View: 13200|Reply: 149
|
[Tempatan]
Pelanggan tergamam dapat bil 'maggi ketam' RM413
[Copy link]
|
|
Pelanggan tergamam dapat bil 'maggi ketam' cekik darah!
Sinar Harian | Diterbitkan pada September 19, 2018 22:07 MYT
Tiba masa untuk menjelaskan bil, mereka dikenakan bayaran RM413 bagi kesemua makanan itu menyebabkan pelanggan tergamam.
KOTA BHARU: Sebuah keluarga dari Jitra, Kedah terkejut apabila dikenakan harga “cekik darah” iaitu RM50 bagi semangkuk 'maggi ketam' yang dimakan di sebuah gerai di persisiran Pantai Cahaya Bulan, Jumaat lalu.
Mereka seramai 29 termasuk kanak-kanak datang ke Kelantan sempena majlis pertunangan salah seorang ahli keluarga dengan seorang gadis di Pengkalan Chepa.
Seorang daripada mereka, Siti Roshilah Rosli, 31, berkata, pada malam hari berkenaan, mereka pergi ke pantai tersebut untuk beriadah sebelum berhenti makan di salah sebuah gerai yang ada di tepi pantai itu.
Katanya, mereka kemudian memesan makanan masing-masing termasuk dua mangkuk maggi ketam; beberapa nasi putih dan tomyam selain memesan minum minuman kebanyakannya teh o ais; kopi o dan segelas air lobak merah.
Tiba masa untuk menjelaskan bil, mereka dikenakan bayaran RM413 bagi kesemua makanan itu menyebabkan pelanggan tergamam sebelum bertanyakan harga mi segera yang dimasak bersama ketam berkenaan.
“Air minuman dikenakan bayaran RM101; celup tepung RM109 dan masakan panas RM203 termasuk dua maggi mengandungi seekor ketam nipah dalam setiap mangkuk hidangan itu.
“Apabila kami tanya, harga masakan panas sampai RM203, peniaga itu memberitahu harga bagi semangkuk maggi ketam tersebut RM50 sedangkan tertera papan tanda harga di kedai itu menunjukkan harga maggi RM15,” katanya.
Menurutnya, biarpun berasa teraniaya dengan situasi itu, mereka tetap menjelaskan bayaran sebelum bertindak memuat naik status di laman sosial dan turut berkongsi luahan ketidakpuasan hati berhubung perkara itu di Facebook Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
“Aduan saya mendapat maklum balas positif daripada pihak berkenaan dan mendapat tahu mereka sudah menyerbu kedai makan tersebut. Status itu mendapat banyak perkongsian oleh pengguna Facebook dan banyak komen mengatakan mereka juga pernah terkena harga cekik darah di kedai yang sama.
“Saya harap tindakan tegas diambil pihak berkuasa supaya memberi pengajaran kepada peniaga sebegini agar tidak mengambil kesempatan dan sewenang-wenangnya mengenakan harga yang tidak munasabah kepada pelanggan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP negeri, Firdus Zakaria berkata, pihaknya sudah melakukan pemeriksaan di gerai berkenaan dan mendapati peniaga itu dipercayai cuba mengelirukan dengan mempamerkan tanda harga yang berlainan berbanding harga yang dikenakan kepada pelanggan.
“Peniaga memberi alasan bahawa harga ketam mengikut pasaran semasa dan memberitahu tidak sempat untuk menukar paparan harga. Peniaga ini dipercayai mengambil kesempatan kerana ketika itu musim cuti dan terdapat elemen berniat “sembelih” pelanggan.
“Sehubungan itu, pihak kami tidak akan berkompromi dan akan mengenakan tindakan tegas dengan memanjangkan kes ini kepada pihak pendakwaan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pcb tu x best. So x yah gi lah. Gi pantai irama ye |
|
|
|
|
|
|
|
sedap ke maggi masak ketam?
|
|
|
|
|
|
|
|
Adehhhh. ....tak.ada tanda harga ka apa restoran tu..... |
|
|
|
|
|
|
|
baru 2 minggu lepaih gi KB, singgah gak la PCB nie.. nak tengok tempat la katakan .. tapi hujn lebat yg amat!! so tak jadik turun keta .. hehehehe selamat duit |
|
|
|
|
|
|
|
Sedap sgt ke maggi ketam kau tue sampai beratus kena??? |
|
|
|
|
|
|
|
PCB Jangan la beli, dah la jual makanan semalam yang dipanaskan balik... harga tak masuk akal... i prefer pantai tok bali.. nah nak makan apa fresh semua lagi sedap.. pantai irama bachok pun best.. pulau 7 ok juga.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hrp kn tindakan..mmg melampau harga kat situ.aku slalu gi ngn laki,ank 3 org.oder air sorang satu pastu amik keropok campur2 sikit sambil jeling2 harga mmg xpnh kurang dr rm50.laki aku kira air tea o ais oun akan jatuh rega 5hinggit segelas.niaga yahudi sgt.last year,adik ipar aku kawen.fmly in law dia dtg jln cni ar..lg teruk kn katok rega.sampai 800 lebih...syg betul soksek soksek kat blkg je..hrp kali ni dia org akan kena.br tau! |
|
|
|
|
|
|
|
ayoyo .. RM800!! berapa ekoq ketam tu
|
|
|
|
|
|
|
|
prgi pcb setakat nk minum air nyor xpe.
xyah la mkn2..bukan sedap sgt pun + mahal + mknn psnaskn balik |
|
|
|
|
|
|
|
dasatnye beza..dari rm 15 ke rm50???dahla salah tunjuk harga pahtu markup tinggi giler..xkanla air smpai rm101..rombongan 1 bas ke ape???bagusla buat repot..bior dikenakan tindakan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang meniaga ni memang tak tau ada authority ke yang pantau harga? Macam sesedap rasa letak harga aja.
Teringin plak maggie ketam, nak buat lah weekend ni. |
|
|
|
|
|
|
|
selayaknya kena serbu
tak habis habis nak kencing |
|
|
|
|
|
|
|
pcb ni dah banyak orang warning jangan makan kat sana kot..
yang pi pun orang luar je..
sebelum ke negeri orang tu, survey-survey la kat mana nak makan..
zaman dunia tanpa sempadan ni, apa info semua ada kat tenet.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kadang2 peniaga2 kedai makan ni perasan lebih, macamlah bahan2 tu semua premium, padahal kau pi carik yang tempat paling murah. Kedai pun bukanlah ada ambience yang menarik, kadang2 tak bersih pun, tisu tak de, sabun cuci tangan pun dilute entah berapa %.
Saja nak cepat kaya meniaga markup harga macam yahudi nasoro, padahal rasa & presentation & service kalau dapat kat Gordon Ramsey mampuih kau kena carut!
|
|
|
|
|
|
|
|
CupuCupu replied at 20-9-2018 11:03 AM
Hrp kn tindakan..mmg melampau harga kat situ.aku slalu gi ngn laki,ank 3 org.oder air sorang satu pa ...
Moga restoran yang tak jujur ni melingkup cepat. ... |
|
|
|
|
|
|
|
Maggi pun nak makan kat warung...
Masak sendiri kan senang..
Ketam baru rm20 sekilo direct order dari nelayan.. charge rm5 aje hantar sampai depan pintu rumah.. |
|
|
|
|
|
|
|
gila makan kt kedai mcm tu sampai pat lima nam ratus. kalau sedap takpe la jugak. mmg dah melampau la kedai mkn kt pcb ni |
|
|
|
|
|
|
|
baik gi makan kt Nando's jek |
|
|
|
|
|
|
|
gilo mahal..dah la tipu harga.. tutup melingkup la kedai ko hendaknya..
klu tingin nak mkn maggi ketam..masak sendiri je..puashati..cuma pakai ketam bunga jela..ketam nipah payah nak cari.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|