Tribun News melaporkan, seramai 12 pelajar di sekolah menengah yang bertempat di Lampung, Sumatera didapati mengalami kehamilan serentak.
Insiden mengejutkan pelbagai pihak itu berjaya didedahkan hasil ujian kencing yang dijalankan Persatuan Perancangan Keluarga Indonesia (PKBI) di sekolah tersebut. Menurut pengarah PKBI, Dwi Hafsah Handayani, pelajar yang hamil didapati semuanya terdiri daripada mereka yang berada di kelas pelajar pintar. Selain itu, pengarah PKBI turut rasa kesal dengan tindakan pihak sekolah yang merahsiakan gejala tidak bermoral itu yang dikatakan bukan perkara baru di kalangan pelajar. Sementara itu, tinjauan PKBI di sekitar Lampung mendapati sekurang-kurangnya 100 kondom terjual dalam tempoh sebulan.
Menurutnya, perkara itu sesuatu yang membimbangkan dan menuntut pihak sekolah lebih agresif dalam usaha mendisiplinkan pelajar. "Selain ibu-bapa, pihak sekolah juga memainkan peranan penting bagi memastikan golongan remaja menghindari aktiviti tidak bermoral," katanya. Kes pelajar hamil bukanlah suatu yang baharu. Sebelum ini, kes pelajar hamil pernah berlaku di sebuah sekolah menengah di Makassar. Lebih mengejutkan, pelajar itu bersalin sendirian di dalam tandas semasa sesi persekolahan sedang berlangsung pada 18 Januari lalu.- CARI
|
20
Bagus |
34
Marah |
35
Terkejut |
41
Sedih |
33
Lawak |
32
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cammie1711 replied at 3-10-2018 11:51 AM
harap2 bukan sebapak semua dah la
"Selain ibu-bapa, pihak sekolah juga memainkan peranan penting bagi memastikan golongan remaja menghindari aktiviti tidak bermoral," katanya.
ADVERTISEMENT