CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Pemandangan Cantik Tapi Bahayanya!" - Ramai Tak Kisah Keselamatan Ke?

28-9-2018 04:31 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 4769| Komen: 17|Original author: Oleh: Whitney

Kredit foto: Viral Dot My & @ArifahIsHere
Sebenarnya, di Malaysia ada banyak tempat-tempat yang menarik untuk dilawati dan dijadikan destinasi percutian. Bagi sesiapa yang sukakan ketenangan dan pemandangan yang indah dan menarik, bolehlah berkunjung ke pulau-pulau yang ada di seluruh negara. Malah, pemandangan yang begitu cantik seakan berada di luar negara juga boleh dirakam dan fotonya disimpan untuk dijadikan kenangan. 

Status yang dimuat naik oleh pemilik twitter ini bagaimana pun menimbulkan kegusaran apabila salah sebuah tempat yang sangat cantik dan menarik dan sentiasa menjadi perhatian pengunjung untuk bergambar menjadi tempat yang berbahaya. Ini kerana keadaan laluannya yang sudah terlalu uzur dan membahayakan. Bagaimanapun, masih ramai pengunjung yang sanggup mengambil risiko untuk sampai ke kawasan kincir angin yang terletak di Pulau Perhentian kerana tidak mahu melepaskan peluang bergambar dengan berlatar belakangkan pemandangan yang begitu indah. 





Entah bila nak dibaiki 
Ramai netizen yang mengakui jambatan besi yang menjadi laluan untuk naik ke kincir angin itu sudah semakin teruk dan berbahaya. Hal itu sudah lama berlaku dan pihak yang bertanggungjawab masih belum membaiki tetapi sekadar meletakkan papan tanda kawasan larangan. 
Pengunjung dilarang menggunakan jambatan besi yang sudah rosak ini.

Pemandangan memang cantik! 

Rata-rata netizen yang telah berkunjung ke sana mengakui yang pemandangan di kawasan kincir angin itu sangat indah dan cantik. Mereka turut berkongsi gambar-gambar yang diambil di situ. Malah ada yang menjadikan lokasi untuk photoshoot dan sebagainya. Tetapi, untuk naik ke tempat kincir angin, kebanyakan daripada mereka tidak menggunakan jambatan besi itu tetapi mendaki untuk sampai ke atas. 
Kredit foto: @feyrra

Takut...Tak jadilah nak pergi

Ada juga netizen yang ingin pergi ke Pulau Perhentian untuk bercuti dan turut merancang untuk naik ke kincir angin bagi melihat pemandangan yang indah. Nampaknya mereka terpaksa menangguhkan atau membatalkan hasrat kerana risaukan keselamatan diri. Ada netizen yang pernah jatuh semasa menggunakan laluan jambatan besi yang sudah reput itu. 

Berhati-hatilah jika ingin melawat atau melancong ke mana-mana destinasi percutian terutamnya ke lokasi kincir angin di Pulau Perhentian ini. Jangan disebabkan ingin mendapatkan pemandangan yang cantik untuk dirakam, kalian sanggup membahayakan diri. Setuju tak? - CARI 

27

Bagus
27

Marah
16

Terkejut
22

Sedih
21

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (129 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AJ88 28-9-2018 04:40 PM
Eh, last year pergi elok je.

tapi view tu, mmg
Quote jerukkedondong 28-9-2018 04:58 PM
AJ88 replied at 28-9-2018 04:40 PM
Eh, last year pergi elok je.

tapi view tu, mmg

Betul ke last year ko pergi..
Tak kan last year elok lagi..tahun ni dah mereput hazab mcm tu..
Quote AJ88 28-9-2018 05:01 PM
jerukkedondong replied at 28-9-2018 04:58 PM
Betul ke last year ko pergi..
Tak kan last year elok lagi..tahun ni dah mereput hazab mcm tu..

Iye, pergi last year dlm ujung bulan 3. tp takla teruk cmtu. kerusi tu pn takdelah tercabut pun. elok kami duduk.





Quote jerukkedondong 28-9-2018 05:04 PM
AJ88 replied at 28-9-2018 05:01 PM
Iye, pergi last year dlm ujung bulan 3. tp takla teruk cmtu. kerusi tu pn takdelah tercabut pun. e ...

Babe..syantik kan view ala2 Santorini gitu
Quote otai_g 28-9-2018 05:05 PM
sial la kat msia ni. asal tmpt cantik skit je wartakan kawasan larangan.

cth bukit tabur, ni kincir angin ni dan esk ntah apa lg nak haramkan.

kalo tmpt tu ada masalah atau berbahaya selesaikan lah, bkn tutup terus.

kalo tutup je yg blh buat baik lantik nenek aku je je dato bandar.
Quote matkpop 28-9-2018 05:28 PM
cepat berkarat sebab udara/angin laut masin tu la kot. harap boleh la di perbaiki.
Quote fushimi 28-9-2018 05:31 PM
otai_g replied at 28-9-2018 05:05 PM
sial la kat msia ni. asal tmpt cantik skit je wartakan kawasan larangan.

cth bukit tabur, ni kinc ...

malas nak selanggara sebenarnya

tau tau je spesis malas gomen cam mana


Quote doubleA 28-9-2018 06:00 PM
Pergi hiking la sampai kincir angin tu pastu tengok view dari atas, takyah turun bawah memang uzur dan bahaya pun tangga2 situ. View dari atas pun dah osem. Baru pergi sini bulan July lepas, sweet escape with buddies
Quote noraidil_06 28-9-2018 07:06 PM
Kerajaan negeri Terengganu mmg bodo.bukit keluang lsg x berjaga. N org Terengganu pn sama bodo, x reti jaga kebersihan tmt yg cantik2
Quote helicornia 29-9-2018 07:09 AM
perhentian tu mmg mcm tak terjaga..sayang tempat cantik..buat tangga tu bukan murah kenapa tk buat maintenance.iols dulu tengok kt belakang satu resort ni penuh bahan2 buangan padahal kawasan pelancongan
Quote Artemesiaa 29-9-2018 09:16 AM
Biasalah kebanyakan tempat pelancongan kat Malaysia ni bab nak pastikan kemudahan awam sebegitu selalu fail.  Bila dah rosak sebegitu bukan je membahayakan pelancong pun malas nak datang.
Quote debab76 29-9-2018 11:23 AM
mmg bodo tak tau nak repair ke. sektor pelancongan ni sumber pendapatan korang kot. dari aku gi 4 tahun lps sampai sekarang tak repair? bengap abadi malu tgk youtuber kokesen cover cerita pasal benda ni kt video travel diorang. sedeyh!!
Quote Foxey 29-9-2018 01:12 PM
Macamana nak gi tengok kalau dah jalan merbahaya
Quote beautifulliar 30-9-2018 03:52 PM
AJ88 replied at 28-9-2018 04:40 PM
Eh, last year pergi elok je.

tapi view tu, mmg

Nipu je last year elok.Aku pegi tahun 2015 aritu pon dh mereput
Quote nikkibee 30-9-2018 04:35 PM
{:spot{:sing{:handsome
Quote nuralisa 30-9-2018 05:00 PM
Setakat nak g kincir air tu nak cancell trip ..
mcmla perhantian tu ada yg tu je ..
Quote serawadurian 1-10-2018 11:19 AM
Harap ada yg betulkan. Blh tarik ramai pelancong dlm dan luar.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.088102 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top