CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tragedi Chadrak: Kanak-Kanak Autistik Ini Berjaya Ubah Polisi Sekolah Di Britain

26-10-2018 11:13 AM| Diterbitkan: awanearisu| Dilihat: 2657| Komen: 3|Original author: Oleh: CSuy

Description: Chadrak merupakan kanak-kanak istimewa. Beliau berjaya mengubah sistem pendidikan Britain. Ikuti kisah beliau ini.


Keterujaan Esther Eketi-Mulo, seorang ibu kepada anak autistik yang bernama Chadrak Mbala Mulo, 4 tahun tampak jelas ketika anaknya memulakan minggu pertama persekolahan sekitar September 2016. Beliau memuatnaik wajah polos anaknya di laman Facebook berserta kapsyen ringkas yang cukup bererti: "Love" (Cinta). Namun tak siapa menyangka bahawa kurang sebulan selepas status Facebook tersebut, kedua-duanya menemui ajal di kediaman mereka di Trelawney Estate, Hackney yang terletak di Utara London.

Memetik artikel dari DailyMail, kejadian menyayat hati itu bermula apabila Chadrak gagal hadir ke sekolah pada 30 September 2016. Pihak sekolah beliau, Morningside Primary telah cuba menghubungi Esther beberapa kali. Malangnya, Esther tidak menjawab panggilan-panggilan tersebut. Pada waktu itu, pihak sekolah meminta penjaga untuk menyediakan sekurang-kurangnya satu nombor telefon untuk dihubungi.


Wakil sekolah kemudiannya telah melawat kediaman ibu muda itu. Namun usaha untuk mengakses kediaman wanita itu gagal. Esther tidak menyahut mahupun membuka pintu. 

Apa yang terjadi seterusnya amat menyayat hati. Pada 20 Oktober 2016, pihak berkuasa akhirnya berjaya memasuki kediaman Esther dan Chadrak. Jasad kaku kedua-duanya ditemui bersama, dengan Chadrak masih memaut jasad ibunya yang telah mereput.

Menurut laporan dari The Mirror, Esther dipercayai meninggal dunia akibat sawan yang berlaku di luar jangkaan. Seorang koroner pula melaporkan punca kematian Chadrak adalah akibat dehidrasi dan malnutrisi. 

Dikatakan bahawa kanak-kanak autistik dan dipercayai bisu itu tidak berupaya untuk makan dengan sendiri mahupun mendapatkan bantuan. Ketidakupayaan ini mengakibatkan beliau mengalami kebuluran secara perlahan-lahan selama dua minggu sehingga membawa maut. 

Beberapa penghuni Trelawney Estate yang berjiran dengan keluarga ini mengakui mereka berasa amat terkesan dengan apa yang berlaku. Pada mulanya, mereka menyangkakan bahawa kehadiran bau yang kuat dari kediaman tersebut berpunca dari masakan Esther. 

"Saya amat terkilan kerana saya berpeluang untuk membantu mereka jika saya menyedari apa yang telah terjadi. Saya memiliki seorang anak. Chadrak hanya perlukan makanan dan minuman. Beliau menemui ajal kerana kelaparan, bukan kerana sebab lain", ujar salah seorang dari jiran Esther.

"Saya sering berfikir kembali, adakah saya mendengar suaranya? Di sebelah? Tapi beliau tidak bersuara. Tidak sesekali. Beliau menyembunyikan diri di sebalik tubuh ibunya dan memegang pakaiannya. Beliau tak berupaya untuk memanggil sesiapa ataupun bercakap walaupun melalui lubang peti surat [di pintu]," ujarnya lagi.

Sumber Foto: ARCHANTalwakeelr

Menurut laporan DailyMail, kematian kanak-kanak ini menyebabkan kerajaan Britain kini menggesa pihak sekolah agar menyimpan lebih dari satu nombor telefon ahli keluarga atau penjaga bagi setiap pelajar. Polisi terbaru ini berkuatkuasa pada September 2018 dan telah dikemaskini di dalam sebuah dokumen bimbingan berkanun, Keeping Children Safe in Education 2018

Sumber Foto: Portal Gov.uk

Bagi pihak sekolah Morningside Primary pula, kini mereka meminta setiap penjaga untuk menyediakan tiga nombor telefon ahli keluarga terdekat. Guru besar, Janet Taylor dilaporkan sebagai berkata, "Kematian tragis Chadrak telah meluluhkan hati sesiapa yang mengenalinya. Kami akan sentiasa mengingati beliau sebagai seorang kanak-kanak yang gembira. Apa yang terjadi adalah amat menyedihkan.

Dijangkakan bahawa perubahan polisi ini akan memperkasakan lagi pihak sekolah Britain dalam aspek kebajikan pelajar kurang upaya. Barangkali tragedi yang menimpa Chadrak boleh dijadikan iktibar bukan sahaja untuk masyarakat di sana, tetapi juga masyarakat global secara amnya.

Komuniti tempatan juga perlu peka dengan kebajikan golongan sebegini kerana sekiranya berlaku kejadian yang serupa, sudah tentu usaha mereka untuk mendapatkan bantuan adalah sukar tanpa sokongan dari komuniti tempatan. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 26-10-2018 11:26 AM
Sedihnya citer mereka ni.  Kat Malaysia ni pun apa kurangnya makin ramai yang ambil sikap tak pedulikan orang lain.  Kalau ada yang cuba berikan perhatian ada pulak kaki membawang sana sini yang suka mengomel katanya menyibuk jaga tepi kain orang lain je.  
Quote azwanaliori 26-10-2018 11:36 AM
Artemesiaa: Sedihnya citer mereka ni.  Kat Malaysia ni pun apa kurangnya makin ramai yang ambil sikap tak pedulikan orang lain.  Kalau ada yang cuba berikan perha ...



Betul.. Yg dorg sibukkan bab cari kesalahan org je bab membantu jauh sekali
Quote meklalala 26-10-2018 12:27 PM
kesiannya anak dan ibu ni..takde siapa tolong..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.048950 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top