CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Bila Saiz Punggung Kim Kardashian Pun Jadi Kontroversi! Besar Salah, Kecil Pun Salah

26-10-2018 11:32 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 8453| Komen: 22|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Peminat Kim Kardashian menyelar tindakan bintang realiti terkenal itu menyunting saiz punggungnya supaya kelihatan lebih kecil dalam gambar promosi KKW Beauty, produk kosmetik terbaharunya.


Kredit Foto: Instagram

Nampaknya punggung Kim Kardashian menggemparkan internet sekali lagi. Untuk mempromosikan KKW Beauty, rangkaian produk terbaharunya yang menampilkan serbuk pigment dipanggil Flashing Lights, Kim telah memuat naik beberapa keping gambar promosi di Instagramnya hari ini. Walau bagaimanapun, peminat lebih menumpukan perhatian kepada saiz punggungnya berbanding make-up terbaharunya itu.




Kredit Foto: Instagram

Peminat mempersoalkan saiz punggung Kim yang lebih kecil dalam gambar itu. Kebanyakan daripada mereka merasa tindakan Kim itu adalah hipokrit memandangkan selama ini beliau sering meraih publisiti dengan saiz punggung yang besar, lebih-lebih lagi ketika Kim menjadi muka depan bagi majalah PAPER pada tahun 2014. Ramai peminat yang menuduh Kim menggunakan photoshop.



Kredit Foto: Paper Magazine

Isu photoshop gambar sememangnya tidak asing lagi dengan Kim. Pada minggu lalu, Kim telah memuat naik sekeping gambar yang menampilkan anaknya Chicago West, dan anak Kylie Jenner, Stormi Webster. Peminat menuduh Kim telah menggunakan photoshop supaya kulit kedua anak itu yang lahir kacukan kelihatan lebih putih. Kim membela dirinya dan mengatakan beliau hanya menggunakan filter supaya gambar itu kelihatan lebih jelas dan bukan berniat untuk memutihkan kulit mereka.


Kredit Foto: Instagram


Oleh kerana sering dituduh menggunakan photoshop, sumber Hollywood Lite menyatakan Kim kini sering tertekan dan ragu-ragu untuk memuat naik sebarang gambar kerana takut dicerca peminatnya. Kim dikatakan mengadu kepada suaminya, penyanyi rap Kanye West tetapi Kanye memujuknya dan mengatakan Kim adalah wanita paling sempurna pada pandangan matanya.


Foto: Google

Nampaknya, susah menjadi seorang Kim Kardashian - punggung kecil atau besar tetap menjadi kontroversi! -CARI

19

Bagus
14

Marah
17

Terkejut
10

Sedih
15

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (85 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 26-10-2018 11:51 AM
Real ka atau fake booty dia ni?
Quote greantea 26-10-2018 12:16 PM
Kim kini sering tertekan dan ragu-ragu untuk memuat naik sebarang gambar kerana takut dicerca peminatnya - kalo peminat x cerca. itu semua haters.

sape soh gila edit n photoshop.
Quote pai.kacang 26-10-2018 03:18 PM
kecik sikit lg lawa kut
Quote kakaro940 26-10-2018 03:20 PM
kim yg sebelum femes mmg cantik..skrg ni hmm ntah la..
Quote Sang_Pencinta 26-10-2018 03:22 PM
kakaro940 replied at 26-10-2018 03:20 PM
kim yg sebelum femes mmg cantik..skrg ni hmm ntah la..


Before and after butt implant / fat transfer
Quote kakaro940 26-10-2018 04:06 PM
Sang_Pencinta replied at 26-10-2018 03:22 PM
Before and after butt implant / fat transfer

nmpk sgt perubahannya..muka pun sama..dlu c kim ni senyum spi nmpk gigi skrg ni muka kejung klu senyum ntah2 kulit tu rabak kot..tp kan aku nak sgt tau mcm mn dia ble femes ya?? dlu rapat dgn c paris ke sana ke sini dgn c paris tu..dan aku nak tau sbb apa dorg ble bermusuh?? hahahaha...penyibuk sgtttt...
Quote Sang_Pencinta 26-10-2018 04:36 PM
kakaro940 replied at 26-10-2018 04:06 PM
nmpk sgt perubahannya..muka pun sama..dlu c kim ni senyum spi nmpk gigi skrg ni muka kejung klu se ...

Dia pembantu peribadi Paris dulu selalu kena suruh angkat2 barang. Lepas famous kerana kes filem porno dia terus Paris pun tahap tapak kaki dia saja.
Quote kakaro940 26-10-2018 04:39 PM
Sang_Pencinta replied at 26-10-2018 04:36 PM
Dia pembantu peribadi Paris dulu selalu kena suruh angkat2 barang. Lepas famous kerana kes filem p ...

laa..aku sgka c paris ja terlibat porno2 ni rupa2nya c kim pun sama
Quote Sang_Pencinta 26-10-2018 04:43 PM
kakaro940 replied at 26-10-2018 04:39 PM
laa..aku sgka c paris ja terlibat porno2 ni rupa2nya c kim pun sama

Perfomance Kim taklah sehebat Paris *opppsssss
Quote Sang_Pencinta 26-10-2018 05:37 PM
pai.kacang: kecik sikit lg lawa kut


Khloe punya pun terlebih saiz implant kan??
Quote borrow 26-10-2018 05:51 PM
Tak expert bab ori or pelsu ni. Dulu kim ada x ray bum utk buktikan ori kan. But mata ai nmpk mcm pelsu ja

Quote Unicorn_heart 26-10-2018 05:53 PM
Dulu i mmg rajin layan their reality show Waktu bapaknya masih lelaki la..  Siok juga tengok tapi mmg takde nilai punya show
Quote Sang_Pencinta 26-10-2018 06:10 PM
borrow replied at 26-10-2018 05:51 PM
Tak expert bab ori or pelsu ni. Dulu kim ada x ray bum utk buktikan ori kan. But mata ai nmpk mcm p ...

Implant baru xray tu nampak kan?

Fat transfer tak nampak ray sebab bahan injek sama jisim dgn bontot
Quote Sang_Pencinta 26-10-2018 06:12 PM
Unicorn_heart replied at 26-10-2018 05:53 PM
Dulu i mmg rajin layan their reality show  Waktu bapaknya masih lelaki la..  Siok juga tengok tapi ...

Tak sangka star power diorang bertahan lama juga. Artis realiti lain sekejap saja malap. Mungkin sebab diorang ramai adik beradik cantik kot
Quote uori 26-10-2018 06:37 PM
aku lebih berminat tengok model lelaki sebelah dia. pakai seluar ke idak tu?
Quote Sang_Pencinta 26-10-2018 06:52 PM
uori replied at 26-10-2018 06:37 PM
aku lebih berminat tengok model lelaki sebelah dia. pakai seluar ke idak tu?

Bogel tu lol
Quote borrow 26-10-2018 07:20 PM
Sang_Pencinta replied at 26-10-2018 06:10 PM
Implant baru xray tu nampak kan?

Fat transfer tak nampak ray sebab bahan injek sama jisim dgn b ...

ai is tatau. Tak pnh dgr.
So klo camtu tak gunalah wat x ray. choy

Quote Sang_Pencinta 26-10-2018 07:43 PM
borrow replied at 26-10-2018 07:20 PM
ai is tatau. Tak pnh dgr.
So klo camtu tak gunalah wat x ray. choy

Ini sis, fake transfer tak boleh di detect xray. Test tipu saja tu. Kalau implant baru boleh detect
Quote Sang_Pencinta 26-10-2018 07:44 PM
Edited by Sang_Pencinta at 26-10-2018 07:46 PM
borrow replied at 26-10-2018 07:20 PM
ai is tatau. Tak pnh dgr.
So klo camtu tak gunalah wat x ray. choy


Ini sis, fat transfer tak boleh di detect xray. Test tipu saja tu. Kalau implant baru boleh detect

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.051414 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top