Pada pendapat penulis stres ialah tindakbalas fizikal (badan), emosi (perasaan) dan mental terhadap semua masalah yang dihadapi dalam hidup. Bila kita berasa lapar, bil yang tinggi, tertekan dengan tugas yang banyak atau gagal dalam peperiksaan antara satu contoh tindakbalas ini. Jika kita lapar tapi kita tidak boleh bersabar, maka kita boleh jadi stres dan mungkin mengambil tindakan yang tidak bijak seperti memarahi orang lain tanpa alasan munasabah. Bagaimanapun stres boleh juga mengarah kita kepada perkara yang positif . Antaranya ialah memberi dorongan dalaman untuk lebih berusaha bagi mencapai cita-cita dan meningkatkan potensi diri.
Tangani Stres dengan bijak Namun selalunya stres menjerumuskan kita ke arah negatif kerana tidak dapat mengawal dengan bijak. Bagi penulis menangis adalah satu cara untuk mengawal atau meredakan rasa stres. Akan tetapi sekiranya terlebih menangis juga boleh memudaratkan diri. Kesederhanaan itu penting. Kesan Stres Antara kesan fizikal stres ialah denyutan jantung yang tidak normal, rasa gelisah, kemurungan, panas baran, sakit kepala malah pelbagai penyakit boleh hadir jika tidak ditangani. Memetik dari sumber myhealth.com di bawah adalah kaedah 10B, dikatakan boleh mengurangkan stres : 1.Bertenang Bawalah bertenang, ia membantu mengurangkan kitaran stres negative pada peringkat pemulaan 2.Bernafas dengan dalam Lakukan latihan penafasan yang boleh meningkatkan pertukaran oksigen dan karbon diaoksida dalam sel tubuh. 3. Berkata 'Relaks..lah' Cuba tenangkan hati dan bisik pada diri sendiri dengan berkata , Relakslah... ketika stres. Ucaplah kata-kata yang baik pada diri sendiri. 4. Beribadat Zikir dan solat merupakan sokongan emosi yang boleh melegakan perasaan. Bagi bukan beragama Islam mungkin ada ibadat yang agama mereka sendiri unjurkan untuk berasa tenang. 5.Berkongsi perasaan dengan seseorang Bercakaplah dengan ahli keluarga atau kawan rapat yang boleh dipercayai dan memahami anda. Luahan perasaan ini boleh mengurangkan tekanan yang anda hadapi kerana anda akan merasai dihargai, disayangi dan dihormati. 6.Berurut Bila keadaan stres otot-otot di bahagian leher dan bahu akan menjadi tegang. Urutan kaki juga boleh mengurangkan stres. Jadi belajarlah berurut atau dapatkan khidmat pakar urut aromaterapi untuk kelegaan. 7.Berehat dan mendengar muzik Apabila stres cuba bawa berehat dan dengarlah alunan muzik yang lembut. Muzik dapat membantu mengurangkan denyutan jantung yang laju. Ia membantu mengembalikan pernafasan yang normal supaya diri menjadi lebih tenang. 8.Beriadah Luangkan sedikit masa melakukan aktiviti di luar rumah samada bersama keluarga atau rakan-rakan.Bagi penulis, bercuti atau makan angin cara yang sesuai untuk beriadah. Ianya supaya kita dapat merasa suasana baru buat seketika agar muncul perasaan gembira serta menghilangkan stres. 9.Bersenam Otat yang tegang dapat dikurangkan dengan bersenam. 10. Berfikiran Positif Pelajari cara berfikiran positif .Melihat kebaikan terlebih dahulu daripada keburukan. Tepuk dada tanya selera, pelbagai panduan yang boleh kita cuba bila mengalami stres. Kita perlu bijak menanganinya supaya tidak membinasakan diri sendiri. Hanya kita sendiri mengenal diri, hanya kita sahaja dapat membantu diri sendiri. Kembali kepada-Nya, berdoalah. Nescaya semua akan kembali sediakala. - CARI |
17
Bagus |
20
Marah |
16
Terkejut |
12
Sedih |
18
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT