Peruncit fesyen atas talian, Revolve teruk dikecam netizen apabila mempromosikan sehelai baju panas yang memaparkan ungkapan, "Gemuk Bukan Suatu Kecantikan, Ia Hanya Satu Alasan". Promosi pakaian itu menjadi tular selepas model dan pengasas #SelfLoveBringsBeauty, Felicity Hayward berkongsikan iklan itu di laman Twitter miliknya. Netizen yang melihat muat naik tersebut turut meluahkan rasa jijik mereka pada mesej yang disampaikan pakaian terebut.
Pengguna Twitter sebahagian besarnya mengutuk ungkapan pada baju itu dengan salah seorang daripada mereka mempersoalkan tujuan pakaian tersebut disediakan sehingga saiz XL. "Baju ini perlu dibakar dengan serta-merta. Ia tidak boleh wujud di dunia sama sekali. "Pelik ia boleh didapati dalam saiz XL. Sungguh ironi berbanding mesej yang disampaikan pada baju tersebut," ujar netizen lain. Melihatkan semakin ramai yang mengecam mereka, pihak Revolve telah menarik balik penjualan pakaian tersebut di laman web mereka. Baju yang dilabel sebagai Paloma Sweater itu sebelum ini boleh didapati pada harga 162 Pound British (RM876.35).
|
35
Bagus |
30
Marah |
20
Terkejut |
34
Sedih |
32
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT