CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Instafamous Ini Bagi Tip Menabung Untuk Melancong, Rupa-Rupanya Dia ...

25-9-2018 11:38 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 7716| Komen: 51|Original author: Oleh: Azza




"Amboi, bagi tips menyimpan duit, yang sebenarnya kau tu anak orang kaya, tak payah poyo sangatlah!"

Bagi yang mencari rezeki menerusi bisnes dalam talian, pasti mengenali King Afiq atau nama sebenarnya Ameerul Afiq Abd Hadi, 21 yang kini bergelar jutawan muda. Giat mengadakan seminar serta pelbagai kelas kepada mereka yang mahu berjinak-jinak dalam bisnes online, Afiq dilihat antara ikon anak muda yang berjaya.

Memandangkan ramai yang meminta Afiq berkongsi cara menabung hingga membolehkan dia melancong ke pelbagai negara dalam usia masih muda, akhirnya pemuda ini berkongsi di statusnya.

Namun, setelah membaca tip yang diberikannya, netizen agak terkesan kerana jutawan muda ini sebenarnya menabung keseluruhan pendapatannya tanpa membayar sesen pun bil atau memberikan kepada ibu bapa sepertimana yang dilakukan oleh kebanyakan anak muda lain. Hal inilah yang mengundang kecaman poyo kepadanya.


Kredit foto: Twitter

Menurut Afiq, kesemua pendapatan hasil jualan barang niaganya diletakkan dalam tabung simpanan. Manakala pendapatan daripada popularitinya seperti paid review, modelling, videografi dan kempen pula akan dimasukkan dalam tabung melancong. Pembahagiannya adalah 70 peratus tabung simpanan dan 30 peratus untuk melancong.

Jadi Afiqq mencadangkan supaya usahawan muda perlu belajar menabung, konsisten dan bermotivasi untuk mendapatkan apa yang diimpikan. Tip penting ialah kerja yang susah seperti berniaga, masukkan dalam tabung simpanan manakala kerja mudah pula dimasukkan dalam tabung melancong.


Selain itu, Afiqq juga berpesan supaya netizen perlu berdisiplin menabung sekurang-kurangnya tiga tahun untuk mendapatkan hasilnya. Manakala akaun simpanan boleh dijadikan pelaburan. Berdasarkan pengalamannya, dia sendiri mengambil masa empat tahun tidak berbelanja barangan mewah (jam tangan, baju)
Oleh itu, dia mampu mengembara ke 17 negara dalam masa 9 bulan.

Rentetan itu, ramai yang mempersoalkan kaedah simpanan Afiq seolah-oleh segala hasil pendapatannya terus dimasukkan ke dalam kedua-dua tabung tanpa perlu membayar bil serta memberi  duit kepada ibu bapa.


"Semua parents bayar, makan pun parents tanggung. Sebab tu, semua duit boleh disimpan semua. Hanya satu tips saja iaitu KAYA."



Kredit foto: Carian Internet

"Lepas tolak komitmen kiri dan kanan, baki RM100 boleh buat simpanan. RM70 buat saving long term, RM30 pula buat saving melancong. Sebulan RM30, cukup setahun bolehlah nak travel ke Melaka. Kalau nasib baik boleh pergi jauh sikit, Muar ke JB ke."

Bagi netizen, terutamanya yang mempunyai tanggungjawab terhadap ibu bapa, tip menabung tersebut dianggap tidak relevan. Malahan banyak komitmen yang perlu dilangsaikan seperti hutang belajar, bil rumah sewa, bil kereta, bil api, air, makan dan keseluruhan ini ada yang mengambil separuh dari gaji bulanan.

Kredit foto: Carian Internet

Rezeki orang memang berbeza-beza, ditentukan oleh usaha, tawakal dan akhir sekali nasib. Bagi mereka yang bernasib baik dilahirkan dalam kategori berada, rupa paras pula komersial, maka ia memudahkan perjalanannya mencari rezeki. Namun, golongan ini tidaklah ramai seperti golongan anak muda yang perlu menyekang mata mencari rezeki dan terpaksa pula mengagihkannya pada 'talian hayat' bagi meneruskan hidup. Jadi, berusahala sekuat mungkin demi mencapai apa yang diingini dan juga membahagiakan orang tua. - CARI 
21

Bagus
14

Marah
14

Terkejut
11

Sedih
12

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (91 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizzmimi 25-9-2018 11:58 AM
Tak relevannya tips ko dek.. Hmm
Quote AbukRokok 25-9-2018 12:08 PM
my tips.... how to travel around the world for free
kalah kau dek





Quote Meiizu 25-9-2018 12:18 PM
hahaah budget ala financial planner, budget glamour.
dik oiii...akak2 , abang2 zaman skrg bijak, cerdik .
kan dah termalu..
Quote MeghanK 25-9-2018 12:24 PM
meluat meols bbnu twitter duk tweet benda2 tak relevan camni semata2 nak femes..mohon meninggal
Quote meisapoya 25-9-2018 12:26 PM
AbukRokok: my tips.... how to travel around the world for freekalah kau dek <a href="https://is5-ssl.mzstatic.com/image/thumb/Purple125/v4/c7/20/18/c72018d7-34d1-2abf-f59" target="_blank">https://is5-ssl.mzstatic.com/image/thumb/Purple125/v4/c7/20/18/c72018d7-34d1-2abf-f59</a> ...


Yang ni pon i selalu buat.
Quote palmolive 25-9-2018 12:28 PM
tak relevan untuk wahai perantau, perantau di kota..
pulang lah ke desa berhari raya..

eh, nyanyi pulak
Quote kucingitam 25-9-2018 12:30 PM
aku tak pernah melayan tips2 gini..kosser sgt
Quote haryatie 25-9-2018 12:33 PM
kalau ada lebihan duit semua org nak melancong dik
dgn menabung ke ..apa ker
Quote chicozinn 25-9-2018 12:39 PM
kenot brain la tips dia..tak relevan tol idea tu..next!!
Quote samperit 25-9-2018 12:52 PM
Sape boboi ni? Usahawan ape?
Quote cairel_azlie 25-9-2018 01:54 PM
King Afeq ni bukan usahawan yang jual barang Fufu tu ker??
Quote mieymiey 25-9-2018 02:25 PM
Tips kepala hotak hang!
Quote Sazida 25-9-2018 02:34 PM
Tips ape ni kau kasi? Sudah2 la brainwash org pergi merata dunia. Kau tu sbenarnya nk menunjuk.
Quote gummiebear 25-9-2018 03:00 PM
Bernas sangat tips kau dek. Semoga makin ramai yang mampu travel ke seluruh donia
Quote armin 25-9-2018 03:14 PM
Heols kan jual kasut fake.. mana tak kaya
Quote saviour_09 25-9-2018 03:15 PM
king copy ori?
Quote smeetasmitten 25-9-2018 03:21 PM
Kasut2 yg dia jual tu ori ke dak
Quote lyza2474 25-9-2018 03:25 PM
Sebab tulah ramai je cakap macma bagus je konon jimatlah noleh pergi travel , boleh beli rumah, boleh beli kereta...  padahal ko anak orang kayaaaaaaaaaaaaaa
Quote nuerulcayang 25-9-2018 03:25 PM
lau mcm tu ko xyh ajar pn..smua org pndai dik....

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.088519 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top