BULAN ini, genaplah usia putera kesayangan Megan Fox, Noah Shanon, setahun. Dalam pada itu, aktres cantik ini dikhabarkan bakal menyambut kelahiran kedua tidak lama lagi. Berhasrat untuk memiliki keluarga besar, suami pelakon filem, Transformer, ini, Brian Austin Green, teruja menunggu kehadiran cahaya mata keduanya itu. "Saya berbangga dengan dia (Fox). Sebagai suami, saya akan sentiasa berada di sisinya. "Walaupun ini merupakan anak kedua kami, namun perasaan teruja itu sama seperti anak pertama. Saya berharap, baik isteri mahupun anak, masing-masing dalam keadaan baik dan sihat," katanya.
|
ADVERTISEMENT