CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Black Hanifah Perasan Popular??

12-9-2013 04:59 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 27723| Komen: 115



KUALA LUMPUR, 12 SEPT 2013: Pada tanggal 13 September ini, penyanyi lagu Teman Pengganti, Black Hanifah bakal menjadi suami kepada gadis pilihannya, Naquia Yasirah Mohd Khairi di Zebra Square, Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Setelah termeterainya majlis pernikahan itu nanti, Black dikhabarkansecara automatik akan bersaudara dengan pelakon berwibawa Datin Paduka Umie Aida. Menjelaskan kaitan tersebut, Black yang sedang menanti debar untuk bergelar suami memberitahu bakal isterinya itu adalah anak saudara kepada suami Umie Aida, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan

"Sebenarnya, bakal isteri saya tidak kisah saya ni artis. Dia pun sebenarnya sudah biasa dengan perkahwinan bersama artis. Pak cik dia pun berkahwin dengan seorang pelakon popular.

"Sejujurnya, tunang saya itu adalah anak saudara kepada suami Datin Paduka Umie Aida. Sebab itulah dia tidak berapa kisah dengan status saya sebagai seorang artis. Lagi pun, masa mula-mula kami kenal pun, dia tidak tahu saya ni, Black seorang penyanyi," katanya kepada portal murai.com.my.

Menjelaskan mengenai detik pertemuan bersama tunangnya itu, Black memberitahu mengenali gadis ini daripada seorang kenalan.

"Saya kenal dia menerusi kawan. Ceritanya begini. Sewaktu saya ada persembahan di Putrajaya November tahun lalu, saya diberitahu kawan mengenai dia. Jadi, selepas saya tahu, saya terus bergegas ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dia.


"Lepas saya sampai di tempat yang dijanjikan, saya pun keluar dari kereta dan ingatkan dia terkejut tengok saya. Saya bajet dia kenal saya. Tapi rupa-rupanya dia tidak tahu saya ni Black.


"Selepas berjumpa kami terus rapat. Selepas dua bulan berkawan, kami ambil keputusan untuk bertunang. Saya terima dia kerana dia istimewa di mata saya. Apabila dia tahu saya artis, dia terima saya seadanya," jelasnya kepada murai.com.my.

Dalam pada itu, Black masih merahsiakan jumlah wang hantaran dan merasakan seeloknya hal berkaitan hantaran diumumkan pada majlis pernikahan yang diadakan Jumaat ini. Untuk majlis pernikahan dan persandingan yang bakal diadakan di Zebra Square, ia hanyalah untuk jemputan saja.

Bagaimanapun, Black sekeluarga bakal mengadakan majlis resepsi terbuka kepda semua peminatnya pada 15 September di Padang PPR Kerinchi bermula jam 12 tengah hari sehingga 4 petang.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miawpink 12-9-2013 02:21 PM
ayooo banyak pelasan la ini black
Quote miawpink 12-9-2013 02:23 PM
ko lalu sebelah aku pun aku tak ko tu black

bajet hot aje dia ni
Quote achik2009 12-9-2013 02:24 PM
miawpink posted on 12-9-2013 02:21 PM
ayooo banyak pelasan la ini black

aiyakk...mukan lia mmg sulah popular kah?....




Quote miawpink 12-9-2013 02:26 PM
achik2009 posted on 12-9-2013 02:24 PM
aiyakk...mukan lia mmg sulah popular kah?....

aiiyooo saya tilak hailan sama itu penyanyi maa....


bajet popular satu dunia nih
Quote alepmama 12-9-2013 02:29 PM
aiyook kot ye pun itu citer sebenar osah ler citer malu jah
Quote miawpink 12-9-2013 02:31 PM
untuk pengetahuan
tajuk kat murai lain ye


tajuk tu saya gubah sedikit
agar selari dengan isi kandungan
Quote bobok_berhabok 12-9-2013 02:31 PM
dia bukan saja bajet femes , juga bajet hot . suka sgt pakai singlet ., aritu jumpe die time makan . hilang selera makan iolls .
Quote Orion 12-9-2013 02:32 PM
black ni popular lah jugak..
ada 2 biji lagu yg betul2 meletop. masuk ajl pun dh beberapa kali.
nama pun masih mantain ke hari ini (ada produk).

bagi aku, statement dia tu jujur.
dia tak malu ngaku yg dia bajet dia popular.
dan dia juga tak malu ngaku yg rupanya2 ada orang tak kenal dia (tunang dia).
Quote mea 12-9-2013 02:33 PM
buweekkk
Quote chetaton 12-9-2013 02:35 PM
Euwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww


Quote cahaya_almas 12-9-2013 02:35 PM
rasanya kalau sy jumpa dia.....sy mgkin tak cam gak black ni....sbb muka dia muka biasa2 jer,,,takde ler aset untuk diingati....normal ler tu sbb dia bkn glamer sgt pun tuk semua org kenal beliau..lain ler pm kita...timbalan pm ker...siti nurhaliza ker....cikta ker,...slalu gak kuar citer kat ruangan gosip ni....
Quote ellZack 12-9-2013 02:39 PM
story-telling macam jahanam..
Quote mitnick 12-9-2013 02:43 PM
tajuk... tak menahan... tp rsnye kalau lalu dia disebelah pon iols xknal
Quote pinkaddict 12-9-2013 02:47 PM
Dia nak kata awek dia hot ke? Statement bergegas berjumpa pompuan tu setelah diberitahu kawan mcm ntah pape jek..
Quote nicuya 12-9-2013 03:00 PM
teeetttt!!!!!  ayat standard 'dia xtau pon sy ni retis' detected.....
Quote palmolive 12-9-2013 03:11 PM
black hanifah = hitam hanifah?
Quote ayu_malaya 12-9-2013 03:13 PM
bobok_berhabok posted on 12-9-2013 02:31 PM
dia bukan saja bajet femes , juga bajet hot . suka sgt pakai singlet ., aritu jumpe die time makan . ...

Eeeeiiii ... elegik kat org yg pakai singlet, esp yg tak cukur bulu ketiak. Mmg hilang selera
Quote cmf_blingblings 12-9-2013 03:14 PM
aku rasa dia agak popular dan berhak utk perasan, yg penting dia banyak wang
Quote arira_arora 12-9-2013 03:17 PM
la... sebab ni je ke.. lehh.h..

Lihat semua komen(115)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.053629 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top