SEJAK bercerai, pelakon kacak, Tom Cruise, sering dikaitkan dengan hubungan cinta beberapa wanita. Namun, sehingga kini, Cruise masih belum mengumumkan pengganti bekas isterinya, Katie Holmes. Pun begitu, Cruise sememangnya menginginkan wanita yang berprofil tinggi walaupun bukan di kalangan selebriti. "Saya bukan terlalu memilih, namun cuba mencari yang terbaik. Saya lebih selesa dengan wanita dalam lingkungan usia 30 an dan berpengetahuan tinggi. "Wanita itu perlu tahu tentang kerja saya yang sentiasa sibuk dan tidak menentu agar hubungan itu boleh berlangsung dalam keadaan baik." katanya. Tom Cruise
|
ADVERTISEMENT