|
|
kesian pula kat nenek ni. moral of the story: kalau nak mengamuk jgn sampai nyawa melayang.
Nenek didakwa bunuh suami
SUNGAI SIPUT: Seorang nenek didakwa di Mahkamah Majistret di sini kerana membunuh suaminya dalam pergaduhan antara mereka di sini bulan lalu.
Wong Lan@Wong Yit Kwai, 66, didakwa membunuh suaminya, seorang penanam teratai, Yau Yen Kooi, 73, di rumah mereka di Kampung Baru Rimba Panjang pada 20 Ogos.
Tertuduh mengaku faham pertuduhan tetapi Majistret Ahmad Shamil Azad Abdul Hamid tidak merekodkan sebarang pengakuan.
Mahkamah menetapkan kes disebut semula pada 30 September ini.

Tertuduh didakwa membunuh suaminya dalam pergaduhan di rumah mereka. FOTO L Manimaran
Tertuduh sebelum ini bergaduh dengan mangsa selepas mangsa dituduh mencuri wang milik tertuduh di rumah mereka.
Bagaimanapun mangsa yang tidak mengaku mencuri wang itu bergaduh dengan tertuduh menggunakan parang dan tukul besi.
Tertuduh bagaimanapun berjaya merampas parang dari suaminya sebelum menyimbah badan suami mangsa dengan minyak panas.
Mangsa yang dirawat di Hospital Raja permaisuri Bainun Ipoh bagaimanapun meninggal dunia selepas seminggu menerima rawatan kecemasan. |
|