"Amboi, bagi tips menyimpan duit, yang sebenarnya kau tu anak orang kaya, tak payah poyo sangatlah!"
Bagi yang mencari rezeki menerusi bisnes dalam talian, pasti mengenali King Afiq atau nama sebenarnya Ameerul Afiq Abd Hadi, 21 yang kini bergelar jutawan muda. Giat mengadakan seminar serta pelbagai kelas kepada mereka yang mahu berjinak-jinak dalam bisnes online, Afiq dilihat antara ikon anak muda yang berjaya.
Memandangkan ramai yang meminta Afiq berkongsi cara menabung hingga membolehkan dia melancong ke pelbagai negara dalam usia masih muda, akhirnya pemuda ini berkongsi di statusnya.
Namun, setelah membaca tip yang diberikannya, netizen agak terkesan kerana jutawan muda ini sebenarnya menabung keseluruhan pendapatannya tanpa membayar sesen pun bil atau memberikan kepada ibu bapa sepertimana yang dilakukan oleh kebanyakan anak muda lain. Hal inilah yang mengundang kecaman poyo kepadanya.
Kredit foto: Twitter
Menurut Afiq, kesemua pendapatan hasil jualan barang niaganya diletakkan dalam tabung simpanan. Manakala pendapatan daripada popularitinya seperti paid review, modelling, videografi dan kempen pula akan dimasukkan dalam tabung melancong. Pembahagiannya adalah 70 peratus tabung simpanan dan 30 peratus untuk melancong.
Jadi Afiqq mencadangkan supaya usahawan muda perlu belajar menabung, konsisten dan bermotivasi untuk mendapatkan apa yang diimpikan. Tip penting ialah kerja yang susah seperti berniaga, masukkan dalam tabung simpanan manakala kerja mudah pula dimasukkan dalam tabung melancong.
Selain itu, Afiqq juga berpesan supaya netizen perlu berdisiplin menabung sekurang-kurangnya tiga tahun untuk mendapatkan hasilnya. Manakala akaun simpanan boleh dijadikan pelaburan. Berdasarkan pengalamannya, dia sendiri mengambil masa empat tahun tidak berbelanja barangan mewah (jam tangan, baju)
Oleh itu, dia mampu mengembara ke 17 negara dalam masa 9 bulan.
Rentetan itu, ramai yang mempersoalkan kaedah simpanan Afiq seolah-oleh segala hasil pendapatannya terus dimasukkan ke dalam kedua-dua tabung tanpa perlu membayar bil serta memberi duit kepada ibu bapa.
"Semua parents bayar, makan pun parents tanggung. Sebab tu, semua duit boleh disimpan semua. Hanya satu tips saja iaitu KAYA."
Kredit foto: Carian Internet
"Lepas tolak komitmen kiri dan kanan, baki RM100 boleh buat simpanan. RM70 buat saving long term, RM30 pula buat saving melancong. Sebulan RM30, cukup setahun bolehlah nak travel ke Melaka. Kalau nasib baik boleh pergi jauh sikit, Muar ke JB ke."
Bagi netizen, terutamanya yang mempunyai tanggungjawab terhadap ibu bapa, tip menabung tersebut dianggap tidak relevan. Malahan banyak komitmen yang perlu dilangsaikan seperti hutang belajar, bil rumah sewa, bil kereta, bil api, air, makan dan keseluruhan ini ada yang mengambil separuh dari gaji bulanan.
Kredit foto: Carian Internet
Rezeki orang memang berbeza-beza, ditentukan oleh usaha, tawakal dan akhir sekali nasib. Bagi mereka yang bernasib baik dilahirkan dalam kategori berada, rupa paras pula komersial, maka ia memudahkan perjalanannya mencari rezeki. Namun, golongan ini tidaklah ramai seperti golongan anak muda yang perlu menyekang mata mencari rezeki dan terpaksa pula mengagihkannya pada 'talian hayat' bagi meneruskan hidup. Jadi, berusahala sekuat mungkin demi mencapai apa yang diingini dan juga membahagiakan orang tua. - CARI
|