CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2802|Reply: 6

Panduan Tangani Stres, Hidup Perlu Diteruskan. Cuba Kaedah 10B Ini..

[Copy link]
Post time 2-11-2018 05:15 PM | Show all posts |Read mode
Pada pendapat penulis stres ialah tindakbalas fizikal (badan), emosi (perasaan) dan mental terhadap semua masalah yang dihadapi dalam hidup. Bila kita berasa lapar, bil yang tinggi, tertekan dengan tugas yang banyak atau gagal dalam peperiksaan antara satu contoh tindakbalas ini.



Jika kita lapar tapi kita tidak boleh bersabar, maka kita boleh jadi stres dan mungkin mengambil tindakan yang tidak bijak seperti memarahi orang lain tanpa alasan munasabah.



Bagaimanapun stres boleh juga mengarah kita kepada perkara yang positif . Antaranya ialah memberi dorongan dalaman untuk lebih berusaha bagi mencapai cita-cita dan meningkatkan potensi diri.






Kredit foto:google



Tangani Stres dengan bijak

Namun selalunya stres menjerumuskan kita ke arah negatif kerana tidak dapat mengawal dengan bijak. Bagi penulis menangis adalah satu cara untuk mengawal atau meredakan rasa stres. Akan tetapi sekiranya terlebih menangis juga boleh memudaratkan diri. Kesederhanaan itu penting.


Kesan Stres

Antara kesan fizikal stres ialah denyutan jantung yang tidak normal, rasa gelisah, kemurungan, panas baran, sakit kepala malah pelbagai penyakit boleh hadir jika tidak ditangani.




Kredit foto:google


Memetik dari sumber myhealth.com di bawah adalah kaedah 10B, dikatakan boleh mengurangkan stres :

1.Bertenang
Bawalah bertenang, ia membantu mengurangkan kitaran stres negative pada peringkat pemulaan
2.Bernafas dengan dalam
Lakukan latihan penafasan yang boleh meningkatkan pertukaran oksigen dan karbon diaoksida dalam sel tubuh.
3. Berkata 'Relaks..lah'
Cuba tenangkan hati dan bisik pada diri sendiri dengan berkata , Relakslah... ketika stres. Ucaplah kata-kata yang baik pada diri sendiri.
4. Beribadat
Zikir dan solat merupakan sokongan emosi yang boleh melegakan perasaan. Bagi bukan beragama Islam mungkin ada ibadat yang agama mereka sendiri unjurkan untuk berasa tenang.
5.Berkongsi perasaan dengan seseorang
Bercakaplah dengan ahli keluarga atau kawan rapat yang boleh dipercayai dan memahami anda. Luahan perasaan ini boleh mengurangkan tekanan yang anda hadapi  kerana anda akan merasai dihargai, disayangi dan dihormati.
6.Berurut
Bila keadaan stres otot-otot di bahagian leher dan bahu akan menjadi tegang. Urutan kaki juga boleh mengurangkan stres. Jadi belajarlah berurut atau  dapatkan khidmat pakar urut aromaterapi  untuk kelegaan.
7.Berehat dan mendengar muzik.
Apabila stress cuba bawa berehat dan dengarlah alunan muzik yang lembut. Muzik dapat membantu mengurangkan denyutan jantung yang laju. Ia membantu mengembalikan pernafasan yang normal supaya diri menjadi lebih tenang.
8.Beriadah
Luangkan sedikit masa melakukan aktiviti di luar rumah samada bersama keluarga atau rakan-rakan.Bagi penulis, bercuti atau makan angin cara yang sesuai untuk beriadah. Ianya supaya kita dapat merasa suasana baru buat seketika  agar muncul perasaan gembira serta menghilangkan stres.
9.Bersenam
Otat yang tegang dapat dikurangkan dengan bersenam.
10. Berfikiran Positif
Pelajari cara berfikiran positif .Melihat kebaikan terlebih dahulu daripada keburukan.

Kredit foto:google


Tepuk dada tanya selera, pelbagai panduan yang boleh kita cuba bila mengalami stres. Kita perlu bijak menanganinya supaya tidak membinasakan diri sendiri.

Hanya  kita sendiri mengenal diri, hanya kita sahaja dapat membantu diri sendiri. Kembali kepada-Nya, berdoalah. Nescaya semua akan kembali sediakala. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2018 02:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Bergosip bod gossip dapat hilangkan stress acik bawang kepam{:smile
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2018 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Bersenam/sukan memang buat iols lega, balik dah penat malam pun senang nak tido
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2018 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu ai kdg masuk bod lawak jenaka...
Xpun dgr muzik atau bwk moto lelaju..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2018 12:55 PM | Show all posts
layan tv series ... music pergi balik kerja
buku sudah pasti ... takkan berhenti baca ... hehehe
cuma aura dah hilang kena cari benda lain ...
and senam during weekend ... weekdays tak mampu
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2018 04:33 PM | Show all posts
share dengan kawan rapat yang sekepala...mg best
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2018 01:07 PM | Show all posts
share mslh dgn org yng positif n rasional
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:53 PM GMT+8 , Processed in 1.477578 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list