CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Fenomena 'Awan Bergulung': Elak Berada Di Kawasan Terbuka- Jabatan Meterologi

19-10-2018 11:15 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4638| Komen: 29


Satu fenomena 'awan bergulung' yang dirakam seorang pengguna Facebook di sekitar daerah Kulim pagi semalam mengundang pelbagai andaian masyarakat.

Selain teruja dengan bentuk awan yang luar biasa itu, rata-rata penduduk setempat beranggapan ianya petanda akan berlaku ribut di kawasan terbabit.

Kredit foto: www.ratusembang.club/

Memetik laporan Sinar Harian, Jabatan Meterologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan fenomena awan bergulung yang ditularkan di media sosial sejak semalam itu adalah disebabkan penumpuan angin di kawasan utara Semenanjung.


Selain itu, menurut Jabatan Meterologi Malaysia, awan tersebut juga dikenali sebagai awan rak atau shelf cloud dan biasanya terbentuk semasa kejadian garis badai iaitu garisan ribut petir multisel yang bersaiz sehingga beberapa ratus kilometer.

Kredit foto: www.ratusembang.club/

"Ia bergerak serta menyebabkan hujan lebat, angin kencang dan petir," tambah jabatan tersebut.

"Kejadian ini juga mempunyai jangka hayat sehingga beberapa jam lamanya."

"Orang ramai yang terlihat awan rak ini dinasihatkan agar tidak berada di kawasan terbuka."

"Mereka juga dinasihatkan berlindung di dalam bangunan yang kukuh, dan jauhi struktur tinggi seperti pokok, tiang elektrik dan lain-lain serta struktur tidak kukuh," katanya.- CARI




18

Bagus
6

Marah
9

Terkejut
15

Sedih
18

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (70 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote meklalala 19-10-2018 05:54 AM
Semoga semua dilindungi Dan sentiasa berhati hati dalam keadaan musim sekarang ni..takut tengok awan tu
Quote dani-rox 19-10-2018 06:04 AM
tingat bideo yg viral sebulan dua dulu... spesis awan sama ke idokk

[youtube]VoDJsz1f7b8[/youtube]
Quote awaynepian 19-10-2018 06:40 AM
Seriously rasa gerun tgk awan tu..mcm nak twister je
Quote FanTasyCreaTioN 19-10-2018 06:52 AM
owh .. baru paham pas baca ..
memula pikir awan tu secara fizikal nya sendiri boleh mengancam keadaan sekeliling ..
Dan ia bergerak serta menyebabkan hujan lebat, angin kencang dan petir,



Quote EvieWanKenobi 19-10-2018 08:22 AM
dani-rox replied at 19-10-2018 06:04 AM
tingat bideo yg viral sebulan dua dulu... spesis awan sama ke idokk

Subhanallah.. sangat menakutkan..
Quote VirginLady 19-10-2018 10:08 AM
macam nak amek kaup kita telan kan...aummmmmm
Quote saladin780 19-10-2018 10:10 AM
dani-rox replied at 19-10-2018 06:04 AM
tingat bideo yg viral sebulan dua dulu... spesis awan sama ke idokk

scary nya..mcm citer the mist je
Quote ninjago 19-10-2018 10:10 AM
camnie ke keadaan bila langit digulungkan nanti? belum lagi gunung2 berterbangan
Quote fox. 19-10-2018 10:13 AM
amat menakutkan. macam yeti awan tuh
Quote TabletSusu 19-10-2018 10:20 AM
sekali tgk nampak ccantik. bila tenung lama2 mmg menakutkan
Quote kucingitam 19-10-2018 11:42 AM
cantik...iols suka tgk awan gini
Quote mieymiey 19-10-2018 11:52 AM
Cantik tengok dia bergulung cenggitu. Tapi sekali dia hembus, segala hujan lebat, angin kencang, petir semua keluar.
Quote lipans 19-10-2018 11:53 AM
Kalau awan guling?
Quote Dwdrum 19-10-2018 12:01 PM
Edited by Dwdrum at 18-10-2018 08:54 PM
dani-rox replied at 18-10-2018 02:04 PM
tingat bideo yg viral sebulan dua dulu... spesis awan sama ke idokk


I tidak habis tengok video .... kalau di tempat i awan ada nama di panggil karl .... ada tourist datang hanya untuk the carl hilangkan golden gate ...permandangan normal begitu .

Kalau di state tornados allley kalau awan begitu netezin bersiap sedia buja mana mana cganel untuk forecast weather prolly tornado ..... even bunyi pun sudah menakut kan
Quote Artemesiaa 19-10-2018 12:07 PM
Cuaca agak tak berberapa baik sejak kebelakangan ni dengan hujan lebat ribut petir jadi eloklah elak buat aktiviti luar dan lebihkan duduk dalam bangunan je.
Quote Aerhys 19-10-2018 12:50 PM
Kelihatan seperti jari jemari
Quote moonbug 19-10-2018 12:51 PM
Cantiknya awan tu. Tapi menakutkan juga
Quote belilies 19-10-2018 01:20 PM
Afew weeks ago ada warning kan psl garis badai? Better be careful ya.
Quote rukia2 19-10-2018 08:20 PM
dani-rox replied at 19-10-2018 06:04 AM
tingat bideo yg viral sebulan dua dulu... spesis awan sama ke idokk

Urghh..scary

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:52 PM GMT+8 , Processed in 0.063442 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top