CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gara-Gara Pandu Lawan Arus, Pemandu Lori Pembekal Ubat Ditahan Polis

8-10-2018 03:46 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 1159| Komen: 0


Memandu tanpa lesen dan mempunyai 64 saman yang belum diselesaikan serta 36 waran tangkap.

Itu rekod kesalahan trafik melibatkan pemandu lori pembekal ubat yang ditahan polis kerana memandu melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan dengan kenderaan lain di Kilometer 432, Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran susur masuk Plaza Tol Sungai Buaya di kawasan Hulu Selangor semalam.




Free Malaysia Today melaporkan, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai berkata, suspek yang berusia 37 tahun itu turut didapati mempunyai satu rekod lampau di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan iaitu mencuri.

Tambah Superintenden Lim, kemalangan yang berlaku pada kira-kira pukul 9.15 pagi itu membabitkan sebuah lagi lori yang sedang memandu di lorong tengah dari arah Ipoh menuju ke Kuala Lumpur.


Kredit foto: www.kosmo.com.my

"Lori tersebut cuba mengelak lori dipandu suspek yang melawan arus tetapi tidak sempat dan berlanggar di bahagian kiri, namun tidak melibatkan sebarang kecederaan."

“Hasil ujian air kencing terhadap suspek negatif dan suspek telah dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk pemeriksaan alkohol serta dihantar ke Balai Trafik Ampang Jaya juga untuk ujian alkohol.”

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana membahayakan nyawa atau keselamatan diri dan orang lain.

Video berdurasi 25 saat yang memaparkan kejadian berkenaan tular di media sosial semalam.- CARI




31

Bagus
27

Marah
34

Terkejut
29

Sedih
28

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (171 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.035250 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top