Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin didakwa bakal menyertai sebuah parti Pakatan Harapan (PH) susulan kebelakangan ini dilihat sering bertindak mengecam UMNO dalam beberapa isu.
Malaysia Gazette melaporkan, dakwaan itu dinyatakan oleh pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin dalam satu entri Facebooknya semalam. Badrul Hisham yang juga dikenali Chegubard itu secara terus terang berkata ahli Parlimen Rembau itu sengaja berbuat demikian untuk dipecat oleh parti UMNO. “Cekap pemainan Khairy Jamaluddin. Provoke untuk dipecat sambil siapkan tempat landing dalam parti kerajaan.” Namun hasil carian di Facebook mendapati akauan @Khairy Jamaluddin itu sudah tidak digunakan oleh Ahli Parlimen Rembau itu. Status terakhir beliau adalah pada Februari tahun lalu dan ia turut mendapat perhatian netizen. Antaranya @Azizul Shah Abdul Rahman yang berkata KJ sudah kehilangan aura setelah kalah dalam pemilihan UMNO untuk jawatan presiden. “Yg ni mmg betul. Aku sokong Badrul Hisham Shaharin… statement ni nampak tepat. KJ pun tenat dah tu… lawan Presiden UMNO kalah, dah tu nganga ja la,” katanya. Malah ada juga netizen yang memberikan komen bahawa KJ akan bertindak keluar parti dan menubuhkan parti baharu. “Tak mungkin Badrul Hisham Shaharin….dia akan tubuh parti baru,” kata Zaini Zaz.- CARI
|
23
Bagus |
16
Marah |
29
Terkejut |
19
Sedih |
27
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
tokmuda replied at 5-9-2018 01:38 PM
bagus la
sebab dalam pakatan harapan tarak sekor pun yang bagus
JohnDeSouza replied at 5-9-2018 01:55 PM
Jadi hang saja yang bagus?
tokmuda replied at 5-9-2018 01:56 PM
dah gaharu, cendana pulak kau ni
rainbowrainz replied at 5-9-2018 01:49 PM
Si gunting dlm lipatan hauk sgt move on jelah kj
ADVERTISEMENT