Susulan terbongkar perbuatan menjijikkan seorang pemilik pusat tahfiz di Kepong yang disyaki melakukan gangguan seksual selain meliwat sembilan penuntut berusia belasan tahun, sejak beberapa bulan lalu.
Dilaporkan pendedahan itu hasil dua pelajar pusat tahfiz itu memaklumkan kepada tenaga pengajar yang hanya mahu dikenali Hilmi akibat tidak tahan penderaan seksual yang dialami. Memetik laporan Harian Metro, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa memandang serius kejadian tersebut. Tegas Dr Mujahid, tindakan tegas perlu diambil kerana perbuatan seperti meliwat atau mencabul bukan sahaja mencemarkan nama baik institusi tahfiz tetapi juga agama Islam. “Individu terbabit perlu diambil tindakan dan sekolahnya juga perlu diberi amaran. Kalau pengetua, kita terpaksa arah tutup kerana memalukan dan memberi kesan negatif."
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Seminar Fiqh Kewarganegaraan (Fiqh Muwatanah) Dalam Naratif Malaysia Baharu di Seremban semalam. Mengulas lanjut, Dr Mujahid berkata, beliau akan meneliti laporan kes itu dan jika suspek didapati bersalah terhadap tuduhan, maka pihaknya akan menutup pusat tahfiz berkenaan. Difahamkan, suspek yang berusia 30-an itu telah ditahan dan didakwa dengan 11 pertuduhan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 di Mahkamah Sesyen Putrajaya. Sementara itu, Dr Mujahid turut menasihati ibu bapa supaya menyemak atau memilih pusat tahfiz yang diiktiraf dan berdaftar supaya keselamatan serta masa depan anak mereka lebih terjamin.- CARI
|
34
Bagus |
30
Marah |
39
Terkejut |
27
Sedih |
30
Lawak |
27
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT