Ini betul-betul panas! Pengguna media sosial di Twitter 'berdebat' berhubung isu Menteri Pelajaran Maszlee Malik yang dilantik sebagai presiden baru Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Lebih panas apabila Khairy Jamaluddin 'turun padang' memberi pandangan.
Ramai menolak pelantikan itu dan menggesa Maszlee untuk melepaskan jawatannya kepada yang lebih layak. Dalam masa sama, mereka menyifatkan Maszlee sebagai seorang gila kuasa dan mendakwa tiada beza antara kerajaan baru dan kerajaan lama. Bunga-bunga gila kuasa dah bermula
"Sendiri buat undang-undang, sendiri langgar," sindir netizen. Ahli Parlimen Rembau (KJ) turut tidak terkecuali memuat naik posting berbaur sindiran di Twitternya. Ingat Malaysia baru tak gila jawatan? Bagaimanapun, posting itu menarik perhatian Ketua Biro Strategi dan Dasar BERSATU, Datuk Rais Hussin Mohamed yang menempelak kenyataak KJ dengan mendakwa pelantikan menteri sebagai presiden Institusi Pengajian Tinggi pernah dilakukan kerajaan lama, sekali gus mencetuskan perdebatan antara mereka berdua. Ekoran itu, rata-rata netizen menyindir KJ seperti 'mengakui' silap kerajaan lama yang membenarkan menteri memegang jawatan presiden UIA. Malah, nama mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut terheret sama dalam perbincangan hangat ini. Keadaan lebih keruh apabila netizen mengecam tindakan KJ memuat naik kenyataan sedemikian seolah-olah menunjukkan dirinya cemburu dengan jawatan dimiliki Maszlee. Serius, tweet YB macam budak-budak Apabila ahli politik 'berperang' di media sosial, apa kata rakyat? - CARI
|
24
Bagus |
27
Marah |
16
Terkejut |
15
Sedih |
23
Lawak |
32
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
merrissa replied at 5-9-2018 03:48 PM
kepada maszlee...elehhhh......apa nasib scholar2 yg dh graduate tp masih menunggu penempatan?????... ...
ADVERTISEMENT