Polis menahan seorang lelaki disyaki menetak isterinya di Ladang Pintasan, Kinabatangan pada jam 10.30 pagi, semalam. Memetik Berita Harian, lelaki berusia lingkungan 30-an itu bertindak membunuh isterinya kerana berang dituduh mempunyai perempuan lain.
Menurut sumber, suspek gagal mengawal perasaan hingga hilang pertimbangan dan bertindak kejam dengan menetak mangsa. Ketua Polis Kinabatangan, Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A Sahak Rahmat yang mengesahkan penangkapan itu berkata, suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan. Media sebelum ini melaporkan, siasatan polis mendapati Mangsa berusia 27 tahun itu baru sebulan bekerja sebagai pemungut biji sawit, manakala suaminya tidak bekerja.
Difahamkan, kedua-duanya tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan mangsa dipercayai dibunuh kira-kira jam 8 pagi Sabtu, namun laporan hanya dibuat jam 8.45 malam hari sama. “Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati mayat mangsa berada di ruang tamu rumah dalam keadaan terlentang dan lengkap berpakaian. “Pemeriksaan di dapur menemui cebisan jari mangsa yang putus. Senjata yang digunakan dipercayai adalah parang milik suami. Ketika kejadian, jiran mangsa mendakwa tidak mendengar sebarang pergaduhan ataupun bunyi bising dari rumah itu,” katanya. Selain mendapati kecederaan akibat tetakan di muka kiri, di atas kepala dan belakang kepala, tiga jari kanan mangsa putus, manakala pergelangan tangan kanannya hampir putus dipercayai ditetak. Tambah A Sahak, Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kinabatangan untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - CARI
|
10
Bagus |
17
Marah |
19
Terkejut |
21
Sedih |
12
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
“Hasil siasatan awal mendapati mangsa baru saja bekerja di ladang itu kira-kira sebulan sebagai pemungut biji sawit, manakala suaminya tidak bekerja.
“Ia berikutan penemuan periuk yang mengandungi sup ayam dan satu pinggan berisi nasi ditemui bertaburan di lantai dapur dipercayai dibaling.
jue10 replied at 29-10-2018 08:27 AM
smlm bc kt fb kata nye jantan ni menganggur xkje. bini kje, bini bg mkn msakkn sup ayam, jantan ni m ...
ADVERTISEMENT