CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harga Cekik Darah, Teraniaya Makan Maggi Ketam RM143 Di Kelantan

20-9-2018 05:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14808| Komen: 149|Original author: Oleh: Myra Rozi

Terkejut, itu reaksi sebuah keluarga dari Jitra Kedah apabila dikenakan RM50 untuk semangkuk maggi ketam yang dimakan di gerai persisiran Pantai Cahaya Bulan, Kelantan.


Sinar Online melaporkan, kesemua mereka seramai 29 orang termasuk kanak-kanak datang ke Kelantan sempena majlis pertunangan ahli keluarga.

 Siti Roshilah Rosli, 31, berkata mereka memsan makanan masing-masing termasuk dua mangkuk maggi ketam, beberapa nasi putih dan tomyam seta minuman yang kebanyakannya teh o ais; kopi o dan segelas air lobak merah.

Menurutnya, bil sebanyak RM413 dikenakan dan menyebabkan mereka tergamam.

Foto: Sinar Online

“Air minuman dikenakan bayaran RM101, celup tepung RM109 dan masakan panas RM203 termasuk dua maggi mengandungi seekor ketam nipah dalam setiap mangkuk hidangan itu.

“Apabila kami tanya, harga masakan panas sampai RM203, peniaga itu memberitahu harga bagi semangkuk maggi ketam tersebut RM50 sedangkan tertera papan tanda harga di kedai itu menunjukkan harga maggi RM15."

Walaupun menjelaskan bayaran tersebut, mereka berasa telah dianiaya dan bertindak memuat naik status di laman sosial dan turut berkongsi luahan ketidakpuasan hati berhubung perkara itu di Facebook Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Aduan saya mendapat maklum balas positif daripada pihak berkenaan dan mendapat tahu mereka sudah menyerbu kedai makan tersebut. Status itu mendapat banyak perkongsian oleh pengguna Facebook dan banyak komen mengatakan mereka juga pernah terkena harga cekik darah di kedai yang sama.

“Saya harap tindakan tegas diambil pihak berkuasa supaya memberi pengajaran kepada peniaga sebegini agar tidak mengambil kesempatan dan sewenang-wenangnya mengenakan harga yang tidak munasabah kepada pelanggan.” 

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP negeri, Firdus Zakaria berkata, pihaknya sudah melakukan pemeriksaan di gerai berkenaan.

“Peniaga memberi alasan bahawa harga ketam mengikut pasaran semasa dan memberitahu tidak sempat untuk menukar paparan harga. Peniaga ini dipercayai mengambil kesempatan kerana ketika itu musim cuti dan terdapat elemen berniat “sembelih” pelanggan.

“Sehubungan itu, pihak kami tidak akan berkompromi dan akan mengenakan tindakan tegas dengan memanjangkan kes ini kepada pihak pendakwaan untuk tindakan selanjutnya." -CARI

12

Bagus
34

Marah
27

Terkejut
20

Sedih
19

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (129 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noraidil_06 20-9-2018 10:57 AM
Pcb tu x best. So x yah gi lah. Gi pantai irama ye
Quote EvieWanKenobi 20-9-2018 10:58 AM
sedap ke maggi masak ketam?
Quote noor2 20-9-2018 10:58 AM
Adehhhh. ....tak.ada tanda harga ka apa restoran tu.....
Quote auntyaya 20-9-2018 10:58 AM
baru 2 minggu lepaih gi KB, singgah gak la PCB nie.. nak tengok tempat la katakan .. tapi hujn lebat yg amat!! so tak jadik turun keta .. hehehehe selamat duit
Quote Bedah.Cun 20-9-2018 10:59 AM
Sedap sgt ke maggi ketam kau tue sampai beratus kena???
Quote minguk 20-9-2018 11:00 AM
PCB Jangan la beli, dah la jual makanan semalam yang dipanaskan balik... harga tak masuk akal... i prefer pantai tok bali.. nah nak makan apa fresh semua lagi sedap.. pantai irama bachok pun best.. pulau 7 ok juga..
Quote CupuCupu 20-9-2018 11:03 AM
Hrp kn tindakan..mmg melampau harga kat situ.aku slalu gi ngn laki,ank 3 org.oder air sorang satu pastu amik keropok campur2 sikit sambil jeling2 harga mmg xpnh kurang dr rm50.laki aku kira air tea o ais oun akan jatuh rega 5hinggit segelas.niaga yahudi sgt.last year,adik ipar aku kawen.fmly in law dia dtg jln cni ar..lg teruk kn katok rega.sampai 800 lebih...syg betul soksek soksek kat blkg je..hrp kali ni dia org akan kena.br tau!
Quote auntyaya 20-9-2018 11:05 AM
CupuCupu replied at 20-9-2018 11:03 AM
Hrp kn tindakan..mmg melampau harga kat situ.aku slalu gi ngn laki,ank 3 org.oder air sorang satu pa ...

ayoyo .. RM800!! berapa ekoq ketam tu
Quote mongoose_kidz 20-9-2018 11:06 AM
prgi pcb setakat nk minum air nyor xpe.
xyah la mkn2..bukan sedap sgt pun + mahal + mknn psnaskn balik
Quote BoLapciOus 20-9-2018 11:08 AM
dasatnye beza..dari rm 15 ke rm50???dahla salah tunjuk harga pahtu markup tinggi giler..xkanla air smpai rm101..rombongan 1 bas ke ape???bagusla buat repot..bior dikenakan tindakan..
Quote paz 20-9-2018 11:18 AM
Yang meniaga ni memang tak tau ada authority ke yang pantau harga? Macam sesedap rasa letak harga aja.

Teringin plak maggie ketam, nak buat lah weekend ni.
Quote fushimi 20-9-2018 11:20 AM
selayaknya kena serbu

tak habis habis nak kencing
Quote prettyuglybabe 20-9-2018 11:20 AM
pcb ni dah banyak orang warning jangan makan kat sana kot..
yang pi pun orang luar je..
sebelum ke negeri orang tu, survey-survey la kat mana nak makan..
zaman dunia tanpa sempadan ni, apa info semua ada kat tenet..
Quote sufi^_^ 20-9-2018 11:22 AM
Kadang2 peniaga2 kedai makan ni perasan lebih, macamlah bahan2 tu semua premium, padahal kau pi carik yang tempat paling murah. Kedai pun bukanlah ada ambience yang menarik, kadang2 tak bersih pun, tisu tak de, sabun cuci tangan pun dilute entah berapa %.

Saja nak cepat kaya meniaga markup harga macam yahudi nasoro, padahal rasa & presentation & service kalau dapat kat Gordon Ramsey mampuih kau kena carut!

Quote noor2 20-9-2018 11:23 AM
CupuCupu replied at 20-9-2018 11:03 AM
Hrp kn tindakan..mmg melampau harga kat situ.aku slalu gi ngn laki,ank 3 org.oder air sorang satu pa ...

Moga restoran yang tak jujur ni melingkup cepat. ...
Quote sarahmirza 20-9-2018 11:25 AM
Maggi pun nak makan kat warung...
Masak sendiri kan senang..

Ketam baru rm20 sekilo direct order dari nelayan.. charge rm5 aje hantar sampai depan pintu rumah..
Quote dhiakandar 20-9-2018 11:25 AM
gila makan kt kedai mcm tu sampai pat lima nam ratus. kalau sedap takpe la jugak. mmg dah melampau la kedai mkn kt pcb ni
Quote palmolive 20-9-2018 11:28 AM
baik gi makan kt Nando's jek
Quote myakayina 20-9-2018 11:28 AM
gilo mahal..dah la tipu harga..  tutup melingkup la kedai ko hendaknya..
klu tingin nak mkn maggi ketam..masak sendiri je..puashati..cuma pakai ketam bunga jela..ketam nipah payah nak cari..

Lihat semua komen(149)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.056651 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top