CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

S**L, K***K Dihambur Ketika Melancong Ke Thailand, Warga Malaysia Ini Dianggap Biadap?

24-9-2018 03:39 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 6098| Komen: 43|Original author: Oleh: Azza

Description: Apabila kata-kata mencarut/kurang ajar menjadi makanan harian bagi segelintir netizen hingga dianggap menghiburkan serta kelakar, ia sebenarnya satu barah dalam kehidupan kita, lebih memalukan ia dila ...



Apabila kata-kata mencarut atau kurang ajar menjadi makanan harian bagi segelintir netizen hingga dianggap menghiburkan serta kelakar, ia sebenarnya satu barah dalam kehidupan kita, lebih memalukan ia dilakukan di luar negara.

Di media sosial tersebar sebuah video yang memaparkan seorang warga Malaysia bernama Jepp membuat review tukang masak Thailand sedang menggoreng kuaytiaw. Yang lebih menyedihkan ialah dia mengkritik cara tukang masak tersebut menggoreng dengan menggunakan banyak limau nipis. Malahan bahasa yang digunakan juga sangat biadap, perkataan seperti s**l, p*****k, K***k dan b**i sentiasa diulang-ulang dalam review tersebut dan ia mendapat komen kelakar daripada pengikutnya.



Biarpun ramai yang merasakan ia biadab, tetap ada juga netizen yang menanti-nantikan status Jepp yang membahasakan dirinya sebagai 'mak' ini. Mereka menganggap Jepp sebagai individu yang sangat kelakar.




Kredit foto: Twitter

Namun begitu, sebenarnya lebih ramai yang marahkan situasi ini. Apatah lagi, mereka ini pernah menjadi pengikut Jepp di Instagram. Mungkin ada status yang kelakar dari Jepp sebelum ini tetapi tidak terlalu biadab seperti ini. Lebih memalukan kerana Jepp menghina cara masak orang sana sekaligus mencerminkan dirinya yang perasan bagus.

Kredit foto: Google

"Ni, nama dia no manner tourist. Bukan semua orang bodoh. Ada yang faham bahasa kita, kat Thailand ja kot, lagi-lagi peniaga, mereka banyak kuasai pelbagai bahasa. Melainkan dekat Eropah nun sana. Tak payah melancong lah kalau gitu."

Maka ramai netizen menghentam perangai Jepp yang biadap sehinggakan ada yang berkata jika ia dilakukan di kawasan lain, golongan seperti ini mungkin ditembak kerana bersikap biadab. Mujurlah mereka berada di kawasan pelancongan yang tidak ramai tentera. Maklumlah, tempat bukan pelancongan jika tersilap sedikit, mereka sentiasa mengacukan pistol.


"Jika kau rasa ni kelakar, memang kau ada masalah otak!"


Ramai yang menasihatkan Jepp supaya jangan melancong jika tidak pandai membawa diri.
Kredit foto: Google

Sementara itu, netizen lain pula meminta mereka yang merasakan dialog ini kelakar berfikir sejenak, bayangkan jika situasi sama berlaku di Malaysia dan dilakukan oleh pelancong ketika peniaga sedang menggoreng Char Kuay Tiow. Pasti ramai yang marah lalu menularkan video tersebut. Jadi, janganlah bercakap tanpa mempertimbangkan kesan-kesannya nanti. 



Kredit foto: Google

Apabila memaki itu sudah jadi rutin, diulang beberapa kali pun terasa santai dan tidak berbekas di hati, maka ia adalah ujian yang wajib ada pihak ain menegurnya. Bagaimanapun, kita tidak dapat menghentikan perkara ini jika tidak mendapat kerjasama daripada semua pihak. Tanyakan diri sendiri kenapa orang bodoh atau biadab jadi terkenal dan kaya raya. Jawapannya mudah, kalau buat benda baik-baik, cakap baik-baik, orang tidak mengendahkannya. Dunia sekarang, nak terkenal, kena jadi eksentrik, buat gila, bodoh dan celupar. Jadi, sanggupkah kita menyokong mereka yang kurang ajar ini? Anda jawab sendiri. - CARI 
22

Bagus
37

Marah
32

Terkejut
43

Sedih
35

Lawak
31

Bosan

Friends Rank (200 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chazey 24-9-2018 04:00 PM
Mulut hadek2 fonen lgbtq kan memang camtu? Ko nak heran hapa nyah?
Quote KILL_NANCY 24-9-2018 04:12 PM
pergi tempat orang jagalah mulut.thailand kot.dia sabotaj kau masuk ganja sebata dalam luggage ke dalam terus.takpun inject hiv kat badan kau.

lagi sekali, thailand kot....
Quote L_Z 24-9-2018 04:29 PM
Sebenarnya mulut jep tu la mcm s***.. Makpak xpernah ajak anak gitu la jadi nya...
Quote MsKathryn 24-9-2018 04:45 PM
Harap2 la si jepp ni kena kacau hantu thailand{:thief
Quote tanak-balik 24-9-2018 05:16 PM
xde menda baik nak ckp baik diam.
Quote krustykrab 24-9-2018 05:25 PM
lain kali sebut kemaluan sendiri...knp nak jaja kemaluan nenek/mak semua ...tak kesian ke kat mak/nenek sendiri
Quote helicornia 24-9-2018 05:49 PM
bahasa mencerminkan peribadi..
Quote prettyuglybabe 24-9-2018 06:08 PM
ponen ke beliau tu?
Quote RatuDunia94 24-9-2018 06:27 PM
Lbh terliur tgok char kuey teow tu.
Quote keds 24-9-2018 07:42 PM
Tak boleh hadam Bahasa Kau
Quote toxicated 24-9-2018 07:48 PM
Sedap je mamat tu masak. Aku ada beli nasi goreng dia.
Quote VuJiE 24-9-2018 07:49 PM
bahasa netizen malaysss sekarang macam ni eh? penuh sial kimak semua2
Quote salmon-suki 24-9-2018 07:53 PM
Asal dgr suara die ni mcm suara geng sajat je ek?mmg rude sgt..ptt c tkg masak tu,kalau y fhm,ltk je bnde2 pelik biar pdn muka c jepp ni..
Quote whitePoison 24-9-2018 07:54 PM
Kena santau baru tau..main2 dengan tomyam
Quote meisapoya 24-9-2018 08:29 PM
Kelakar ke gini gaya? Mencarut anak orang. Cuba diorang carut kau dlm bahasa dia pulak.
Quote Ferr_Remy 24-9-2018 09:19 PM
Bapuknya sore.. bapuk bajet kelakar
Quote weezerfan 24-9-2018 10:05 PM
Lg xbleh hadam mangkuk2 yg follow dia sampai 50k
Quote matkpop 24-9-2018 10:54 PM
tak hairan dengan puak ni. mulut memang hangsuang.
Quote pokaibanktokyo 25-9-2018 06:45 AM
Memalukan pondan je

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.071821 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top