CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Disambar Api Kulit Kelihatan Bertompok, Kisah Warga Rohingya Menarik Perhatian

5-9-2018 02:24 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3476| Komen: 4

Description: Memetik laporan Harian Metro, berikut adalah kisah benar seorang ustazah etnik Rohingya yang disambar api selepas dapur rumahnya di Pangsapuri Putra Impian, Seri Kembangan di Serdang terbakar pada 14 ...
Kekejaman terhadap etnik Islam Rohingya oleh tentera Myanmar semakin ketara apabila ramai penduduk membanjiri negara-negara jiran bagi mendapatkan perlindungan dan bantuan.

Memetik laporan Harian Metro, berikut adalah kisah benar seorang ustazah etnik Rohingya yang disambar api selepas dapur rumahnya di Pangsapuri Putra Impian, Seri Kembangan di Serdang terbakar pada 14 Julai lalu.

Kredit foto: carian internet

Akibat kejadian itu, mangsa yang dikenali sebagai Yasmin Mohamad Hanif itu mengalami kelecuran hampir 50 peratus pada muka, tangan dan kakinya.

Difahamkan Yasmin tidak berani keluar rumah kerana malu dengan keadaan fizikalnya yang kelihatan seperti penghidap penyakit kulit.

Menceritakan detik cemas itu, Yasmin yang menetap di negara ini sejak lima tahun lalu berkata, api tiba-tiba menyambar muka, kaki dan tangan sejurus dia menghidupkan dapur gas untuk memanaskan makanan.


Yasmin yang juga tenaga pengajar di Madrasah Arabiah Taalimulqran, Seri Kembangan berkata, pihak hospital memintanya membayar kos rawatan berjumlah RM16,000.

Namun, suaminya yang bekerja sebagai pembantu kedai di Pasar Borong Seri Kembangan, juga tidak berkemampuan menjelaskan bil rawatan berkenaan berikutan menerima upah RM35 hingga RM40 sehari.

“Kesusahan saya mendapat perhatian pihak hospital yang memberikan kelonggaran dan membenarkan saya membuat bayaran secara ansuran RM1,000 sebulan."

“Mujur komuniti Rohingya melancarkan tabung derma untuk membantu saya bayar bil hospital. Namun setakat ini kami cuma mampu kumpul RM6,000.”

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia, Nur Atiqah Talkah berkata, pihaknya giat mengumpul dana termasuk daripada ahli bagi membantu menyelesaikan bil hospital Yasmin.

“Oleh itu, orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya di nombor akaun Maybank 562759673888 Pertubuhan Pemuda GEMA Selangor,” katanya.

Meskipun tertekan dengan musibah menimpanya, Yasmin berazam meneruskan kehidupannya bersama keluarga dengan hati yang tabah.- CARI


24

Bagus
22

Marah
30

Terkejut
25

Sedih
34

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (159 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buapakperut 5-9-2018 02:38 PM
lhoh kuingatkan dibakar puak extremist ropanya disambar ges. rohingya area iols masyuk dh pakai bmw nanti iols foward berita ini. entah dia tulun ke tidak
Quote fushimi 5-9-2018 02:41 PM
apahal hospital baik sangat siap bagi ansuran bagai

bukan warga malaysia pun

suka sangat bagi muka kat warga asing





Quote shernazz 5-9-2018 03:30 PM
Elok la.dia bayar
Dari indons yang branak.lari lepas jahit poen tu...
Tu lagi iols sarankan bunuh diri je
Quote giyomi 5-9-2018 06:42 PM
kat area iol pon rohinya bukan main mewah, tp ttp curi mangga rumah iol wlpn dah berkali2 dimarah

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.055346 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top