CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8503|Reply: 103

[Tempatan] Cikki nak jual baju kurung RM120 tapi tak pasal2 lesap RM28,000, bimbonya kau

[Copy link]
Post time 27-9-2018 11:54 AM | Show all posts |Read mode
AWALNYA, dia hanya mahu menjual baju kurung di sebuah laman web jual beli terkemuka dengan harga RM120, namun seorang peniaga dalam talian, di Kuantan terpaksa membayar sehingga RM28,980 hanya untuk mendapatkan wang jualan baju berkenaan, kelmarin.

Kejadian itu bermula ketika mangsa wanita berusia 21 tahun dan tinggal Bukit Setongkol, membuat iklan baju kurung berkenaan di lawan web jual beli itu, jam 4.43 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, tidak lama kemudian mangsa menerima komen daripada seorang wanita bernama Sazulyana yang berminat untuk membeli baju berkenaan dengan harga RM120.

“Mangsa berhubung dengan wanita itu sebelum memberikan nombor akaun banknya kepada suspek untuk urusan pembayaran. Bagaimanapun selepas membuat pembayaran, suspek meminta mangsa membuat pelbagai bayaran bagi mendapatkan wang sebanyak RM120 itu.
ADVERTISING

“Wanita berkenaan juga ada menerima slip kononnya daripada bank luar negara yang memaklumkan bahawa suspek sudah memasukkan sejumlah wang ke dalam akaunnya.

“Suspek mendakwa kononnya duit berkenaan tidak boleh dipindahkan ke dalam akaun mangsa kerana dia berada di luar negara dan mangsa diminta untuk membayar caj pemindahan wang,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Mohd Wazir berkata, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa kemudian membuat pembayaran seperti yang diminta suspek sehingga berjumlah RM28,980 ke dalam dua akaun bank dengan lima transaksi.

“Mangsa yang membayar wang seperti diarahkan suspek bagaimanapun menyedari ditipu apabila wang bayaran dijanjikan sebelum itu tidak dimasukkan ke akaun banknya.

“Dia kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, semalam dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan," katanya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dalam melakukan urusan jual beli melalui laman web selain media sosial bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa tipu sindiket berkenaan.

“Justeru, kami menyarankan orang ramai supaya tidak terburu-buru melakukan transaksi pembayaran tanpa membuat semakan daripada bank mahupun pihak berkuasa bagi mengelakkan diri ditipu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 September 2018 @ 11:30 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2018 12:05 PM | Show all posts
Like seriously boleh terpedaya macam tu??
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2018 12:06 PM | Show all posts
nak kata buta it, berniaga online pandai pulak..
hmmmm...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2018 12:13 PM | Show all posts
Kawan i pernah kena sejibik sejibon macamni. Jual barang RM80.
Ada orang nak beli, kata dah bank in RM500.
Kawan i kengkonon kena suruh bank in kat orang tu RM420.
Untuk lepaskan payment yang RM80 tu.
Hampir terpedaya, nasib dia tak sebodoh itu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2018 12:14 PM | Show all posts
oooo....banyak dah kes camni....dia akan target dekat Mudah.....ade aritu kes budak pompuan kolej nak jual moto kena camni.....sama cara dia...dia akan jadi lelaki atau pompuan....pastu kata dok luar negara....pastu kata dia nak beli dengan harga lebih .....pastu kata duit tu nak transfer dari luar begara..siap ade peguam agen bagai.....kena masuk amaun sekian2 utk dapat kan duit tu....kita bank in bank in ..dia akan mintak brape je dia nak....dia akan ugut nak wat report itu ini....mangsa gelebah la kan.....pastu target dia yang jual tanah ...dia akan cakap dia dari singapore uk usa.....aku syak org sama ...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2018 12:16 PM | Show all posts
ni kerana tamak dik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2018 12:22 PM | Show all posts
Betul tu dah banyak kes sebegitu bukan orang peseorangan je yang ada syarikat pun ada yang terpedaya dengan cara sebegini
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2018 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam iklan pembeli mata wang yang banyak dalam IG tu. Modus operandi sama je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2018 12:29 PM | Show all posts
sesuai lah dengan acik2 tudung kepam yang bodoh ini.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2018 12:32 PM | Show all posts
camtu jual jela kat dalam mesia..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2018 12:41 PM | Show all posts
ramai dah kena scammer mcm ni..kat carousell pun ada kes mcm ni.. hati2 jela..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2018 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
imransulaiman replied at 27-9-2018 12:26 PM
Macam iklan pembeli mata wang yang banyak dalam IG tu. Modus operandi sama je..

Yang mintak wang lama tu dia pukau.  As soon as ko say "Hi" balik kat dia teros ngap..  Benda tu terus attach kat lutut hang pastu kontrol pergerakan ko suma..  Tolong privatekan IG sebab by the time dia curi gambar ko pun dia dah menang separuh jalan.  Dia boleh buat macam2.  Kalo korang terpikir napa artis2 tu punya akaun tak kena korang kena tau yang ada sejemaah management di belakang tabir yang uruskan PR dia tu.  Jugak mungkin boleh disable DM.  Cuba la korang mesej retis tu suma.  Tak deliver pun..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2018 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
BoLapciOus replied at 27-9-2018 12:32 PM
camtu jual jela kat dalam mesia..

Penipu ni pun bijak sis..

Dia buat pura tanya satu 2 soalan then terus confirm beli kononnya.

Lepas tu start ar episode dapat emel dari bank luar negara kononnya n bla bla..

So siapa yang xde knowledge n xpernah tahu pasal mo macam ni memang akan terpedaya lah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2018 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingTomey replied at 27-9-2018 12:14 PM
oooo....banyak dah kes camni....dia akan target dekat Mudah.....ade aritu kes budak pompuan kolej na ...

Ni bukan kat mudah ni. Carousell pun ade. Tok penah iklan nak jual kasut. Ada org konon nak beli. Dia pompang2 gini jugak. Last2 dia fedap sebab tok kata tak dpt pun email bank dia yg ckp duit dah masuk.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2018 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
sis ni kenapa la buat sampai 5 transaksi? kalau orang bodoh pun akan stop kat 1000 atau 500. seriuosly dia nak bayar pehal you susah2 pulak. ?? like whatt???
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2018 01:00 PM | Show all posts
Ada sekali aku iklankan jual kereta kat Mudah.com. Dekat 2 minggu mamat ni ayat aku style yg sama konon nak beli kereta untuk bapak dia, dia pulak Marine Engineer baru dapat kerja kat Scandinavia. Semua thru E-Mail.  Mula2 tu cam jujur, sekali dia mintak duit sbb transfer akaun dia sangkut bagai, on the spot aku dah tau dia ni penipu. Aku siap advise dia jangan lah menipu, ini perbuatan jahat bagai. Marah dia dan butthurt siap ugut nak cari aku dan serbu rumah aku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2018 01:04 PM | Show all posts
Macam-macam kan cara nak menipu.

Obviously kita bole rasa ni scam. Tapi tu la kadang-kadang terbodoh juga kita dibuatnya yer.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2018 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Nigeria semua nii
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2018 01:12 PM | Show all posts
rasanya dia kena ugut kot.sbb tu dah traksaksi sampai 5 kali
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2018 01:17 PM | Show all posts
“Mangsa yang membayar wang seperti diarahkan suspek bagaimanapun menyedari ditipu apabila wang bayaran dijanjikan sebelum itu tidak dimasukkan ke akaun banknya


so kalu duit rm120 yg dijanjikan tu masuk ke akaun after all those transactions cikki ni xkan rasa tertipu ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.092134 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list