Lepas satu kontroversi datang lagi satu kontroversi. Muzik video single baru Miley Cyrus ‘Wrecking Ball’ baru saja keluar di laman Youtube. Rata-rata peminat memberikan komen negatif mengenai MV tersebut. Kali ini Miley Cyrus berani tampil tanpa seurat benang dalam MV tersebut. Malah, terdapat beberapa adegan yang tidak sepatutnya. Rasanya, MV ini sesuai ditonton untuk golongan remaja 18 tahun ke atas. Sayang lirik lagu dan muzik sedap didengar tetapi video agak tidak memuaskan hati. Ramai mengatakan lagu ini mempunyai kaitan dengan perhubungannya bersama Liam Hemsworth. Sampai ke hari ini, tunang Miley tak nak beri komen tentang kontroversi di MTV VMA 2013 baru-baru ini.
|
ADVERTISEMENT