CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Hangus Duit Kerana Scammer 'Tuan Rumah', Rupanya Ramai Juga Yang Terkena

24-10-2018 01:20 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 3254| Komen: 17|Original author: Oleh: Azza




Susahnya mencari orang yang jujur sekarang, apatah lagi jika hanya berurusan melalui talian sahaja. Bagi mereka yang tidak peka dengan isu semasa atau pun terlalu naif, mudah sahaja pemangsa menggunakan 'kebaikan' mangsa bagi mendapatkan duit mudah.

Itulah yang terjadi kepada dua wanita ini, yang duit mereka 'hangus' kerana terlalu percayakan 'tuan rumah'. Bermula dengan proses pencarian rumah sewa di sebuat laman sesawang popular, Sya dan rakannya berminat dengan lokasi yang berhampira tempat kerja pertama mereka, iaitu di Hillpark, Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Akan tetapi, dari situlah, bermula juga pengalaman pahit bagi mereka.

Kredit foto: Twitter


Setelah berbincang mengenai bayaran sewa bilik dan sebagainya, 'tuan rumah' tersebut meminta Sya membayar deposit terlebih dahulu sebagai tanda 'confirm' sebelum diberikan kunci. Sya dan rakannya terus membayar dua bulan bayaran sewa bilik dan utiliti sebanyak RM950

Menyedihkan apabila 'tuan rumah' tersebut yang dipanggil Puan Aimi mendapat slip pengesahan tersebut, aplikasi Whatsapp dan nombornya terus tidak dapat dihubungi.


Kredit foto: Twitter

Kredit foto: Carian Internet

Menyedari telah ditipu, Sya bersama rakannya mencari bakal 'rakan serumah' mereka dan memang rakan tersebut turut ditipu serta membuat laporan polis. Dari situ, Sya mengetahui bahawa bukan mereka sahaja ditipu, tetapi ramai yang telah menjadi mangsa Puan Aimi ini. Mereka seolah-olah dipukau untuk terus membuat pembayaran walaupun belum bertemu mata lagi.



Kredit foto: Twitter

Kredit foto: Carian Internet

Ramai netizen bersimpati dengan nasib Sya dan rakan-rakannya. Malahan ada netizen yang membuat pencarian menerusi aplikasi telefon lalu mengetahui bahawa Puan Aimi adalah 'scammer' popular.
Kredit foto: Twitter

Justeru itu, ramai yang menegur Sya bahawa sepatutnya bertemu dahulu Puan Aimi sebelum membuat sebarang bayaran.


Bagaimanapun, cadangan tersebut tidak dipersetujui oleh netizen lain kerana ada 'scammer' yang lebih licik menggunakan status 'homestay' untuk mencari mangsa. Lebih teruk, mangsa telah membayar penuh sewa rumah dan telah tinggal di situ, tetapi beberapa hari kemudian, mereka disergah oleh tuan rumah yang sebenarnya.


Kredit foto: Carian Internet

Turut berkongsi pengalaman buruk mereka ialah netizen yang terkena masalah ditipu 'scammer' ini.

Bagaimanapun, setelah turun naik balai polis dan membuat beberapa prosedur, Sya dimaklumkan bahawa pihak Bank telah membekukan akaun 'scammer' tersebut.

Penipuan 'scammer' bukanlah perkara baru, namun ia semakin menjadi-jadi di alam siber dan sentiasa mencari ruang untuk memerangkap mangsa baru. Jadi, perlu sangat berhati-hati ketika membuat sebarang keputusan dan jika 'terkena' juga, perlu membuat laporan polis untuk memastikan penjenayah ini ditangkap. - CARI 
8

Bagus
11

Marah
12

Terkejut
11

Sedih
21

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (74 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 24-10-2018 01:28 PM
Pukau???

Hmmm
Quote meklalala 24-10-2018 01:30 PM
senang buat duit!
Quote palmolive 24-10-2018 01:32 PM
pukau dlm talian pun jadi
Quote insulin 24-10-2018 01:34 PM
Kasihan. Masam manis ibu kota.
Quote prettyuglybabe 24-10-2018 01:55 PM
scammer guna akaun ni nak lari mana..
dah tentu boleh trace details kat bank..
Quote zulka 24-10-2018 01:59 PM
bukan semua urusan jual beli boleh dibuat through online
Quote raihaneem 24-10-2018 02:02 PM
Kdg org terdesak

Nak p survey kdg kekangan masa dan duit


Saya pun hampir terkena...org yg diamanahkan oleh tuan rmh utk cari penyewa dan dia juga tukang buat rmh tu.
Dia inform sewa hrga..pastu siap ckp bg diskaun sewa potong 100.
Kami dah setuju..dia ckp duit boleh bank in esok ke akaun dia
Tp suami kata..nak masukkan dlm akaun adik ipaq sbb adik ipaq n adik saya akn p tgk rmh tu dan bg duit by hand ke tuan rmh.

Bila call nak jmpa..bg alasan mcm2.
Adik ipaq terus jmpa dgn tuan rmh..tuan rmh kata..baru ja ada penyewa siap byr smua dan sewa mmg murah dr hrga malaun tu letak.

Malaun tu call suami offer bg rmh lain..suka hati ja offer rmh org. Mujur la kami tak melatah p masukkan duit dlm akaun dia.
Bodo la pakcik oii..dah selalu ka tipu n mkn duit haram ni..pakcik dah tua hrp bertaubat. Dah la menipu..dgn tak malu nak offer rmh lain pulak..
Mcm la tu rmh dia.

Tuan rmh tu terkejut la dgn si malaun tu
Tp malaun tu buat bodo ja mcm tkdak pa brlaku..hmmmm

Berhati2 lah  semoga tidak ditipu..buat duit atas angin ja..modal air liur..
Quote cassriena 24-10-2018 02:09 PM
banyak kes kena tipu skang ni, tipu tiket flight, tipu mlm, tipu duit katering kawen. mohon hati2 semua
Quote Carcosa 24-10-2018 02:13 PM
Sorry to say ya. Org kita ni, ada penyakit FOMO. Fear Of Missing Out. Abg ipar meols kerja bursa saham. Dia kata, dgn penyakit FOMO ni, senang dia buat duit {:good
Racun2 sikit, then masuk jarum dgn - Ada orglain yg berminat. Dari situ, org2 kita dah kena sampuk FOMO {:hooray Terus setuju. Sebab? Takmoh kalah dgn orglain. Very unfortunate apa yg jd kat minah ni. But, kalau dia relax2, tak kena sampuk FOMO, taklah jadi. Sekian.. {:shy
Quote merrissa 24-10-2018 02:19 PM
fuhhhh takot gak jd cmni......tapi bukan sb terpukau....tp sb terdesak nk cri rumah....
Quote chinta89 24-10-2018 03:16 PM
tangkap je lah org mcm ni. polis nk tgu ape lagi?
Quote EvieWanKenobi 24-10-2018 04:20 PM
harap dapat ditangkap segera..
mudah2an dapat kerjasama dari bank
untuk trace account details..
Quote armin 24-10-2018 04:27 PM
Dah bodoh guna alasan pukau.
Quote manjalara_01 24-10-2018 06:29 PM
chinta89 replied at 24-10-2018 03:16 PM
tangkap je lah org mcm ni. polis nk tgu ape lagi?

kan? lepas bekukan akaun ape tindakan seterusnye?....


Quote wirazam 24-10-2018 08:56 PM
chinta89 replied at 24-10-2018 03:16 PM
tangkap je lah org mcm ni. polis nk tgu ape lagi?

setuju...nak tunggu statement balasan dr pihak polis..
Quote Artemesiaa 25-10-2018 02:57 PM
Bila ramai yang makin terdesak dan nak cepat dapatkan wang cara tulah mereka guna.  Kita sebagai pengguna kenalah lebih berhati2 bila baca apa yang mereka tawarkan.  
Quote clarizsa 25-10-2018 08:15 PM
Xtau nak komen apa
Sbb bnda cmni bila2 boleh kena kat dri sndri
Simpati je lah
Buat sbg peringatan
Sedih jugak baca hmmm

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.039897 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top