CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Emas Didakwa Bunuh Suami

13-9-2013 05:07 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3612| Komen: 13

Nenek didakwa bunuh suami

SUNGAI SIPUT: Seorang nenek didakwa di Mahkamah Majistret di sini kerana membunuh suaminya dalam pergaduhan antara mereka di sini bulan lalu.

Wong Lan@Wong Yit Kwai, 66, didakwa membunuh suaminya, seorang penanam teratai, Yau Yen Kooi, 73, di rumah mereka di Kampung Baru Rimba Panjang pada 20 Ogos.
Tertuduh mengaku faham pertuduhan tetapi Majistret Ahmad Shamil Azad Abdul Hamid tidak merekodkan sebarang pengakuan.

Mahkamah menetapkan kes disebut semula pada 30 September ini.


Tertuduh didakwa membunuh suaminya dalam pergaduhan di rumah mereka. FOTO L Manimaran

Tertuduh sebelum ini bergaduh dengan mangsa selepas mangsa dituduh mencuri wang milik tertuduh di rumah mereka.

Bagaimanapun mangsa yang tidak mengaku mencuri wang itu bergaduh dengan tertuduh menggunakan parang dan tukul besi.

Tertuduh bagaimanapun berjaya merampas parang dari suaminya sebelum menyimbah badan suami mangsa dengan minyak panas.

Mangsa yang dirawat di Hospital Raja permaisuri Bainun Ipoh bagaimanapun meninggal dunia selepas seminggu menerima rawatan kecemasan.


Bagus
1

Marah
4

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote little_sis 13-9-2013 04:42 PM
sian le plak.. kalo ikut citer nenek ni nk pertahankan diri kan.. yg mula berparang pun lakinyer... tp x sangka le plak lakinyer dh meninggal...

Quote bidacool 13-9-2013 05:17 PM
gaduh laki bini sampai berparang....mmg patut pun dijirus air panas....
Quote jazaa 13-9-2013 05:19 PM
Sebab duit RM13......:Q
Quote asher 13-9-2013 05:40 PM
disebabkan duit yg x seberapa 2 nyawa bleh melayang..
Quote malaywood.NET 13-9-2013 06:07 PM
Ish.ish...nenek ni cian pun ada
Quote Syd 13-9-2013 06:32 PM
laaa mati dah ke apek tuh?

tu hari ada dok tengok gambar dia tengah duduk berlumuran darah kat pintu umah
Quote AdamBillionaire 13-9-2013 06:44 PM
Syd posted on 13-9-2013 06:32 PM
laaa mati dah ke apek tuh?

tu hari ada dok tengok gambar dia tengah duduk berlumuran darah kat pi ...

itu cerita lain kan? dlm cerita tu mana ada simbah minyak panas? bukan mereka gaduh parang dengan tukul besi ke/
Quote Syd 13-9-2013 07:23 PM
AdamBillionaire posted on 13-9-2013 06:44 PM
itu cerita lain kan? dlm cerita tu mana ada simbah minyak panas? bukan mereka gaduh parang d ...

ai refer cerita yang nehh

http://wargamarhaen.blogspot.com/2013/08/malaysiaku-atuk-nenek-brutal.html
Quote Syd 13-9-2013 07:26 PM
Quote AdamBillionaire 13-9-2013 08:01 PM
Syd posted on 13-9-2013 07:23 PM
ai refer cerita yang nehh

http://wargamarhaen.blogspot.com/2013/08/malaysiaku-atuk-nenek-brutal ...

i pun sama..
Quote purpledesire 13-9-2013 09:16 PM
hanya krn RM36.00 sanggup bunuh suami sendiri..
Quote MissNigga 13-9-2013 09:20 PM
meninggal dah apek tue....
cian nenek nie ...sampai ke tua tak mengecapi kebahagiaan ...
Quote Sue.Blossom 14-9-2013 09:09 AM
lor..bkn ke kepala die pun kena takek ngan laki die?

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.170600 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top