Bila usia kandungan ibu mula memasuki ke trimester ketiga, pastinya kerisauan tentang kelahiran bakal bayi akan mula menghantui fikiran. Lebih-lebih lagi bakal ibu yang pertama kali melahirkan. Beberapa tips yang akan dikongsikan ini diharap dapat memberikan sedikit kelegaan buat para ibu sekalian.
1. Amalkan bacaan Surah Maryam sepanjang kehamilan. 2. Amalkan bacaan dari surah 3 Qul. Sambil baca hendaklah berselawat dan sapu di perut dari atas ke bawah. 3. Selepas mandi, minum air titisan dari hujung rambut sambil berselawat dan berniat agar dipermudahkan bersalin sebagaimana mudahnya air tersebut menitis.
4. Banyakkan mengiring ke kiri semasa tidur. 5. Banyakkan makan sayur bendi. Lendir dari satur bendi dipercayai boleh bertindak sebagai pelincir dan memudahkan proses kelahiran. 6. Banyakkan makan buah kurma. Elok diambil dalam bilangan ganjil setiap kali memakannya. 7. Bila berada di dalam bilik atau dewan bersalin, baca doa Nabi Yunus berulangkali 8. Boleh juga diamalkan minum minyak kelapa dara. Ianya juga bagus sebagai pelincir bagi proses kelahiran nanti. 9. Amalkan makan dua biji telur setengah masak setiap hari bermula dari dua minggu sebelum tiba tarikh kelahiran. 10. Amalkan zikir 'Ya Fattah' sentiasa di bibir supaya laluan bayi cepat terbuka. 11. Amalkan zikir 'Ya Khaliq, Ya Bari, Ya Musawwir' sebanyak 21 kali sebelum menghembuskannya ke dalam gelas. Air tersebut bolehlah diminum. 12. Elok juga di amalkan senaman kegel (senaman kemutan otot lantai pelvik). 14. Memohon keampunan dari suami, ibu bapa dan ibu bapa mertua kita sebelum masuk ke dalam bilik atau dewan bersalin. 13. Selebihnya hendaklah kita berdoa dan memohon dari Allah swt agar dipermudahkan segala urusan bersalin nanti. - CARI |
32
Bagus |
21
Marah |
17
Terkejut |
23
Sedih |
35
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT