CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tipu Diculik Kerana Takut Dimarahi Pulang Lambat

30-10-2018 10:30 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3048| Komen: 14

Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun sanggup mereka cerita kononnya diculik akibat takut dimarahi ibu bapanya kerana pulang lambat selepas bermain basikal lajak.

Memetik Harian Metro, kejadian berlaku di Puchong Permai, Subang Jaya, Ahad lalu.


Gambar Hiasan

Difahamkan, pada Jumaat lalu kanak-kanak terbabit dikatakan berjanji dengan rakan-rakannya untuk bermain basikal lajak di Puchong Permai, kira-kira empat kilometer dari kediamannya di Jalan PU 9.

Dan kelmarin (Ahad), dia dipercayai mengayuh basikalnya bersendirian ke tempat yang dijanjikan, namun tiada seorangpun rakannya menunggu di sana.

“Akibat mengayuh jauh, kanak-kanak itu keletihan selain tidak mahu pulang ke rumah kerana takut dimarahi ibu bapanya kerana sudah menjelang malam.


“Dia kemudian dipercayai memperdaya seorang lelaki supaya membantu menghubungi ibu bapanya dengan alasan dia menjadi mangsa penculikan,” kata sumber.

Bagaimanapun, siasatan mendapati kanak-kanak itu keluar dari rumah tanpa pengetahuan ibu bapanya.

“Kanak-kanak itu membuat aktiviti berbasikal dalam tempoh lama (pada hari kejadian) dan oleh kerana takut dimarahi ibu bapanya, dia mengada-adakan cerita diculik.

“Kes diklasifikasikan sebagai NFA (tiada tindakan susulan) dan kanak-kanak itu diberikan amaran. Ini kerana dia masih muda dan tidak memikirkan natijah membuat laporan palsu,” kata Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari.


Kanak-kanak mereka cerita kononnya diculik dibawa ibu bapanya ke hospital di Serdang untuk menerima rawatan kerana dipercayai 'trauma' akibat kejadian.
Foto: NSTP/Harian Metro

Sementara itu, sebuah mesej mengenai 'penculikan' kanak-kanak berkenaan tular sejak semalam.

Ia dipercayai disebarkan pihak kariah masjid di kediaman keluarga kanak-kanak itu sebagai peringatan kepada orang lain yang berbunyi:


“Malam tadi sekitar 9.30 malam berlaku kes penculikan anak jemaah kita saudara *******, **** di rumahnya Jalan PU 9 yang mana dua orang penculik memanjat tembok pagar dan masuk ke dalam halaman rumah ketika beliau sedang leka bermain basikal.

“Penculik menutup muka dan membawa **** keluar secara paksa bersama basikalnya melalui pintu pagar yang tidak berkunci.

“Dia dibawa masuk ke dalam van dan ada lima orang berpakaian seperti badut dalam van itu. Ketika kejadian, bapanya masih bekerja manakala ibunya berada di tingkat atas.

“Ibunya menyedari kehilangan **** setelah beliau turun ke bawah dan pintu pagar terbuka. Beliau keluar mencari di kawasan berhampiran termasuk padang berdekatan rumah.

“Usaha mencari dilakukan bersama bapanya setelah pulang dari kerja di kawasan AEON Big, Tesco, Court 1 dan Court 2. Pada jam 11.45 malam bapanya menerima panggilan telefon dari seorang lelaki bahawa **** ditemui dalam keadaan lemah, tidak bermaya dan ditinggalkan bersendirian di kawasan berhampiran Sekolah Menengah Puchong Permai.

"Dipercayai, ketika kanak-kanak itu berada di dalam van, dia ditampar beberapa kali dan ditanya latar belakang keluarga serta pendapatan bapanya sebelum ditinggalkan di kawasan gelap di Puchong Permai." - CARI

11

Bagus
14

Marah
16

Terkejut
11

Sedih
9

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (72 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cap_ayam 30-10-2018 09:29 AM
Uiii beraninya buat cerita.
Quote akakmonaBN 30-10-2018 09:30 AM
kes budak reka cerita, cam budak cheras kena culik 2 mamat motor berparang tapi rupa2nya pi berdating.

Quote meklalala 30-10-2018 09:37 AM
aiyoo tak elok dik buat macam tu, kasihanilah ayah mak..dorang mesti risau kalau dengar kes culik menyulik ni...boleh pengsan ooiii silap silap kalau yang ada sakit jantung boleh gone ok...jangan la buat macam tu lagi..
Quote niena90 30-10-2018 09:38 AM
Wahhh baru 12 tahun dah panjang akal cmni! Dik, akk pun tak berani tipu mak ayah sbb bila menipu je mesti ade something yg berlaku so rasa serba salah nak menipu tu sentiasa menghantui diri. Kesudahannya terus terang jelah senang cite, ko pun berlapang dada
Quote maharani_gebu 30-10-2018 09:44 AM
setengah mati bapak ko mencari ko dik... penat balik keje x hilang dah kena buang masa buang petrol carik ko macam org giler... sedap perut ko aje menipu yer

kalau anak sis menipu macam ni mmg berbirat badan ko acik sebat dik... beskal tu mmg jadik abu acik kejekan
Quote insulin 30-10-2018 09:45 AM
Liciknya kau dikkk. Muda2 begini dah pandai pusing sana sini.
Quote jazaa100 30-10-2018 10:00 AM
Knp tak bgtau van tu van putih dik....
Baru tambah gempak.....

The best part, penculik siap tanya income mak bapak...rasa tak berbaloi, tinggalkn kau kat puchong permai.....
Quote mieymiey 30-10-2018 10:26 AM
Kreatifnya ko dek. Penculik tu siap berpakaian badut
Quote nolya 30-10-2018 10:55 AM
Baru 12 thn dah pandai  mereka cerita, cerita yg boleh meragut jatung hati makbapak.  Selepas insiden trs. makayah kena lebihkan masa untuk wujudkan masa berkualiti dgn anak2.  Kena  dampingi anak selalu, tanyakan perihal apa dia buat pada masa lapang atau ketika  ibubapa tak ade di rumah.  Kena pesan dn pesan selalu,biarpun sampai berbuih mulut agar pesanan ibubapa terpantak dlm telinga anak2.  Kena beritau segala musibah yg bakal anak alami jika dia nakal di luar,  bala kalau tak dengar cakap orang tua dn kesusahan akhirnya berbalik kpd diri dia dn keluarga.  Apakah itu  maunya.  Mengatakan takut kena marah, beritau dia kalau dimarahi itu tandanya dia disayangi.

12 hn = thn 6 di sek. rendah.  Masih belum terlambat  anak dilentur.  Masih boleh dipesan2 agar jgn pandai untuk bercakap bohong dn mereka2 cerita.  Siakap senohong gelama ikan duri............ (sila selesaikan).
Quote 30-10-2018 01:31 PM


Kesian betul

Quote gigimukelabu 30-10-2018 03:24 PM
Amboii dikk. Menyimpang nauuu bakat ko ni. Kecik kecik dah cenggini ye
Quote moonbug 31-10-2018 01:46 PM
Menjadi-jadi budak-budak sekarang ye. Dah mcm trend pulak #fabricateyourownabductionchallenge
Quote famri7 31-10-2018 01:53 PM
Ko tengok lagi drma pprt kul 7 camni lah mentaliti.
Quote kucing02 26-11-2018 04:38 PM
hebat betul ko bdk.. lain kali buat lg ye.. tu kalu ko x syg mak bapak ko la

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.053202 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top