CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Sebab Itu Anak Dara Aku Sentiasa Pakai Seluar, Juna Ada Obsesi Dengan Jasad Orang,"-Fynn Jamal

14-9-2018 05:26 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 57202| Komen: 451|Original author: Oleh: Saiful

Kes seorang lelaki autisme menyentuh dada seorang wanita nampaknya telah mendapat perhatian Fynn Jamal.

Ini kerana anak lelakinya, Bakti Arjuna Fitri juga adalah autisme dan selalu menunjukkan sikap ingin tahu tentang anatomi manusia.



Di Instagram Fynn ada memuat naik status dengan menyatakan, 

"Ada banyak spektrum autism dan banyak juga jenis masalah stimulasi yang mereka ada, variasi, tak pernah sama sentiasa.

"Juna (anaknya) seperti lelaki 22 tahun ini, ada sedikit sama, ingin tahu tentang anatomi. Aku tak tahu tentang lelaki 22 tahun tadi dan aku tak ada rancangan untuk membincangkan tentang dia.

"Tapi Juna amat taksub dengan memahami tekstur kulit, bentuk jasad dan sebagainya."


Tambah Fynn lagi, Arjuna pernah mengejar wanita seksi kerana dia ingin memahami tentang bentuknya.

Dia juga mengakui Arjuna sentiasa meneroka badan Fynn dan suaminya kerana sikap ingin tahunya.


"Badan Mummy, Daddy memamg habis dah dia terokai. Dia duduk sejengkal dari kulit kita, korek mata kita, kutil-kutil pusat, renung lama-lama nak cuba faham.

"Sebab itu anak dara aku sentiasa pakai seluar. Juna ada obsesi dengan anatomi, jasad orang dan jasad dia. Autism bukan perkara main-main, betul."


Disebabkan itulah dia jarang membawa anaknya ke tempat awam dan menggalakkan dia melakukan aktivitinya sendiri.

"Sebab dia autism, dia kurang upaya untuk berfikir dan orang sentiasa sibuk nak putuskan apa yang patut dan tak patut kami buat.

"Cuba handle sehari la tengok larat tak larat. Itu sebab aku lagi gembira dia kat rumah sebab aku tak pernah kisah dia nak selongkar satu rumah satu badan ke sebab dia tak kacau orang." -CARI
26

Bagus
22

Marah
21

Terkejut
48

Sedih
23

Lawak
29

Bosan

Friends Rank (169 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurainimz 14-9-2018 05:36 PM
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzZZzzzz
Quote faiz-za 14-9-2018 05:39 PM
Fynn, macam biasa
Nak jugak kaitkan isu semasa dengan dia
Nak jugak justify kenapa tak bawak juna keluar
Quote xhyd 14-9-2018 05:40 PM
aduhaiiiii
Quote belilies 14-9-2018 05:43 PM
I dont think parents with autism child agrees with you lah fynn. Cara kau ni menunjukkan kau nak memudahkan hidup kau saja, not the other way. Tapi acah acah you know everything. Kes tu isolated, kemungkinan parents dia tak properly expose him to whats yay or no. Or maybe the parents tak educate dia bebetul. Tolonglah stfu. Dont act like you know everything. Parents with autism child, please advise this woman!
Quote tomaz 14-9-2018 05:52 PM
Kalau betul juna tu autism tolong la cari pakar. Bkn ko yg tentukan juna tu berkurung dlm rumah x bg bergaul bagai. Juna tu sedari kecil dah di ajar menghadap gajet. Maybe ada jgk problem ngn motor skill and fokus heolss. Tp kokpin ko suka acah2 tahu semua and diagnose sndri khen. Ko jgn rosakkan pulak anak pompuan ko tu

Quote buapakperut 14-9-2018 06:07 PM
sampai bila nk kurung anak ?
Quote lonely_surina 14-9-2018 06:14 PM
tak abis2 nak malukan anak tu..

Quote azimodin 14-9-2018 06:20 PM
Sebagai orang yg ada mental disorder, aku bengang tol dengan statement pin yg dari dulu mempergunakan juna.
Quote melinda_kerr 14-9-2018 06:30 PM
Prempuan ni sejak bila dah jadi pakar kanak2 autisme?? Dahla almost everyday duk menjawab soalan followers. Obses sgt nk jd pakar motivasi orang. Hidup sendiri pun mcm tunggang langgang. Jagalah anak2 suami tu. Jgn duk obses dgn socmed sgt.
Quote fealefea 14-9-2018 06:39 PM
selfishnya fynn. Nape u pilih baby girl utk galas tanggungjawab bela Juna bila ko takde nanti. Pernah baca dia nk jdhkan sakti tu ngan Juna kalau keadaan mendesak. Kesian sgt Sakti tu. Dipilih untuk diberi tanggungjawab sedari lahir.

Quote wanie84 14-9-2018 06:43 PM
hakak aku sedaya upaya hantar anak autism dia merata tempat.
sampai sanggup seminggu sekali berangkut satu family turun KL dr kuantan utk gi permata kurnia .
walaupun kitorg dr keluarga sederhana kalau boleh nk cuba yg terbaik utk ank buah ni.
effort tu yg penting. bukannya main redha gitu je.
Quote Gingerly 14-9-2018 06:44 PM
Apa jasad2. {:nose
Quote haruslah 14-9-2018 06:44 PM
Teringat segmen tv3 pg2 weekend aritu ape tah yg ade hefny
Jemput tri nyanyi lagu yg cipta khas utk juna...amik masa 5th . Skali bla aku dgr lagu tu
Quote cikmah78 14-9-2018 06:46 PM
juna sampai skrg mmg kokspin guna stroller lg ka...g memana berstroller ja...lg 1 bewak tu tolong la jgn ada keinginan nk menyanyi...meleweh ja aku tgk...
Quote mewo 14-9-2018 06:48 PM
fealefea replied at 14-9-2018 10:39 AM
selfishnya fynn. Nape u pilih baby girl utk galas tanggungjawab bela Juna bila ko takde nanti. Perna ...

Ada ka ping kata gitu? Omg, kesian sakti..
Yg iols ada baca dia nak sakti jaga juna nti huhu..
Quote tensic~ 14-9-2018 06:51 PM
fealefea replied at 14-9-2018 06:39 PM
selfishnya fynn. Nape u pilih baby girl utk galas tanggungjawab bela Juna bila ko takde nanti. Perna ...

Bole ke kawen adik beradik susuan?
Quote Madel 14-9-2018 06:55 PM
Nak mengaku malas laya karenah anak kot nnti kena kecam dgn netizen terpaksa la ngaku Juna itu ini.
Budak kecik lagi kot..boleh aje refer ke doc bertauliah utk rujukan dan nasihat.
Menyampah.
Quote melinda_kerr 14-9-2018 06:59 PM
fealefea replied at 14-9-2018 06:39 PM
selfishnya fynn. Nape u pilih baby girl utk galas tanggungjawab bela Juna bila ko takde nanti. Perna ...

Ha ah ada baca aritu. Awal2 die ambil sakti.. so she needs someone to takeover tanggungjawab die jaga Juna tu. Die boleh predict ke hari2 besok apa akan terjadi. Mcm2 la sohai version prempuan ni.
Quote fealefea 14-9-2018 07:10 PM
tensic~ replied at 14-9-2018 06:51 PM
Bole ke kawen adik beradik susuan?

ye la. tak boleh kawin. mungkin salah interpretasi madah2 dia. tapi sakti sudah ada tugasan. kalau dia kawin, laki die tamo Juna, cemane?

Lihat semua komen(451)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.054865 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top