View: 3183|Reply: 10
|
Guris Hati Golongan Gemuk, Baju Ditarik Semula Dari Pasaran Online
[Copy link]
|
|
Peruncit fesyen atas talian, Revolve teruk dikecam netizen apabila mempromosikan sehelai baju panas yang memaparkan ungkapan, "Gemuk Bukan Suatu Kecantikan, Ia Hanya Satu Alasan".
Promosi pakaian itu menjadi tular selepas model dan pengasas #SelfLoveBringsBeauty, Felicity Hayward berkongsikan iklan itu di laman Twitter miliknya.
Foto: Metro UK
Netizen yang melihat muat naik tersebut turut meluahkan rasa jijik mereka pada mesej yang disampaikan pakaian terebut.
Pengguna Twitter sebahagian besarnya mengutuk ungkapan pada baju itu dengan salah seorang daripada mereka mempersoalkan tujuan pakaian tersebut disediakan sehingga saiz XL.
"Baju ini perlu dibakar dengan serta-merta. Ia tidak boleh wujud di dunia sama sekali.
"elik ia boleh didapati dalam saiz XL. Sungguh ironi berbanding mesej yang disampaikan pada baju tersebut," ujar netizen lain.
Melihatkan semakin ramai yang mengecam mereka, pihak Revolve telah menarik balik penjualan pakaian tersebut di laman web mereka. Baju yang dilabel sebagai Paloma Sweater itu sebelum ini boleh didapati pada harga 162 Pound British (RM876.35).
Sementara itu, menerusi paparan skrin di media sosial yang dikongsikan artis Florence Given, pakaian itu sebenarnya dicipta hasil kerjasama jenama LPA dengan lima wanita untuk memberikan pendedahan bagaimana perbuatan mengejek memberi kesan yang buruk kepada seseorang.
Menurut Florence lagi, model yang dikaitkan dengan pakaian tersebut, Paloma Elsesser turut meminta ungakapan itu dibuang dari pakaian tersebut. Bagaimanapun, belum ada kenyataan rasmi daripada jenama pakaian itu mengenai rekaan baju panas berkenaan yang dikatakan berniat baik, namun telah disalahertikan. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
kecantikan adalah hak milik setiap insan |
|
|
|
|
|
|
|
Gemuk adalah satu penyakit.. |
|
|
|
|
|
|
|
Gemuk itu awesome bak kata abam bocey..last2 heollss upah personal trainer n wat diet..ckap xsrupa bikin..{:dot |
|
|
|
|
|
|
|
Hak kemanusiaan dow.. Common sense.
Takde org mintak jd gemuk hodoh dan miskin malang. Papepun bagi semua org peluang ruang yg sama rata. Takyah duk tindas sgt gemuk ke apa. Bukanla diri sendiri ternyata perfect bak dewi kahiyangan sesuci lebaran pujaan laki miang |
|
|
|
|
|
|
|
Jenis cepat sentap semua benda pun salah jadinya |
|
|
|
|
|
|
|
Org gemuk mmg bermasalah... Pemalas, penyegan..kuat sentap.. Gemok is awesome pala bana!
Menyusahkan org.. Naik pengangkutan awam mmg seksa. 2 seats dia sorg je.. Kalau lagi hanat, siap ngan pakej busuk..
Org tegur, suruh jaga badan.. Jaga diet & senam selalu, sentap!
Harap cepat mampos gemuk indenial ni..
#silakecam |
|
|
|
|
|
|
|
Salah ke mesej tu... its true
Knp gemuk sentap |
|
|
|
|
|
|
| |
|