Pasangan Diraja Britain, Putera Harry dan Meghan Markle dilaporkan bakal menyambut cahaya mata sulung pada musim bunga tahun depan.
Berita gembira itu diumumkan dalam satu kenyataan menerusi laman sosial Istana Kensington. “Yang Mulia Duke dan Duchess of Sussex sangat gembira untuk mengumumkan bahawa Duchess of Sussex dijangka bakal melahirkan bayi sulungnya pada musim bunga, 2019," kata istana. Bagaimanapun, kurang dari setengah jam berita gembira itu diumumkan, Duchess of York yang menyambut ulang tahun kelahirannya semalam 'membuat peringatan' kepada pengikutnya mengenai majlis perkahwinan anaknya, Puteri Eugenie. Bekas isteri Putera Andrew itu, Sarah Ferguson menerusi laman Twitter berkongsi beberapa gambar sekitar majlis perkahwinan Eugenie dan suaminya, Jack Brooksbank. "Saya berasa sangat bangga dengan Eugenie dan Jack #wedding. "Saya dan Andrew dengan bangganya menyambut Jack ke keluarga York," tulisnya. Malah, beberapa pengguna media sosial juga menyifatkan pengumuman kehamilan Meghan dilakukan pada waktu yang kurang sesuai. Segelintir netizen menuduh Meghan mengalih perhatian orang ramai dari isu perkahwinan Eugenie dengan mengumumkan berita kehamilannya hanya beberapa hari selepas majlis berlangsung untuk mencuri tumpuan. - CARI
|
4
Bagus |
7
Marah |
2
Terkejut |
5
Sedih |
6
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT