CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1002|Reply: 1

[Tempatan] Kes pusat tahfiz songsang cemarkan nama baik institusi tahfiz juga agama Islam.

[Copy link]
Post time 23-9-2018 02:52 PM | Show all posts |Read mode
SEREMBAN: Kerajaan akan mengambil tindakan menutup pusat tahfiz sekiranya pengetua atau pemilik didapati melakukan gangguan seksual terhadap pelajar mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata tindakan tegas perlu diambil kerana perbuatan seperti meliwat atau mencabul bukan sahaja mencemarkan nama baik institusi tahfiz tetapi juga agama Islam.

“Jangan kita menggunakan nama baik institusi tahfiz untuk melakukan perkara yang dilarang oleh agama. Perbuatan keji itu bukan sahaja memburukkan imej agama tetapi orang akan hilang kepercayaan terhadap institusi berkenaan.

“Individu terbabit perlu diambil tindakan dan sekolahnya juga perlu diberi amaran. Kalau pengetua, kita terpaksa arah tutup kerana memalukan dan memberi kesan negatif,” katanya pada sidang media selepas Seminar Fiqh Kewarganegaraan (Fiqh Muwatanah) Dalam Naratif Malaysia Baharu di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seorang pemilik pusat tahfiz di Kepong, Kuala Lumpur yang ditahan polis selepas disyaki melakukan gangguan seksual selain meliwat sembilan penuntut berusia belasan tahun sejak beberapa bulan lalu.

Suspek berusia 30-an sudah didakwa dengan 11 pertuduhan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 di Mahkamah Sesyen Putrajaya, pada Rabu lalu.

Mengulas lanjut, Mujahid berkata beliau akan meneliti laporan kes itu dan jika suspek didapati bersalah terhadap tuduhan maka pihaknya akan menutup pusat tahfiz berkenaan.

Malah, katanya, suspek juga mungkin akan dihalang untuk meneruskan pengajaran dan kembali ke pusat itu sekiranya dibenarkan jamin oleh mahkamah sehingga kesnya selesai.

Mujahid juga menasihatkan ibu bapa supaya menyemak atau memilih pusat tahfiz yang diiktiraf dan berdaftar supaya keselamatan serta masa depan anak mereka lebih terjamin.

Pada majlis itu, Mujahid turut menyampaikan ucaptama mengenai Fiqh Muwatanah kepada kira-kira 300 peserta seminar yang terdiri daripada ahli Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Majlis dirasmikan oleh Menteri Besar, Aminuddin Harun.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2018 12:05 PM | Show all posts
kesian muka muka suci mangsa. trauma tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.053089 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list