Tindakan Umno mengenakan saman ke atas Ahli Parlimen keluar parti diianggap sia-sia saja oleh Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz. Memetik laporan Sinar Harian, Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata tiada negara lain dalam dunia ini yang mengambil tindakan undang-undang apabila ada pemimpin mereka yang keluar parti.
"Sia-sia saja. Saya sebegai seorang peguam tidak nampak bagaimana parti boleh saman." Jelas Nazri, perjanjian taat setia yang dibuat dalam parti pun tiada penguatkuasaan di sisi undang-undang. “Ini adalah soal hak asasi yang dijamin Perlembagaan iaitu kebebasan berpersatuan. Sekalipun ada perjanjian ianya tidak boleh diperkuatkuasakan."
Beliau berkata demikian apabila diminta memberi pendapat mengenai kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa Umno telah menghantar writ saman kepada wakil rakyat Umno yang meninggalkan parti selepas PRU ke-14. Sabtu lalu, ketika menyampaikan ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno, Zahid berkata saman itu untuk menuntut bayaran ganti rugi dengan kos dan menuntut wakil rakyat terbabit mengosongkan kerusi yang dimenangi mereka atas tiket Umno.- CARI
|
7
Bagus |
12
Marah |
7
Terkejut |
5
Sedih |
8
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
creep_bite replied at 2-10-2018 06:35 PM
Dapat wak jahid jd presiden...setakat mana laa akal beliau....kesian org UMNO...
ADVERTISEMENT