Memetik laporan Oddity, seorang wanita bertindak menggigit lidah suaminya sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital dan dirawat kerana mengalami pendarahan yang banyak.
Kejadian rumahtangga yang berlaku di New Delhi, India itu berpunca daripada si isteri yang dikatakan bengang dengan kehidupan bersuami isteri dan penampilan suaminya yang tidak menarik. Ibu kepada si suami itu memberitahu media, anaknya yang bernama Karan sering bertengkar dengan isterinya walaupun mereka itu telah berkahwin selama dua tahun. "Mereka asyik bergaduh sejak satu tahun yang lalu." "Dia pernah memanggilnya anjing, menamparnya dan memukulnya dengan kasut."
Difahamkan, mangsa yang sudah bosan dengan pergaduhan cuba menenangkan isterinya dengan memberikan ciuman. Isterinya kelihatan bersedia untuk dicium, tetapi kemudian tiba-tiba menggigit lidah suaminya itu dan menyebabkan sebahagian daripadanya terkoyak. Kini mangsa masih di bawah pemerhatian perubatan di Hospital Safdarjung dan menjalani pembedahan rekonstruktif untuk membolehkannya bercakap semula. Manakala isterinya masih berada dalam tahanan polis dan dituduh menyebabkan kecederaan yang teruk dengan cara atau senjata berbahaya.- CARI
|
34
Bagus |
28
Marah |
14
Terkejut |
25
Sedih |
29
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Kejadian rumahtangga yang berlaku di New Delhi, India itu berpunca daripada si isteri yang dikatakan bengang dengan kehidupan bersuami isteri dan penampilan suaminya yang tidak menarik.
Mina2215 replied at 1-10-2018 12:59 PM
Camni pun masuk berita jgk.
ADVERTISEMENT