CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2256|Reply: 14

[Tempatan] Jangan buat lagi ya

[Copy link]
Post time 30-10-2018 09:26 AM | Show all posts |Read mode



BIMBANG dimarahi ibu bapanya, seorang kanak-kanak lelaki sanggup mereka-reka cerita mendakwa dirinya diculik hanya kerana dia pulang lambat selepas bermain basikal lajak di Puchong Permai, Subang Jaya, Ahad lalu.

Sumber memberitahu, kanak-kanak berusia 12 tahun itu dikatakan berjanji bersama beberapa rakan untuk bermain basikal lajak di Puchong Permai yang terletak kira-kira empat kilometer dari kediamannya di Jalan PU 9, Jumaat lalu.

Justeru, kelmarin, dia dipercayai mengayuh basikalnya bersendirian ke sana, namun rakan yang berjanji menunggu di situ tidak muncul.

“Akibat mengayuh jauh, kanak-kanak itu keletihan selain tidak mahu pulang ke rumah kerana takut dimarahi ibu bapanya kerana sudah menjelang malam.
ADVERTISING

“Dia kemudian dipercayai memperdaya seorang lelaki supaya membantu menghubungi ibu bapanya dengan alasan dia menjadi mangsa penculikan,” kata sumber.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari, berkata susulan siasatan dijalankan mendapati kanak-kanak itu keluar dari rumah tanpa pengetahuan ibu bapanya.

“Kanak-kanak itu membuat aktiviti berbasikal dalam tempoh lama (pada hari kejadian) dan oleh kerana takut dimarahi ibu bapanya, dia mengada-adakan cerita diculik.

“Kes diklasifikasikan sebagai NFA (tiada tindakan susulan) dan kanak-kanak itu diberikan amaran. Ini kerana dia masih muda dan tidak memikirkan natijah membuat laporan palsu,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, satu mesej berhubung kejadian ‘penculikan’ ke atas kanak-kanak berkenaan mula tular sejak semalam dipercayai disebarkan pihak kariah masjid di kediaman keluarga kanak-kanak berkenaan kepada awam dengan tujuan sebagai peringatan.

Berikut adalah sebahagian petikan mesej yang tersebar:

“Malam tadi sekitar 9.30 malam berlaku kes penculikan anak jemaah kita saudara *******, **** di rumahnya Jalan PU 9 yang mana dua orang penculik memanjat tembok pagar dan masuk ke dalam halaman rumah ketika beliau sedang leka bermain basikal.

“Penculik menutup muka dan membawa **** keluar secara paksa bersama basikalnya melalui pintu pagar yang tidak berkunci.

“Dia dibawa masuk ke dalam van dan ada lima orang berpakaian seperti badut dalam van itu. Ketika kejadian, bapanya masih bekerja manakala ibunya berada di tingkat atas.

“Ibunya menyedari kehilangan **** setelah beliau turun ke bawah dan pintu pagar terbuka. Beliau keluar mencari di kawasan berhampiran termasuk padang berdekatan rumah.

“Usaha mencari dilakukan bersama bapanya setelah pulang dari kerja di kawasan AEON Big, Tesco, Court 1 dan Court 2. Pada jam 11.45 malam bapanya menerima panggilan telefon dari seorang lelaki bahawa **** ditemui dalam keadaan lemah, tidak bermaya dan ditinggalkan bersendirian di kawasan berhampiran Sekolah Menengah Puchong Permai,” kata mesej berkenaan.

Mesej tular itu turut memaklumkan semasa kanak-kanak itu berada di dalam van, dia ditampar beberapa kali dan ditanya latar belakang keluarga serta pendapatan bapanya sebelum ditinggalkan di kawasan gelap di Puchong Permai.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Oktober 2018 @ 1:12 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2018 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Uiii beraninya buat cerita.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2018 09:30 AM | Show all posts
kes budak reka cerita, cam budak cheras kena culik 2 mamat motor berparang tapi rupa2nya pi berdating.

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2018 09:37 AM | Show all posts
aiyoo tak elok dik buat macam tu, kasihanilah ayah mak..dorang mesti risau kalau dengar kes culik menyulik ni...boleh pengsan ooiii silap silap kalau yang ada sakit jantung boleh gone ok...jangan la buat macam tu lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2018 09:38 AM | Show all posts
Wahhh baru 12 tahun dah panjang akal cmni! Dik, akk pun tak berani tipu mak ayah sbb bila menipu je mesti ade something yg berlaku so rasa serba salah nak menipu tu sentiasa menghantui diri. Kesudahannya terus terang jelah senang cite, ko pun berlapang dada
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2018 09:44 AM | Show all posts
setengah mati bapak ko mencari ko dik... penat balik keje x hilang dah kena buang masa buang petrol carik ko macam org giler... sedap perut ko aje menipu yer

kalau anak sis menipu macam ni mmg berbirat badan ko acik sebat dik... beskal tu mmg jadik abu acik kejekan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2018 09:45 AM | Show all posts
Liciknya kau dikkk. Muda2 begini dah pandai pusing sana sini.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2018 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Knp tak bgtau van tu van putih dik....
Baru tambah gempak.....

The best part, penculik siap tanya income mak bapak...rasa tak berbaloi, tinggalkn kau kat puchong permai.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2018 10:26 AM | Show all posts
Kreatifnya ko dek. Penculik tu siap berpakaian badut
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2018 10:55 AM | Show all posts
Baru 12 thn dah pandai  mereka cerita, cerita yg boleh meragut jatung hati makbapak.  Selepas insiden trs. makayah kena lebihkan masa untuk wujudkan masa berkualiti dgn anak2.  Kena  dampingi anak selalu, tanyakan perihal apa dia buat pada masa lapang atau ketika  ibubapa tak ade di rumah.  Kena pesan dn pesan selalu,biarpun sampai berbuih mulut agar pesanan ibubapa terpantak dlm telinga anak2.  Kena beritau segala musibah yg bakal anak alami jika dia nakal di luar,  bala kalau tak dengar cakap orang tua dn kesusahan akhirnya berbalik kpd diri dia dn keluarga.  Apakah itu  maunya.  Mengatakan takut kena marah, beritau dia kalau dimarahi itu tandanya dia disayangi.

12 hn = thn 6 di sek. rendah.  Masih belum terlambat  anak dilentur.  Masih boleh dipesan2 agar jgn pandai untuk bercakap bohong dn mereka2 cerita.  Siakap senohong gelama ikan duri............ (sila selesaikan).
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2018 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2018 03:24 PM | Show all posts
Amboii dikk. Menyimpang nauuu bakat ko ni. Kecik kecik dah cenggini ye
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Menjadi-jadi budak-budak sekarang ye. Dah mcm trend pulak #fabricateyourownabductionchallenge
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko tengok lagi drma pprt kul 7 camni lah mentaliti.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 04:38 PM | Show all posts
hebat betul ko bdk.. lain kali buat lg ye.. tu kalu ko x syg mak bapak ko la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.059527 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list