CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ahli Parlimen Keluar Parti Dikenakan Tindakan Saman- Zahid

30-9-2018 11:29 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3344| Komen: 22

Description: Berikutan sebelum ini, ramai wakil rakyat Umno mengambil keputusan keluar parti, presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan tindakan saman akan dikenakan ke atas mereka yang terbabit.
Berikutan sebelum ini, ramai wakil rakyat Umno mengambil keputusan keluar parti, presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan tindakan saman akan dikenakan ke atas mereka yang terbabit.

Selain itu, menurut Datuk Seri Zahid, wakil rakyat terbabit juga dikehendaki mengosongkan kerusi dan membayar kos berkempen sepanjang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Kredit foto: carian internet

Utusan Online melaporkan kenyataan itu dibuat dalam ucapan dasar presiden sempena perasmian Perhimpunan Agung ke-72 di Pusat Dagangan Dunia Putra semalam. 

“Mutakhir ini, terdapat wakil rakyat Umno keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas. Saya akui amat sukar untuk menyekat mereka keluar parti.”

“Tetapi, demi menghormati kehendak ahli-ahli parti yang telah dikhianati, kita telah mengambil langkah drastik melalui tindakan undang-undang."

“Saya ingin menyatakan writ saman telahpun dihantar kepada beberapa individu terbabit."

Kredit foto : carian internet

Selain Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Anifah Aman, 3 lagi ahli Parlimen Umno yang keluar parti selepas pilihan raya umum 9 Mei lalu ialah Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dan Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Noor Azmi Ghazali.- CARI




18

Bagus
15

Marah
18

Terkejut
20

Sedih
11

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (99 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote najib888 30-9-2018 12:11 PM
Bukan takat UMNO je.. patut mana2 YB yang dah jd wakil rakyat, tak patut khianati amanah rakyat.. suka hati ja lepaskn jawatan.. kalau ada keuzuran dr segi kesihatan atau lain2 hal yg boleh menggugurkan kelayakkan, takpe la..
SPR patut rombak semula peraturan ni..
Quote t_hahahaha 30-9-2018 12:40 PM
Ehhhh{:dot
Quote moonbug 30-9-2018 01:22 PM
Boleh saman ye
Quote GigaMom 30-9-2018 01:31 PM
Berguna idea wak ni
Quote Betara_Indera 30-9-2018 01:32 PM
pilihanraye semule pun bukan bole menang
Quote zehra2 30-9-2018 01:36 PM
Ada aku kisah?
Parti dia.. ahli dia.. YB dia..
Ada akta ke dlm SPR?
Quote giyomi 30-9-2018 02:27 PM
ada ker undang2 for this kind of case??? Bila la nak berubah, mereka keluar sebab tak sekepala n tak setuju dgn ideologi yg di bawa parti mereka so what is the issue here...btw lantak korang
Quote kiambang 30-9-2018 03:08 PM
Bawah akta apa ya ? A new things to me
Quote supikan 30-9-2018 09:43 PM
Hehe.. yo lahhh atok2.
Quote cmf_almondpecan 30-9-2018 10:10 PM
kiambang replied at 30-9-2018 03:08 PM
Bawah akta apa ya ? A new things to me

Saman ni tindakan sivil. So saya percaya dia berdasarkan kontrak. Maksudnya, dia cuba imply a contract dlm hubungan seorang calon pilihanraya dan parti yg menajanya dari pelbagai segi termasuk belanja kempen dsb.
Quote ResellerMaxis 30-9-2018 10:25 PM

dulu jadi kerajaan xnak wat undang-undang anti lompat parti..sekarang padan muka..
Quote finesse 30-9-2018 10:34 PM
Bro doakan UMNO mampus dan lenyap
Quote Decaffeinated 30-9-2018 10:40 PM
najib888 replied at 30-9-2018 12:11 PM
Bukan takat UMNO je.. patut mana2 YB yang dah jd wakil rakyat, tak patut khianati amanah rakyat.. su ...

mereka wakil rakyat, bukan wakil parti


Quote batmana 30-9-2018 11:24 PM
Yg Kuar parti pn bole saman si Zahid ni..tu parti UMNO.bukan parti Najib,bijan atau Zahid.
Quote DARSITA 1-10-2018 02:00 AM
Masalahnya yang sudah keluar tidak pernah pun tandatangani apa apa surat akuan yang mengatakan keluar parti kena bayar balik.



Quote jalfa 1-10-2018 02:05 AM
Buatla apapun yg pentng species lompat katak ni pupus..suka suki nak lompat sana sini..mohon dilenyek lori babi yb or mp yg jenis ni tak kira parti mana
Quote sexyspin 1-10-2018 02:11 AM
najib888 replied at 30-9-2018 12:11 PM
Bukan takat UMNO je.. patut mana2 YB yang dah jd wakil rakyat, tak patut khianati amanah rakyat.. su ...

#inisemuasalahnajib

Dulukala lagi aku dah hint2 kat Bijan, zaman tu aku ada derek kebel.  Masa tengah lazat sangat kasi katak2 kat Perak tu lompat aku dah warning..  Harap2 pokcik kebel aku tu ade pass la kat dia.  Mintak SPR stop all this hopping nonsense.  Tapi dia tak buat pon.  So tersedar la di benak aku ni yang BN memang nak pakai mekanisme loncat ni sampai bila2.  Now, padan muka..
Quote sinalegna 1-10-2018 09:11 AM
Dulu UMNO gak yg bangga memiliki beruk2 lompat parti tinggalkan PAS la PKR la bagai.. siap tayang penyerahan borang kemasukan ahli kat TV nak tunjuk kat org kampung.

Nah, sekarang taste your own medicine.. apa ko rasa? Oren?

Probably kalo saman sejuta pon, org takmo bayar ko boleh bagi discount kasi turun sampai 500 kot. Ex gomen dulu selalu bagi discount saman what..
Quote Sang_Pencinta 1-10-2018 10:30 PM
cmf_almondpecan replied at 30-9-2018 10:10 PM
Saman ni tindakan sivil. So saya percaya dia berdasarkan kontrak. Maksudnya, dia cuba imply a cont ...

Tapi perlembagaan kata tiada masalah kan? Sahih ke saman sivil yg bertentangan dgn perlembagaan?

Sy pun tak setuju lompat2 parti ni

Anyway PAS punya bai'ah tu macam mana ya? Sah ke?

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.201206 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top