CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tindakan Polis Serbu Kediaman Ibu Najib Dikecam

21-9-2018 09:39 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7088| Komen: 58


Memetik laporan Astro Awani, kediaman ibu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Tun Rahah Mohammad Noah diserbu oleh polis petang semalam.


Serbuan itu dilakukan jam 4 petang oleh 14 anggota, ketika Najib sedang didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Perkara itu disahkan peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Kredit foto: www.sinarharian.com.my

Tan Sri Muhammad Shafee membidas tindakan itu kejam dan boleh menimbulkan rasa takut buat ibu bekas perdana menteri itu.

Bagaimanapun dilaporkan tiada barangan sebarang dokumen diambil dari kediaman tersebut.


Polis turut memeriksa di sebalik siling rumah untuk melihat jika ada wang tunai yang disembunyikan,

Terdahulu, Najib mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan rasuah dan 21 pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitkan sejumlah  RM2.28 bilion.

Sarawak Report sebelum ini melaporkan Najib membayar RM17 juta kepada Yayasan Rahah Foundation yang diasaskan ibunya dengan wang yang didakwa daripada 1MDB.- CARI


24

Bagus
31

Marah
17

Terkejut
23

Sedih
26

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (133 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 21-9-2018 12:38 AM
Anak Najib kecam polis serbu rumah nenekFMT Reporters -

September 20, 2018 11:28 PM


Norashman susah hati polis serbu rumah Tun Rahah ketika dia dan keluarga di mahkamah. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Anak lelaki bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak meluahkan perasaan marahnya terhadap polis kerana menyerbu kediaman neneknya, Tun Rahah Mohamed Noah hari ini.

“Tolong jangan libatkan nenek saya dalam hal ini! Serbu rumahnya ketika kami berada di mahkamah?” kata Norashman di Instagram.

Luahan itu disertakan dengan laporan FMT tentang serbuan ke atas rumah Rahah di Jalan Eaton off Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur.

Sementara itu, anak perempuan Najib, Nooryana Najwa bersedih neneknya yang berusia 87 tahun terpaksa melalui pengalaman itu.




“Mengapa tiada foto serbuan ini,” kata Noryana di Instagram, dan menambah polis pulang dengan tangan kosong selepas serbuan itu.

“Saya faham polis menjalankan tugas sebagaimana diarahkan kuasa yang ada, tetapi tidak adakah sekelumit rasa belas kasihan terhadap wanita berusia begitu, isteri kepada bekas pedana menteri dan seorang wanita yang banyak berjasa kepada asas negara ini?”

Difahamkan serbuan itu berkaitan dengan siasatan ke atas peranan Najib dalam 1MDB.

Serbuan itu berlaku ketika 25 pertuduhan baharu dikenakan terhadap Najib hari ini, menjadikan keseluruhannya 32 pertuduhan sejak siasatan dimulakan selepas tumbangnya kerajaan Barisan Nasional pada pilihan raya umum 9 Mei lepas.

Najib berikrar akan membersihkan namanya selepas mahkamah diberitahu beliau selaku perdana menteri, menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB menerima kira-kira RM2.3 bilion antara 2011 dan 2014.

25 pertuduhan terhadap Najib hari ini menyusuli 7 pertuduhan pecah amanah, pengubahan wang dan salahguna kuasa.

“Hanya Allah sahaja mampu membalas, hanya Allah sahaja tahu apa yang saya rasai dan lalui. Saya yakin kebenaran akan terserlah,” kata Najib di Facebook.



Quote FOTHER-MUCKER 21-9-2018 12:39 AM
FOTHER-MUCKER replied at 20-9-2018 08:38 AM
Anak Najib kecam polis serbu rumah nenekFMT Reporters -

September 20, 2018 11:28 PM
...

SPRM tak tolak kemungkinan Rosmah Mansor akan didakwaFaiz Zainudin -

September 20, 2018 7:48 PM


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan Datin Seri Rosmah Mansor akan didakwa, selepas suaminya, Datuk Seri Najib Razak didakwa buat kali ke-3 hari ini.

“Saya tidak menafikannya. Saya tidak ada maklumat tentang itu lagi,” kata Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Seri Azam Baki kepada pemberita selepas menghadiri proses pendakwaan ke atas Najib.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan ada pertuduhan lain terhadap “beberapa orang” tetapi enggan memberitahu sama ada ia berkaitan dengan Najib.

Najib hari ini didakwa dengan 21 pertuduhan pengubahan wang kerana memindahkan dana haram ke akaun bank miliknya dan kemudian menggunakannya.




Dia dikatakan menerima dan menggunakan wang haram semasa tempoh jawatan perdana menteri antara 2011 dan 2014.

Dia juga dituduh menyalahgunakan kuasa dalam 4 lagi pertuduhan bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sebelum ini New Straits Times memetik sumber melaporkan Rosmah boleh didakwa sehingga 20 tuduhan, kebanyakannya dikaitkan dengan pengubahan wang.

Sementara itu, Azam menyifatkan pendakwaan terhadap Najib hari ini sebagai satu sejarah.

“Hari ini satu pendakwaan bersama melibatkan SPRM dan polis. SPRM ada 4 pertuduhan dan polis ada 21 pertuduhan. Saya boleh katakan ini sejarah kali pertama pertuduhan dijalankan bersama,” katanya.



Quote slavehunter 21-9-2018 12:43 AM
Mak najib penasihat utama dia. Of course la polis serbu.
Quote DARSITA 21-9-2018 12:56 AM


20 juta pun hasil kerja? lol lol lol ... serupa idung tenok!
Quote tobby 21-9-2018 12:58 AM
Selamat kembali ke zaman mahafiraun
Quote DARSITA 21-9-2018 12:58 AM
FOTHER-MUCKER replied at 20-9-2018 08:38 AM
Anak Najib kecam polis serbu rumah nenekFMT Reporters -

September 20, 2018 11:28 PM
...


Di USA asal ada warrant sudah cukup dah ..tak perlu nak beritahu tuan punya rumah. Kalau beritahu tuan rumah sempat sembunyikan apa apa yang perlu.


Quote AbukRokok 21-9-2018 01:20 AM
ujung ujung balik dengan tangan kosong jah kan
Quote RatuDunia94 21-9-2018 01:22 AM
Kak mah tu nk berubah jd mutant ke? Setiap hari akin pelik mukanya..
Quote ResellerMaxis 21-9-2018 05:22 AM
FOTHER-MUCKER replied at 21-9-2018 12:38 AM
Anak Najib kecam polis serbu rumah nenekFMT Reporters -

September 20, 2018 11:28 PM
...

Hahaha..wanita berusia yang terima puluhan juta duit 1mdb buat apa nak kesian..

Sepatutnya wanita tua tu yang perlu sedar diri n serah diri ke balai polis..pulang semua duit 1mdb yang telah diterima..

Macam xpercaya pula macam ni perangai keluarga tun razak..
Quote AbukRokok 21-9-2018 06:58 AM
RatuDunia94 replied at 21-9-2018 01:22 AM
Kak mah tu nk berubah jd mutant ke? Setiap hari akin pelik mukanya..

muka dia dah mcm David rockefeller

Quote hzln 21-9-2018 07:20 AM
Edited by hzln at 21-9-2018 07:28 AM

Mungkin madey tepek gamba ni di bucu katil, sbg pembakar semangat sblm kasi on mode mahafiraun beliau....suffer baby suffer sambil gelak sinis
Quote lazim 21-9-2018 07:25 AM
Kesiannnyaaaaaa







Quote PEPPERMAN 21-9-2018 07:27 AM
mungkin tiba masa balu dan keluarga mantan2 PM menerima imuniti dan tak boleh diganggu, seperti kerabat istana?
Quote noor2 21-9-2018 07:34 AM
hzln replied at 21-9-2018 07:20 AM
Mungkin madey tepek gamba ni di bucu katil, sbg pembakar semangat sblm kasi on mode mahafiraun belia ...

Kes apa ni mek?......
Quote wana89 21-9-2018 07:34 AM
hzln replied at 21-9-2018 07:20 AM
Mungkin madey tepek gamba ni di bucu katil, sbg pembakar semangat sblm kasi on mode mahafiraun belia ...

Betul gak..  Mode mahafiraun heol dah on
Quote jazaa100 21-9-2018 08:14 AM
slavehunter replied at 21-9-2018 12:43 AM
Mak najib penasihat utama dia. Of course la polis serbu.

Iya ke?.....

Quote skinsandstars 21-9-2018 08:54 AM
hzln replied at 21-9-2018 07:20 AM
Mungkin madey tepek gamba ni di bucu katil, sbg pembakar semangat sblm kasi on mode mahafiraun belia ...

Haha ni lawak. Terhibur aku di pagi yang hening ni.
Quote haryatie 21-9-2018 08:57 AM
FOTHER-MUCKER replied at 21-9-2018 12:39 AM
SPRM tak tolak kemungkinan Rosmah Mansor akan didakwaFaiz Zainudin -

September 20, ...

rosmah-mansor-fmt-2.jpg

eehhhhhhhh..nape hidung dia..mcm pelik jerk..
Quote haryatie 21-9-2018 08:59 AM
kesiannnn Tun Rahah...
mak jugak kena tempias..

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.231184 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top