaan berbanding anggaran RM290.4 bilion pada 2018
*Sebanyak RM259.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM54.7 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
*Peruntukan untuk Simpanan Luar Jangka pula berjumlah RM2.0 bilion.
*Sektor ekonomi menerima peruntukan tertinggi sebanyak RM29.2 bilion, sektor sosial RM15.2 bilion, sektor keselamatan sebanyak RM7.1 bilion dan sektor pentadbiran sebanyak RM3.2 bilion.

– BERNAMA






Quote Syd 1-11-2018 09:02 AM
Edited by Syd at 3-11-2018 10:00 AM

*Rumusan Belanjawan 2019*

*Belanjawan2019*
Sekolah Kebangsaan – RM250 juta;
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) – RM50 juta;
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) – RM50 juta;
Sekolah Berasrama Penuh – RM50 juta;
Maktab Rendah Sains Mara – RM50 juta;
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan – RM50 juta;

*Belanjawan2019*
Sekolah Mubaligh – RM50 juta;
Sekolah Tahfiz – RM50 juta;
Sekolah Pondok yang berdaftar – RM25 juta;
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) atau Conforming School – RM15 juta; dan
Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) – RM12 juta.

*Belanjawan2019* Meneruskan pemberian biasiswa dan pinjaman pelajaran dengan peruntukan RM3.8 bilion di mana RM2 bilion diperuntukan khusus kepada pelajar Bumiputera tajaan MARA.

*Belanjawan2019* RM210 juta  sebagai sebahagian daripada agenda pemerkasaan Bumiputera bagi memperkasakan pendidikan dan pembangunan modal insan dikendalikan oleh Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera.

*Belanjawan2019* Bagi projek MRT2 yang diuruskan oleh MRT Corp pula, Kerajaan telah berjaya menurunkan kos kontrak pembinaan sebanyak RM8.8 bilion daripada RM39.3 bilion kepada RM30.5 bilion, iaitu penjimatan sebanyak 22.4%.

*Belanjawan2019* Kerajaan juga telah membatalkan projek MRT3 yang bernilai RM60 bilion sehingga projek MRT2 disiapkan.

*Belanjawan2019* Kerajaan telah berjaya mengurangkan kos keseluruhan projek LRT3 daripada RM31.6 bilion kepada hanya RM16.6 bilion.

*Belanjawan2019* Projek Landasan Berkembar Lembah Klang 2 bernilai RM5.2 bilion akan ditender semula melalui tender terbuka dan dijangka akan memberi penjimatan kos yang besar.

*Belanjawan2019* Kerajaan akan memperkenalkan sistem kredit untuk potongan cukai jualan mulai 1 Januari 2019. Sistem kredit akan juga mengelak percukaian berganda dan menurunkan kos perniagaan.

*Belanjawan2019*  Kerajaan telah berjaya memiliki semula kapal layar super-mewah, Equanimity dan akan mula menerima bidaan antarabangsa dalam tempoh satu bulan dari tarikh 5 November 2018.

*Belanjawan2019* Bagi perkhidmatan atas talian yang diimport oleh pengguna, penyedia perkhidmatan asing akan dikehendaki berdaftar dengan Kastam, mengenakan dan meremit cukai perkhidmatan yang berkaitan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020.

*Belanjawan2019* Kerajaan akan mencadangkan pengenaan levi pelepasan bagi semua penumpang ke luar negara melalui laluan udara bermula 1 Jun 2019.

*Belanjawan2019* Perkhidmatan yang diimport akan dikenakan Cukai Perkhidmatan.

*Belanjawan2019* RM20 dikenakan ke atas penumpang ke negara Asean dan kedua, sebanyak RM40 dikenakan ke atas penumpang ke negara lain.

*Belanjawan2019* Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-SURI. Melalui skim ini, Kerajaan akan menyediakan geran padanan RM40 setiap bulan sebagai insentif kepada suami penyayang yang mencarum dengan kadar minimum RM5 sebulan kepada simpanan persaraan isteri.

*Belanjawan2019* Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM2,001 hingga RM3,000 ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM750

*Belanjawan2019* Kerajaan akan meneruskan dan menambahbaik Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada B40 dengan memberikan bantuan secara lebih bersasar.

*Belanjawan2019* Kerajaan akan memperkenalkan kadar tambahan BSH sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah terhad kepada 4 orang, kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka.

*Belanjawan2019* Kerajaan akan memberi subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter bagi motosikal.

*Belanjawan2019* Subsidi bil elektrik bulanan hanya dikhususkan kepada golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan program e-Kasih, kadar subsidi ditingkatkan kepada RM40 sebulan dan memanfaatkan 185,000 akaun. Peruntukan sebanyak RM80 juta disediakan.

*Belanjawan2019* Pemberian bantuan sebanyak RM500 secara one-off kepada pesara yang masih menerima pencen kurang daripada satu ribu ringgit.

*Belanjawan2019* Kerajaan mencadangkan kenaikan gaji minimum kepada RM1,100 di seluruh Malaysia mulai 1 Januari 2019.

*Belanjawan2019* Kerajaan prihatin dan ingin membantu rakyat yang kehilangan pekerjaan dengan melaksanakan sepenuhnya Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) mulai 1 Januari 2019.

*Belanjawan2019* Menyediakan perlindungan percuma ke atas 4 penyakit kritikal utama sehingga RM8,000 dan maksimum 14 hari pendapatan gantian semasa rawatan hospital pada kadar RM50 sehari atau bersamaan RM700 setahun.

*Belanjawan2019* Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan duti eksais mulai 1 April 2019 pada kadar 40 sen per liter ke atas dua kategori minuman bergula dikilangkan dalam bentuk pembungkusan yang sedia diminum.

*Belanjawan2019* Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malayisa (REHDA) telah bersetuju untuk mengurangkan sebanyak 10% harga rumah yang tidak tertakluk kepada kawalan harga untuk projek baharu.

*Belanjawan2019* Bagi memastikan kesejahteraan penjawat awam terutamanya polis, tentera dan guru, RM400 juta untuk penyelenggaraan dan membaik pulih kuarters Kerajaan yang dikenal pasti.

*Belanjawan2019* Bagi meningkatkan penggunaan pengangkutan awam, Kerajaan memperuntukkan RM240 juta untuk memperkenalkan pas bulanan RM100 tanpa had perjalanan yang meliputi perkhidmatan rel dan bas RapidKL mulai 1 Januari 2019.

*Belanjawan2019* Kerajaan juga akan memansuhkan tol motosikal di Jambatan Pertama dan Kedua di Pulau Pinang, serta Lebuhraya Laluan Kedua di Johor dengan implikasi kewangan dianggarkan sebanyak RM20 juta setahun mulai 1 Januari 2019.

*Belanjawan2019* Kerajaan akan membekukan kenaikan bayaran tol di semua lebuhraya dalam bandar pada tahun 2019 yang melibatkan implikasi kewangan yang dianggarkan sebanyak RM700 juta.

*Belanjawan2019* Kementerian Pendidikan adalah penerima peruntukan yang terbesar berjumlah RM60.2 bilion atau 19.1% daripada keseluruhan perbelanjaan Kerajaan tahun 2019.

*Belanjawan2019* Peruntukan bagi bantuan pendidikan berjumlah RM2.9 bilion untuk membantu golongan yang miskin melalui bekalan makanan, buku teks dan bantuan tunai.

Sekian.
Quote Syd 1-11-2018 09:03 AM
Edited by Syd at 1-11-2018 09:14 AM

Menanti 'oleh-oleh' dalam Bajet 2019
Oleh Mohd Azrone Sarabatin
azrone@bh.com.my




SETIAP kali pembentangan bajet negara, seramai 1.6 juta penjawat awam pastinya tidak sabar menunggu pengumuman bonus, manakala rakyat berpendapatan rendah dan sederhana pula mengharapkan pengumuman bantuan kewangan dan pelbagai subsidi.

Tidak terkecuali Bajet 2019 yang akan dibentangkan Jumaat ini, ditunggu-tunggu pelbagai lapisan masyarakat untuk mengetahui goodies atau oleh-oleh yang memanfaatkan mereka.

Bajet berkenaan juga yang terakhir sebelum negara melangkah ke 2020 bagi merealisasikan Wawasan 2020 untuk menjadi negara maju mengikut acuan sendiri yang diilhamkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1991.

Bagaimanapun, kalangan penganalisis ekonomi yakin tidak banyak goodies yang diperoleh rakyat berikutan keadaan ekonomi negara yang tidak mengizinkan ketika ini.

Ada dalam kalangan penganalisis ekonomi menjangkakan tiada pengumuman mengenai bonus kepada penjawat awam, begitu juga kenaikan gaji dan elaun.

Jangkaan subsidi minyak dikurang

Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) yang menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang memanfatkan 4.1 juta penerima juga dijangka ditukar daripada pemberian wang tunai kepada barangan makanan.

Pakar ekonomi, Prof Dr Barjoyai Bardai menjangkakan subsidi minyak juga akan dikurangkan untuk meningkatkan pendapatan negara demi manfaat rakyat.

Perbelanjaan untuk sektor pertahanan dijangka dikurangkan, manakala tumpuan perbelanjaan kekal terarah kepada pendidikan dan kesihatan.

Walaupun sektor pendidikan terus diberi tumpuan, jumlah pinjaman menerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mungkin dikurangkan.

Dianggap ‘belanjawan zaman susah’

Bajet 2019 boleh dianggap ‘belanjawan zaman susah’ berikutan bebanan hutang negara ditinggalkan Barisan Nasional (BN), selain jangkaan berlaku kegawatan ekonomi negara.

Sebagai belanjawan pertama kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas mengambil alih tampuk pemerintahan negara, sudah tentu kerajaan akan melakukan sesuatu yang akan dikenang oleh rakyat, aspirasi itu pastinya akan diambil kira oleh kerajaan.

“Namun, saya menjangka belanjawan untuk Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) akan meningkat kerana kerajaan memerlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi serta memperkenalkan pembelajaran kemahiran baharu bagi mendepani cabaran Revolusi Perindustrian 4.0,” katanya ditemui, baru-baru ini.

Langkah menangani isu kos sara hidup kumpulan berpendapatan isi rumah 40 peratus terendah (B40) dan kumpulan berpendapatan isi rumah 40 peratus sederhana (M40) sewajarnya diberi tumpuan dalam Bajet 2019.

Bagi golongan tidak memiliki rumah sendiri sudah tentu mereka mahukan kediaman selesa untuk keluarga dan mengharapkan ada subsidi dan inisiatif diperkenalkan kerajaan.

Mereka sudah tentu mahu inisiatif yang akan diperkenalkan oleh kerajaan menerusi penggabungan semua agensi yang berkaitan perumahan negara menerusi Majlis Perumahan Mampu Milik Negara (MPMMN) memberi manfaat dan penyelesaian kepada masalah ketidakmampuan memiliki kediaman sendiri.

Rumah mampu milik isu yang berpanjangan yang bagaikan tiada penyelesaian sehingga ada menganggap rumah yang ingin dimiliki sebenarnya hanya ‘rumah mampu tengok’ bukan mampu dimiliki.

Penubuhan MPMMN diumumkan oleh Dr Mahathir ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) bagi menyelaras pengurusan perumahan mampu milik awam.

Harga makanan

Menurut Kumpulan Bank Dunia, kenaikan harga makanan dan rumah serta pertumbuhan upah yang tidak menentu di Malaysia dijangka meningkatkan kos sara hidup kumpulan berpendapatan rendah secara lebih cepat dan beberapa kali ganda, berbanding golongan berpendapatan pertengahan dan tinggi.

Ketua Pakar Ekonomi dalam Makroekonomi, Perdagangan dan Pelaburan, Richard Record berkata, agensi itu menjelaskan jumlah yang tinggi daripada pendapatan isi rumah yang dibelanjakan golongan berpendapatan rendah ke atas makanan dan perumahan melonjakkan inflasi kumpulan itu melebihi kadar purata.

Sebab itulah Bajet 2019 perlu mengambil kira kepentingan golongan berkenaan, apatah lagi mereka golongan yang memberi sokongan padu kepada PH sehingga membentuk kerajaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), 9 Mei lalu.

Portal hartanah, PropertyGuru Malaysia (PropertyGuru) pula mengesyorkan kerajaan membenarkan pembukaan tanah rizab untuk pembangunan perumahan mampu milik pada pembentangan Bajet 2019. Langkah itu menurutnya dilihat mampu membantu meningkatkan pemilikan kediaman dalam kalangan rakyat tempatan.

Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi atau Baucar Buku 1Malaysia juga dinanti-nantikan pelajar, sama ada dasar itu diteruskan atau sebaliknya, hanya diketahui Jumaat ini.

Bantuan sebanyak RM300 setiap pelajar yang didebitkan menerusi Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) memanfaatkan 1.2 juta pelajar pra-universiti, institusi pengajian tinggi (IPT) dan matrikulasi tahun ini.

Sabah dan Sarawak

Kerajaan sepatutnya meneruskan bantuan ini kerana ia memberi manfaat kepada pelajar dan jika jumlah penerima dikurangkan, ia seharusnya menumpukan kepada mahasiswa daripada keluarga berpendapatan rendah.

Penduduk Sabah dan Sarawak juga sudah tentu mahu menerima manfaat daripada belanjawan berkenaan dengan kurang-kurangnya 30 peratus daripada peruntukan pembangunan keseluruhan dalam Bajet 2019 disalurkan kepada dua negeri terbabit.

Pengerusi Pakatan Harapan Sarawak, Chong Chieng Jen mahu jumlah peratusan itu setimpal dengan keperluan pembangunan di kedua-dua wilayah, khususnya di kawasan pedalaman dan luar bandar yang serba kekurangan.

Berdasarkan belanjawan terdahulu yang dilaksanakan kerajaan BN ketika itu, Sabah dan Sarawak hanya memperoleh 10 hingga 13 peratus peruntukan pembangunan dalam bajet Kerajaan Persekutuan.

Dalam bajet kali ini, sudah tentu kedua-dua negeri ini mahu peruntukan lebih adil bagi memperkasakan pembangunan bersesuaian dengan saiz kedua-duanya sebagai wilayah terbesar di Malaysia.






Quote CiliPadiSedap 1-11-2018 10:15 AM
bajet ni xpayah tengok dah tahu dah result dia. yang penting proton 2.0 jambatan bengkok ketuanan melayu dah takde. next pru kita gulingkan pakatan harapan sokong bn pas
Quote tobby 1-11-2018 10:37 AM
CiliPadiSedap replied at 1-11-2018 10:15 AM
bajet ni xpayah tengok dah tahu dah result dia. yang penting proton 2.0 jambatan bengkok ketuan ...

beribu2 tanniya...     




SEBELUM PRU





SELEPAS PRU


Quote dess402 1-11-2018 10:42 AM
bajet ini namanya SEMUA SALAH NAJIB.
korang dah boleh agak2 dah.
Quote tobby 1-11-2018 10:48 AM
Syd replied at 1-11-2018 09:03 AM
Menanti 'oleh-oleh' dalam Bajet 2019
Oleh Mohd Azrone Sarabatin
azrone@bh.com.my

Jangkaan subsidi minyak dikurang

Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) yang menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang memanfatkan 4.1 juta penerima juga dijangka ditukar daripada pemberian wang tunai kepada barangan makanan.

Pakar ekonomi, Prof Dr Barjoyai Bardai menjangkakan subsidi minyak juga akan dikurangkan untuk meningkatkan pendapatan negara demi manfaat rakyat.




Quote dauswq 1-11-2018 10:49 AM
Syd replied at 1-11-2018 09:03 AM
Menanti 'oleh-oleh' dalam Bajet 2019
Oleh Mohd Azrone Sarabatin
azrone@bh.com.my


Nak tengok apa lim guan eng boleh deliver as menteri kewangan.
Quote haryatie 1-11-2018 10:51 AM
jgn bermimpi yg indah la kan...
Quote aHoi83 1-11-2018 10:52 AM
Tak sabar nk tgu esok. Jgn income tax naik sudeh
Quote nadna 1-11-2018 11:01 AM
Tunggu dengan sabar
Quote Syd 1-11-2018 11:07 AM
Apa nasib rakyat dalam Bajet 2019?

Yunus Tasim - October 31, 2018 8:01 AM



Apa yang rakyat perlukan dari Bajet 2019? Tentu harapan rakyat menggunung tinggi. Pertama kerana ini merupakan bajet pertama dari kerajaan Pakatan Harapan (PH). Kedua kerana kritikan pembangkang terhadap bajet dan kerajaan BN dan janji PH yang terkandung dalam manifesto mereka.

Rakyat tidak mahu pembentangan bajet jadi medan bahasa dan pantun. Juga tidak mahu ia menjadi tempat cemuhan dan sindiran. Yang diperlukan ialah “the meat” atau isinya terutama yang memberi kesan kepada kehidupan rakyat seharian.


Kad laporan 2018

Menteri Kewangan dan timnya mestilah menyediakan kad laporan 2018 bagi setiap kementerian dan agensinya merangkumi bajet dan penggunaannya. Begitu juga dengan kerajaan negeri yang melibatkan pinjaman dan hutang dari Kerajaan Persekutuan.

Projek mega harus dinilai pelaksanaannya dan berapa peratus dari jangka siapnya dan berapa jumlah wang yang telah dibayar serta kos lebihan (overrun). Di akhir kad laporan itu, kerajaan harus membentangkan jumlah hutang negara, hutang sekarang dan hutang tertangguh lantaran pelaksanaan sistem bayar balik yang kreatif tetapi sebenarnya membebankan anak cucu kita.


Bajet surplus, defisit

Sudah lama kita tidak dengar belanjawan berimbang atau lebihan belanjawan di pihak kerajaan. Sejak 2000, bajet kerajaan sering mengalami defisit dan akan ada pembentangan bajet tambahan di setiap pertengahan tahun. Apakah kerana memang salah buat bajet, belanja tidak dijangka atau ketirisan dari rasuah dan sebagainya. Ini harus juga diperiksa supaya kita kembali ke landasan yang betul.

Walaupun bajet defisit itu tidak semetinya salah, tapi jika ini berlarutan untuk jangka masa yang terlalu panjang, menunjukkan kelemahan perancangan, ketidakcekapan orang yang membuat bajet dan keborosan yang membelanjakan.

Kerajaan harus telus membuat perancangan terhadap unjuran pendapatan dari segala sumber pendapatan terutama minyak dan komoditi lain, cukai pendapatan individu, cukai SST, cukai korporat dan kontribusi dari syarikat milik kerajaan.

Perbelanjaan pula hendaklah didasarkan kepada keperluan rakyat, keperluan kementerian yang mendepani rakyat dan penyelesaian masalah rakyat dan negara. Justeru, bajet operasi tidak terlalu menggunung sedangkan bajet pembangunan semakin mengecil.


Salah prioriti

Rakyat tidak mahu lagi melihat bajet Jabatan Perdana Menteri begitu menggebu setiap tahun sehingga mencecah RM18 bilion berbanding dengan Kementerian Kesihatan dan Pendidikan yang masing-masing diperuntukkan hanya RM1.8 bilion dan RM1.4 bilion.

Ini pasti menggugat hospital dan pusat kesihatan dalam memberikan perkhidmatan kesihatan dan perubatan yang bermutu, jauh dari bertaraf dunia. Begitu juga banyak universiti yang keluh kesah sehingga ada yang mendakwa bajet yang diberi hanya cukup untuk membayar gaji guru dan pensyarah. Natijahnya, merendahkan mutu pendidikan negara keseluruhannya.

Kesejahteraan rakyat dan pembangunan modal insan secara inklusif mestilah terus diberikan prioriti dan tidak boleh dikesampingkan. Ini akan menjejaskan kemahiran rakyat dan akhirnya kita kembali kepada pusingan hantu mengharapkan pekerja asing yang menjejaskan ekonomi dan aliran kewangan negara.


Kos sara hidup

Rakyat menunggu apakah kerajaan PH sebenarnya hanya pintar mengkritik dan menghentam ketika menjadi pembangkang. Rakyat juga ingin melihat apakah PH hanya pandai menyalahkan kerajaan terdahulu atau memang mereka pintar merancang menjana pendapatan negara, cekap dalam membuat bajet dan berhemah dalam perbelanjaan hingga boleh mengurangkan kos sara hidup dan mengurangkan beban rakyat tenpa pemberian gula-gula BR1M.

Cakap biar serupa bikin. Bulan madu 7 bulan yang lalu telah berakhir. Sekarang rakyat akan menilai setiap gerak geri PH, dari perdana menteri kepada menteri dan timbalannya. Rakyat tidak boleh terima menteri dan timbalan menteri “mediocre” terus tidak berprestasi kerana kuasa melantik dan memecat ada di tangan PM.

Harga barang masih tidak berubah. PTPTN masih tersangkut. Sejumlah RM21 bilion rumah telah siap tapi tidak terjual. Pekerja Asing terus bertambah dan aliran tunai negara terkesan. Tarif elektrik, tol dan berbagai tarif yang memberi kesan kepada rakyat masih belum berubah. Rakyat nak tahu apakah penyelesaian semua ini. Dan rakyat tidak akan berkrompomi lagi.


Hutang negara dan reformasi negara

Rakyat tidak berharap akan bajet defisit untuk setahun 2 ini. Tetapi rakyat tidak boleh terima jika hutang negara terus menumpuk. Justeru, rakyat tidak mahu lagi mendengar menteri membebel tentang hutang negara, tetapi rakyat hendak melihat tindakan kerajaan PH merungkai hutang negara dengan perancangan ekonomi yang progresif dibantu dengan reformasi pentadbiran yang pastinya dapat membayar hutang secara sistematik, mengnyahkan rasuah dan ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan.

Pepatah Inggeris berkata, “Fish rots from the head”. Pemimpin hendaklah menjadi contoh yang baik kepada rakyat. Rosak pemimpin musnahlah rakyat dan negara.

Berbagai reformasi dan pembaikan dirancang dan dilaksanakan. Ini harus berterusan sehingga pemimpin tidak lagi mempunyai ruang untuk penyelewengan, menyalahgunakan kuasa sewenang-wenangnya, makan rasuah dan hipokrit terhadap rakyat.

Rakyat tidak boleh terus disuap hingga menjadi malas dan hilang daya saing dalam medan ekonomi dan sosial negara. Sehingga sektor swasta tidak punya pilihan selain dari mengambil dan menggaji buruh asing kerana sikap dan prestasi rakyat tempatan.

Langkah membangunkan kemahiran pekerja tempatan tidak akan lengkap jika tidak didahului dengan program perubahan sikap rakyat tempatan menjadikan mereka rajin dan ampuh jati dirinya.

Program vokasional dan program usahawan terutama usahawan kecil dan sederhana hendaklah dinilai dan disusun semula agar kesan dan manfaatnya benar-benar dikecapi kumpulan sasaran, tidak hanya melepaskan batuk di tangga.

Tidak guna kita membangunkan pelbagai industri, berat dan canggih jika akhirnya kita terus mengimport pekerja asing untuk memenuhi keperluan buruh di sektor tersebut.

Rakyat sedang menunggu dengan penuh pengharapan. Diharap tidak mengecewakan.



Yunus Tasim ialah pembaca FMT.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.


Quote bakingsoda 1-11-2018 11:15 AM
tak payah harap apa2 la, tongkat hanya untuk kroni. rakyat hilang kerja eh kesahhh pulak menteri gaji berpuluh ribu sebulan. siang malam meratib kerajaan takde duit, bila nak announce elaun2 bs yang menteri dapat dipotong? potong 10% gaji pokok terus fefeeling hero malaya, padahal elaun2 bulanan lain jauh melebihi gaji pokok. segala bil2 pon kerajaan tanggung?  nak melancong pon ada elaun, kalau tak pegi boleh claim cash lagi rm50k? naik kan gaji min rm50 suruh rakyat bersyukur jgn malas. keje dari pagi sampai petang, campur masa yg diambil untuk pergi balik sampai rumah sebelum maghrib pon mujur. nak suruh rajin sampai tahap mana lagi? nak cakap sape suruh jadi bodo kerja gaji ciput? eh yang ada ijazah pon ramai terkontang kanting nak dapat keja, kadang2 kerja yang tak setara dengan kelulusan pon terpaksa je terima. kalau tak terima kerja tu takde langsung duit. jangankan peluang pekerjaan, yang kena laid off pon bertambah. diorang ni sedar ke tidak rakyat bayar cukai menanggung gaji dan elaun tak masuk akal menteri2 incompetent, sebenarnya rakyat yang dipaksa menongkat korang. sepatutnya bila keadaan ekonomi tak baik effect dia yang diatas dulu la kena dah tanggungjawab atas bahu diorang, segala keputusan yang menguntungkan/merugikan pon diorang yang buat. ni takde keadilan langsung untuk rakyat. rakyat hanya memilih. patutnya bila nak cut budget cut la dari yang paling atas dulu baru menurun kebawah, takde la yang miskin jadi lembu korban dulu sementara menteri elaun2 jalan macam biasa, projek untuk manafaat rakyat di cancel sementara projek untuk kepuasan individu diutamakan. sekian bebelan diwaktu brunch
Quote badaksumbu 1-11-2018 11:15 AM
kalau zaman najib dulu rakyat blh propose apa yg diorang nak dlm bajet negara melalui website bajet apakebenda tah dulu. yg mn dah register masa 1st year tu akan dpt invitation melalui email utk bagi idea dlm bajet. 1st year najib jd pm ada roundtable utk bajet. ahli2 roundtable tu tak lain tak bukan rakyat marhaen sendiri.

saja la nak bgtau. sbb tu bajet najib dekat dgn rakyat

t.kasih

#rinduzamannajib
Quote badaksumbu 1-11-2018 11:18 AM
badaksumbu replied at 1-11-2018 11:15 AM
kalau zaman najib dulu rakyat blh propose apa yg diorang nak dlm bajet negara melalui website bajet  ...

zaman kerajaan sekarang, permintaan rakyat dah jadi beban utk negara.

terima kasih utk yg memilih
Quote axl_bach 1-11-2018 11:19 AM
aHoi83 replied at 1-11-2018 10:52 AM
Tak sabar nk tgu esok. Jgn income tax naik sudeh

Tu yg digusarkan
Quote Travelo 1-11-2018 11:26 AM
saya ingat lagi dulu tun yg tukar daripada 'belanjawan' kepada 'bajet' sebab katanya belanjawan dan bajet berbeza maksud..tp guna balik ke perkataan 'belanjawan' ni?
Quote aechae 1-11-2018 11:41 AM
So pkul 8 mlm esok bleh dh tgk hencapan2 psl bajet kt FB masing2 ye..

Lihat semua komen(760)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.142454 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top