CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Serik, Penuntut IPTA Didenda Khalwat Dengan Dua Wanita

16-10-2018 03:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6054| Komen: 29

Seorang lelaki berusia 23 tahun didenda maksimum RM3,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu pada Selasa kerana berkhalwat dengan dua wanita, lapor Sinar Harian.

Tertuduh yang juga penuntut di sebuah pusat pengajian tinggi awam (IPTA) di Kuala Terengganu itu mengaku bersalah berkhalwat dengan dua pasangannya pada Jun lalu.


Gambar Hiasan

Malah, itu bukan kali pertama dia melakukan kesalahan demikian dan sebelum ini memiliki rekod kesalahan berkhalwat dengan pasangan berbeza.

Tertuduh berasal dari Marang itu didakwa mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat yang memperuntukkan hukuman dua bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.


Difahamkan, dua wanita terbabit masing-masing berusia 23 tahun dan salah seorang daripadanya merupakan penuntut di IPTA negeri itu, manakala seorang lagi bekerja sebagai pereka fesyen. Bagaimanapun, hukuman dua wanita terbabit akan ditetapkan pada Disember ini.

Mengikut fakta kes, ketika diserbu kira-kira jam 1.35 pagi pada 12 Jun lalu, pintu utama sebuah rumah di Gong Badak didapati tertutup rapat dan berkunci sebelum dibuka seorang wanita beberapa minit selepas diketuk.

Wanita itu kemudian diarahkan membuka lampu kerana keradaan rumah yang gelap sebelum seorang lelaki berjalan dari ruang dapur ke ruang tamu rumah.

Difahamkan, pemeriksaan mendapati hanya mereka bertiga berada di dalam rumah dan tiada hubungan suami isteri atau mahram. - CARI
11

Bagus
13

Marah
12

Terkejut
17

Sedih
12

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (85 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gaara_X 16-10-2018 03:19 PM
woww...hebat betoi laki tu....
Quote meklalala 16-10-2018 03:21 PM
oh kalau bertiga pun kena jugak ya? dikira tangkap khalwat jugak ke? mek baru tau ni..ingat berdua duaan je...
Quote saviour_09 16-10-2018 03:23 PM
omboohhh 3some teruh org gong badok hoorrr
natang guh
Quote Modngengade 16-10-2018 03:23 PM
meklalala replied at 16-10-2018 03:21 PM
oh kalau bertiga pun kena jugak ya? dikira tangkap khalwat jugak ke? mek baru tau ni..ingat berdua d ...

trisam kekdahnyer dekk..kinky sgt

Quote fushimi 16-10-2018 03:24 PM
nak buat makciat buah kawasan kampung penuh dengan kaum moslim

lain kali nak buat matsiat mohon ke obersea yach

dasar miskin pprt

pukih murah sangat ke dik
Quote meklalala 16-10-2018 03:27 PM
Modngengade replied at 16-10-2018 03:23 PM
trisam kekdahnyer dekk..kinky sgt

tak kisah la berapa sam tapi memang lebih dari 2 orang pun kena tangkap khalwat ke? mana tau kot2 study group ke kan
Quote julia5094 16-10-2018 03:28 PM
Dulu masa iols duduk rumah sewa..selamba badak je sorang roomate iols bawak masuk bf dia dalam bilik..time tu cuti panjang..kebetulan iols balik awal seminggu pasal ada assignment nak kena buat..terkantoi...dah la budak lelaki tu satu school dg iols..dua2 budak kelate..
Quote shernazz 16-10-2018 03:39 PM
Hamboi kengkonon bertiga tu xkena la ek..
Choi btol
Mmg jenis suka check in ni.
Nak kira botol syampu n sabun ada berapa kot tiap hotel tu
Quote Modngengade 16-10-2018 03:40 PM
meklalala replied at 16-10-2018 03:27 PM
tak kisah la berapa sam tapi memang lebih dari 2 orang pun kena tangkap khalwat ke? mana tau kot2  ...

study group haper kalau kat hotel? study kama sutra agaknya

Quote Amigurumi 16-10-2018 03:49 PM
Ini mcm dah level bersekedudukan
Quote minguk 16-10-2018 04:12 PM
buat assignment pun salah ke?
ish!!
Quote matkpop 16-10-2018 04:30 PM
threesome. nak pulak perempuan tu berkongsi. erk?
Quote jofizo 16-10-2018 04:41 PM
kuat mencelop btoiiii....sblm nih dh nh khalwat ngan ppuan lain.... kali nih ngan ppuan lain plak...

dah kawen esok, silap2 anak sendiri di talanya....
Quote wadiunong 16-10-2018 04:44 PM
uols akak nak tanya ni, kalo macam akak & kawan2 lelaki pegi bercuti. kitaorang sewa air bnb yg ada stay dengan host & atau sewa entire house macam mana pulak? still tak boleh ke?
Quote mieymiey 16-10-2018 04:53 PM
Jiran sebelah ker yang merepot?
Quote tobby 16-10-2018 04:55 PM
Kejamnya kacau org buat maksiat... undang2 apa ni boleh mengintip rakyat buat maksiat peribadi
Quote tobby 16-10-2018 04:56 PM
Modngengade replied at 16-10-2018 03:40 PM
study group haper kalau kat hotel? study kama sutra agaknya

Biarlah... Maksiat peribadi saje
Quote prettyuglybabe 16-10-2018 04:59 PM
sama ada dorang rakan serumah or sorang pompuan tu bawak balik jantan tu..
tak pasal-pasal je housemate sorang lagi kena
melainkan beliau pun open jugak..
Quote Z77 16-10-2018 05:20 PM
meklalala replied at 16-10-2018 03:21 PM
oh kalau bertiga pun kena jugak ya? dikira tangkap khalwat jugak ke? mek baru tau ni..ingat berdua d ...

kat melaka ni pun pernah kena tangkap dlm 11 orang..3 lelaki dan 8 pompuan dlm rumah tengah duduk makan2 rasanya kena caj tangkap basah

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.052418 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top