CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malang Nasibnya! Nak Jual Baju Kurung RM120, Tapi Ditipu Sampai RM28,980

27-9-2018 04:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9694| Komen: 103|Original author: Oleh: Myra Rozi

Pada mulanya mahu menjual baju kurung di sebuah web jual beli terkemuka dengan harga RM120.

Bagaimanapun seorang peniaga atas talian di Kuantan terpaksa membayar sehingga RM28,980 untuk mendapatkan wang jualan baju berkenaan.


Harian Metro melaporkan, mangsa yang merupakan seorang wanita berusia 21 tahun dan tinggal Bukit Setongkol, membuat iklan baju kurung berkenaan di lawan web jual beli itu, jam 4.43 petang.


Gambar Hiasan
Tidak lama selepas itu, dia menerima komen daripada seorang wanita dikenali sebagai Sazulyana yang berminat untuk membelinya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata,


“Mangsa berhubung dengan wanita itu sebelum memberikan nombor akaun banknya kepada suspek untuk urusan pembayaran. Bagaimanapun selepas membuat pembayaran, suspek meminta mangsa membuat pelbagai bayaran bagi mendapatkan wang sebanyak RM120 itu.

“Wanita berkenaan juga ada menerima slip kononnya daripada bank luar negara yang memaklumkan bahawa suspek sudah memasukkan sejumlah wang ke dalam akaunnya.

“Suspek mendakwa kononnya duit berkenaan tidak boleh dipindahkan ke dalam akaun mangsa kerana dia berada di luar negara dan mangsa diminta untuk membayar caj pemindahan wang.” 

Tanpa mengesyaki apa-apa, mangsa membuat pembayara seperti yang diminta sehingga berjumlah RM28,980 ke dalam dua akaun bank dengan lima transaksi.

“Mangsa yang membayar wang seperti diarahkan suspek bagaimanapun menyedari ditipu apabila wang bayaran dijanjikan sebelum itu tidak dimasukkan ke akaun banknya.

“Dia kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, semalam dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan." -CARI
27

Bagus
14

Marah
22

Terkejut
10

Sedih
21

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (110 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kawahapi 27-9-2018 12:05 PM
Like seriously boleh terpedaya macam tu??
Quote prettyuglybabe 27-9-2018 12:06 PM
nak kata buta it, berniaga online pandai pulak..
hmmmm...
Quote mieymiey 27-9-2018 12:13 PM
Kawan i pernah kena sejibik sejibon macamni. Jual barang RM80.
Ada orang nak beli, kata dah bank in RM500.
Kawan i kengkonon kena suruh bank in kat orang tu RM420.
Untuk lepaskan payment yang RM80 tu.
Hampir terpedaya, nasib dia tak sebodoh itu.
Quote kucingTomey 27-9-2018 12:14 PM
oooo....banyak dah kes camni....dia akan target dekat Mudah.....ade aritu kes budak pompuan kolej nak jual moto kena camni.....sama cara dia...dia akan jadi lelaki atau pompuan....pastu kata dok luar negara....pastu kata dia nak beli dengan harga lebih .....pastu kata duit tu nak transfer dari luar begara..siap ade peguam agen bagai.....kena masuk amaun sekian2 utk dapat kan duit tu....kita bank in bank in ..dia akan mintak brape je dia nak....dia akan ugut nak wat report itu ini....mangsa gelebah la kan.....pastu target dia yang jual tanah ...dia akan cakap dia dari singapore uk usa.....aku syak org sama ...
Quote sepiITUindah 27-9-2018 12:16 PM
ni kerana tamak dik
Quote Artemesiaa 27-9-2018 12:22 PM
Betul tu dah banyak kes sebegitu bukan orang peseorangan je yang ada syarikat pun ada yang terpedaya dengan cara sebegini
Quote imransulaiman 27-9-2018 12:26 PM
Macam iklan pembeli mata wang yang banyak dalam IG tu. Modus operandi sama je..
Quote Changa 27-9-2018 12:29 PM
sesuai lah dengan acik2 tudung kepam yang bodoh ini.
Quote BoLapciOus 27-9-2018 12:32 PM
camtu jual jela kat dalam mesia..
Quote myakayina 27-9-2018 12:41 PM
ramai dah kena scammer mcm ni..kat carousell pun ada kes mcm ni.. hati2 jela..
Quote ^CUN_GILA~. 27-9-2018 12:44 PM
imransulaiman replied at 27-9-2018 12:26 PM
Macam iklan pembeli mata wang yang banyak dalam IG tu. Modus operandi sama je..

Yang mintak wang lama tu dia pukau.  As soon as ko say "Hi" balik kat dia teros ngap..  Benda tu terus attach kat lutut hang pastu kontrol pergerakan ko suma..  Tolong privatekan IG sebab by the time dia curi gambar ko pun dia dah menang separuh jalan.  Dia boleh buat macam2.  Kalo korang terpikir napa artis2 tu punya akaun tak kena korang kena tau yang ada sejemaah management di belakang tabir yang uruskan PR dia tu.  Jugak mungkin boleh disable DM.  Cuba la korang mesej retis tu suma.  Tak deliver pun..
Quote ResellerMaxis 27-9-2018 12:47 PM
BoLapciOus replied at 27-9-2018 12:32 PM
camtu jual jela kat dalam mesia..

Penipu ni pun bijak sis..

Dia buat pura tanya satu 2 soalan then terus confirm beli kononnya.

Lepas tu start ar episode dapat emel dari bank luar negara kononnya n bla bla..

So siapa yang xde knowledge n xpernah tahu pasal mo macam ni memang akan terpedaya lah.
Quote bomohsiam 27-9-2018 12:52 PM
kucingTomey replied at 27-9-2018 12:14 PM
oooo....banyak dah kes camni....dia akan target dekat Mudah.....ade aritu kes budak pompuan kolej na ...

Ni bukan kat mudah ni. Carousell pun ade. Tok penah iklan nak jual kasut. Ada org konon nak beli. Dia pompang2 gini jugak. Last2 dia fedap sebab tok kata tak dpt pun email bank dia yg ckp duit dah masuk.
Quote buapakperut 27-9-2018 12:53 PM
sis ni kenapa la buat sampai 5 transaksi? kalau orang bodoh pun akan stop kat 1000 atau 500. seriuosly dia nak bayar pehal you susah2 pulak. ?? like whatt???
Quote kopokleko 27-9-2018 01:00 PM
Ada sekali aku iklankan jual kereta kat Mudah.com. Dekat 2 minggu mamat ni ayat aku style yg sama konon nak beli kereta untuk bapak dia, dia pulak Marine Engineer baru dapat kerja kat Scandinavia. Semua thru E-Mail.  Mula2 tu cam jujur, sekali dia mintak duit sbb transfer akaun dia sangkut bagai, on the spot aku dah tau dia ni penipu. Aku siap advise dia jangan lah menipu, ini perbuatan jahat bagai. Marah dia dan butthurt siap ugut nak cari aku dan serbu rumah aku
Quote paz 27-9-2018 01:04 PM
Macam-macam kan cara nak menipu.

Obviously kita bole rasa ni scam. Tapi tu la kadang-kadang terbodoh juga kita dibuatnya yer.
Quote stania83 27-9-2018 01:07 PM
Nigeria semua nii
Quote Matpon 27-9-2018 01:12 PM
rasanya dia kena ugut kot.sbb tu dah traksaksi sampai 5 kali
Quote matchstick 27-9-2018 01:17 PM
“Mangsa yang membayar wang seperti diarahkan suspek bagaimanapun menyedari ditipu apabila wang bayaran dijanjikan sebelum itu tidak dimasukkan ke akaun banknya


so kalu duit rm120 yg dijanjikan tu masuk ke akaun after all those transactions cikki ni xkan rasa tertipu ke

Lihat semua komen(103)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.058062 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top