Kecewa anak yang disayangi menjadi penagih dadah dan dicekup dalam Op Cegah di Beaufort, awal pagi semalam, seorang wanita hilang pertimbangan hingga cuba menikam perutnya dengan pisau.
Memetik Harian Metro, operasi di tiga kampung di Beaufort dan Papar itu juga menahan sembilan lagi lelaki disyaki penagih dadah berusia 20 hingga 42 tahun. Menurut Ketua Operasi Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sabah, Erwan Roslan, satu operasi yang dilakukan di sebuah rumah membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia 30-an selepas disyaki terbabit dadah.
Katanya, ibu suspek berusia 60-an mengancam untuk membunuh diri sambil meluru ke dapur rumahnya ketika suspek dibawa keluar rumah. “Ibu suspek kemudian memegang sebilah pisau dan cuba menikam perutnya, namun dihalang suspek lalu meminta ibunya bertenang. “Pada masa sama, pegawai dan anggota AADK campur tangan dengan merampas pisau dan menenangkan ibu suspek hingga keadaan terkawal. “Ibu suspek bertindak demikian selepas kecewa anaknya itu terbabit dalam penyalahgunaan dadah dan mengatakan rela mati kerana kecewa,” katanya. Tambah Erwan, semua suspek didapati positif dadah jenis Methamphetamine atau syabu dan dua daripada suspek masih dalam tempoh pengawasan AADK. “Semua suspek ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983,” katanya. - CARI
|
6
Bagus |
15
Marah |
20
Terkejut |
16
Sedih |
9
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ninja boy replied at 1-11-2018 07:44 PM
Apsal mak tikam diri baik tikam anak Dan jual buah pinggang jantung hati kaki tangan mata
batmana replied at 1-11-2018 07:27 PM
sebenarnya klu anak dh sentuh rokok, tu kegagalan besar sorg ibu /bapa kt rumah tu
psl 99% penag ...
batmana replied at 1-11-2018 07:27 PM
sebenarnya klu anak dh sentuh rokok, tu kegagalan besar sorg ibu /bapa kt rumah tu
psl 99% penag ...
giyomi replied at 1-11-2018 05:06 PM
purcayalah, sekali klu dah terjebak mendadih ni mmg ssh nak insof...dia org klu cakap mengalahkn PU, ...
ADVERTISEMENT