CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Tadika Diberi Makan Nasi Penuh Ulat Hitam, Cuka Tamat Tarikh Luput

28-9-2018 01:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4581| Komen: 19|Original author: Oleh: Myra Rozi

Kanak-kanak di tiga tadika swasta didakwa telah diberikan makanan basi dan tamat tarikh luput.

Susulan itu polis dan pihak berkuasa pendidikan di Timur China sedang menyiasat mengenainya.


SCMP melaporkan, kontroversi itu timbul 19 September lepas apabila ada ibu bapa menuduh pekerja di Tadika Tongxin di Wuhu, wilayah Anhui, menghidangkan nasi dipenuhi ulat hitam untuk makan tengah hari dan memasak menggunakan cuka yang sudah setahun melebihi tarikh luputnya.

Foto: SCMP
Pihak berkuasa juga melakukan pemeriksaan di Tadika Dedebei dan Tadika Mingzhu, yang dikendalikan oleh syarikat sama selepas mendapat aduan yang serupa.

Hasil siasatan, pengarah sekolah Tongxin dan Dedebei ditahan bersama dengan seorang pekerja yang bertanggungjawab terhadap pemakanan.


Naib Datuk Bandar Wuhu, Chen Shaoguang berkata,

"Kami tidak akan terlepas untuk memeriksa walau satu kafeteria pun, kami tidak akan melepaskan sesiapa yang bertanggungjawab dalam kes ini."

Bapa kepada seorang budak lelaki berusia tiga tahun yang dihantar ke Tadika Dedebei berkata anaknya mula tidak sihat hanya tiga hari selepas dihantar ke situ.

Foto: SCMP
"Dia mula mengadu sakit perut pada waktu pagi," kata ibu bapa budak tersebut, yang hanya mahu dikenali dengan nama keluarganya, Xi.

"Pada mulanya saya fikir ia hanya alasan untuk tidak pergi ke sekolah. Tetapi sekarang bila fikir balik, ia mungkin disebabkan hidangan makan tengah hari yang dia makan."

Budak lelaki itu mengalami jangkitan perut ringan.

Xi berkata, "Kami hanya mahu anak-anak kami diberikan persekitaran sekolah yang baik. Kami tak mahu mengeluarkan anak kami keluar dari sekolah itu, dia baru sahaja berkenalan dengan rakan-rakan sekelasnya." -CARI
26

Bagus
18

Marah
23

Terkejut
26

Sedih
41

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (155 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putericahaya999 28-9-2018 01:25 PM
awatla jahat gini seme
Quote Foxey 28-9-2018 01:28 PM
nak untung je ke hapa nih? no regards whatsoever ke atas kesan to the kids.
Quote sarahmirza 28-9-2018 01:32 PM
Ingatkan kat Msia...
Quote Rainrein 28-9-2018 01:42 PM
Dah agak dah mesti set set prc kalu news macam ni
Quote minguk 28-9-2018 01:49 PM
kenapa bagi budak makan macam tu? sekolah bukan kah ibubapa bayar yuran? jahat!
Quote mieymiey 28-9-2018 03:01 PM
Kesian bebudak.
Quote manehnya 28-9-2018 03:32 PM
sampai hati buat budak2 camtuh!!!
Quote BoLapciOus 28-9-2018 03:33 PM
pelik2 kat cina ni ek..
Quote chicozinn 28-9-2018 04:52 PM
sedangkan susu formula budak campur serbuk melamine pun deyyollss siap eksport apatah lagi mkanan budak tadika..
Quote clarizsa 28-9-2018 05:32 PM
Harap kt msia xde tadika wat cmni
Aniaya kanak2 btul la
Quote pokaibanktokyo 28-9-2018 05:46 PM
Biasalah. China
Quote insulin 28-9-2018 06:39 PM
Bila hidup bertuhankan duit...
Quote zon13 28-9-2018 07:25 PM

teganya dikau
Quote purplebear 28-9-2018 11:54 PM
Bagi diorg makan pulak
Quote Delfina 30-9-2018 09:10 PM
Kesiannya budak2 tu. Nasib baik takda yang teruk. Kejinya tadika tu nak jimat kos punya pasal. Mesti understaffed jugak.

Iols pantang sekolah/tadika/nursery yang tak amanah ni. Tugas diorang jaga budak kot. Nyawa tu.
Quote biozipstar 1-10-2018 01:17 PM
ceh. ingatkan malaysia tadi....
Quote TonyCaruso 1-10-2018 09:06 PM
Kesian bebudak tu
Quote chinta89 17-12-2018 11:39 AM
jahatnya                 
Quote Hessa 17-12-2018 11:48 AM
alahai..dgn kanak2 pun nk aniaya mcm ni, kesian diorg walau apa bangsa sekalipun, i tak boleh lah dgn budak2 ni, cepat kesian..anak2 syurga tau diorg ni

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.048520 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top