CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Terguling-Guling Tahan Sakit Kerana Usus Luka Lepas Makan Mee Ramen Pedas Gila!

19-9-2018 11:44 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 14311| Komen: 41|Original author: Oleh: Whitney

Kredit foto: Otad Al Miko dan google
Rakyat Malaysia memang ramai yang suka makan pedas. Bagi sesetengah orang, sesuatu masakan itu tidak sedap dan berasa tawar jika tidak ada rasa pedas. Sehingga begitu sekali tahap deria rasa bagi orang yang sangat sukakan makanan pedas. Sebenarnya, selalu makan makanan pedas dengan kepedasan yang terlampau boleh menjejaskan kesihatan terutamanya pada bahagian usus kita. 

Seorang pengguna Facebook telah menaikkan status tentang kisah benar yang berlaku kepada isterinya. Isterinya telah mengalami luka kecil pada usus akibat gemar makan makanan pedas terutamanya mee ramen Korea yang tersohor akan kepedasan rencahnya. Walaupun kejadian tersebut sudah tiga tahun berlalu, dia terpanggil untuk berkongsi kisah isterinya agar menjadi pengajaran kepada penggemar mee ramen lebih-lebih lagi melihat begitu ramai yang gemar mencabar diri dan berbangga kerana mampu menahan kepedasannya. 



Mee ramen yang sangat pedas!

Takut dah nak makan mee ramen pedas

Ada netizen yang sudah mula takut dan risau setelah membaca status lelaki ini. Ini kerana, dia bukan setakat memasukkan rencah mee ramen itu sahaja sahaja tetapi turut menambah lada hitam bagi menambah kepedasan. Kalau sudah begitu gayanya, memang patut berasa takut kerana kemungkinan akan berlaku luka pada usus suatu hari nanti. 



Sanggup cabar diri menahan pedas 

Bagi netizen yang pernah merasa mee ramen itu mengakui yang ianya sangat pedas dan serik untuk memakannya kerana tidak dapat menahan kepedasannya. Tetapi, ada orang yang sanggup bertahan walaupun sudah terkeluar air mata menahan pedas. Malah turut berasa bangga apabila dapat menghabiskan sebungkus mee ramen pedas tersebut. 

Baik elak kerana sangat bahaya

Rupanya ada netizen yang pernah mendengar kisah tentang bahaya memakan mee ramen yang sangat pedas itu. Sudah ramai yang menderita kerana luka pada usus akibat suka makan pedas. Jadi, lebih baik beringat sebelum kena. 

Walau apapun makanan yang kalian makan, berpada-padalah. Walau sedap macam mana sekalipun makanan yang dimakan tetapi jika ia boleh memudaratkan kesihatan, lebih baik kalian berjaga-jaga dan berhenti terus dari memakannya. Bukankah mencegah itu lebih baik daripada merawat? - CARI

25

Bagus
36

Marah
37

Terkejut
28

Sedih
30

Lawak
29

Bosan

Friends Rank (185 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote paz 19-9-2018 11:53 AM
Paz memang suka pedas, tapi ramen punya pedas tak suka.

Rasa dia pedas tak ori lah. Bukan macam makan cili api, pedas yang puas.

Quote CardiGans85 19-9-2018 11:56 AM
Kalau makan ramen samyang ni aku memang stand by yakult/vitagen or any yogurt drink. Rasa selesa bila minum air ini lepas makan pedas.

Samyang ni pedas bagi aku dan biasanya aku tak makan panas2, tunggu dia sejuk sikit.

Panas dan super pedas, recipe for disaster.
Quote prettyuglybabe 19-9-2018 11:56 AM
selayaknya la kena gitu..
orang makan sekali sekala untuk rasa..
bukan makan nak humblebrag konon tahan pedas ke apa..
deria korang rosak ke apa sampai tak mampu nak rasa..
Quote myakayina 19-9-2018 12:08 PM
sia2 je dpt penyakit..tahap kepedasan seseorang ni tak sama..kdg mulut tahan pedas tapi perut tak tahan..
Quote Artemesiaa 19-9-2018 12:37 PM
Apa2 aja yang berlebihan pasti akan memudaratkan apa tah lagi kalau dah pedas extreme macam ni
Quote beeeee 19-9-2018 01:04 PM
makan meggi pedas giler tu aje ler. sesuai ikut tekak kita org msia hahah samyang punya pedas macam tak masak ke camne susah nak explain
Quote noor2 19-9-2018 01:06 PM
Alak pernah cuba mi pedas giler dan ramen pedas ni cedok sikit dari anak punya. ...tapi anak2 aku pun tak suka yang terlalu pedas ni. ..tak.adalah depa makan tiap bulan atau tiap minggu. ..atau selalu. ..dah lama pun x beli maggi. ..depa pun tahu kesan dalaman badan jika makan sesuatu yang keterlaluan pedas......

Quote pearl.silver 19-9-2018 01:06 PM
Setahun dua kali je kot i mkn ramen pedas ni..tahun ni mkn awal tahun dulu sbb jiran bagi sepeket. Tu pun buat murtabak ramen..buh telur n cheese hilang langsung pedas nya..

Maggi pedas gilerr tu laki i mkn campur lg 2 keping mi segera kosong. Tu pun masih pedas gilerr katanya..
Quote nishikido 19-9-2018 01:28 PM
I makan yg cheese,packet kaler kuning kot.. pon guling2 carik air sebab xtahan pedas.rasa berdesing telinga and meleleh air hidung..lagi lah yg packet merah or hitam.siap ada yg rebus ramen sepaket je tapi paste dia letak 3 packet konon nak lagi pedas.gilerrr..selayaknya lah usus luka.nasib baik montot tak berdarah..
Quote Foxey 19-9-2018 01:28 PM
Fox suka pedas and toleran kepedasan yang tinggi jugak dulu. Tapi lama2 dah tak boleh dah makan terlampau pedas, sakit perut.
Quote haryatie 19-9-2018 01:42 PM
kalau terlalu pedas mmg x makan la..
Quote umbut 19-9-2018 01:55 PM
Aku mkn ramen ni baru 2 kali.. tu pun nak rasa camna sebab viral kan... tapi standbye siap2 air yogurt or susu kalau nak hilangkan pedas
Quote Nonones 19-9-2018 02:13 PM
I makan seurat maggi samyang tu pun dah gelupur dah satu badan. Husband I rajin la makan samyang tu. I memang mulut tak tahan pedas
Quote fifie_olin 19-9-2018 02:15 PM
aku x leh blah dgn ramen ni
dia pya pds lain mcm la..
mcm nk membunuh pon ye gak
mcm mn la org leh mkn berbgks2
x tecapai akal ku
Quote armin 19-9-2018 02:28 PM
paz: Paz memang suka pedas, tapi ramen punya pedas tak suka. Rasa dia pedas tak ori lah. Bukan macam makan cili api, pedas yang puas.

Tp samyang punya pedas sedap. Tak macam maggi pedas gila tu. Macam aftertaste ratah cili je.  
Quote armin 19-9-2018 02:29 PM
I hantu pedas pun tak tahan jugak makan samyang. Selalunya share 2 org dgn hubby. Tp habis gak sbb sedap. Yg 2x spicy tu mmg pedas gila. Mmg takleh makan selalu.. tak elok utk perut
Quote salmon-suki 19-9-2018 02:36 PM
Mdapat laa..tiap2 mggu mkn ramen tu..pedas mmg sedap tp kalau smpai xdpt nak menikmati makanan tu,sy mmg xkn mkn regularly lah...try pn sbb org duk ckp2,once da try,cukup ler..

Samyang tu pedas xde rasa,numb je the whole mouth,kalau megi pedas giler perasa tomyam tu sy suke sbb pds spices dan cili..tp xmkn selalu,ikut craving je..
Quote sofiazara 19-9-2018 02:57 PM
tak sabar nak tunggu bebi tora kena camni
Quote dubuk 19-9-2018 03:51 PM
tak sedap mee samyang ni.. rasa palsu

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.044181 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top